CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia
โœ”
360K subscribers
28.1K photos
309 videos
240 files
2.06K links
Crisis Preparedness and Response Center, Ministry of Health Malaysia
Download Telegram
๐๐ž๐ง๐๐š๐Ÿ๐ญ๐š๐ซ๐š๐ง ๐ฎ๐ง๐ญ๐ฎ๐ค ๐ฌ๐ฎ๐ง๐ญ๐ข๐ค๐š๐ง ๐ฏ๐š๐ค๐ฌ๐ข๐ง ๐‚๐Ž๐•๐ˆ๐ƒ-๐Ÿ๐Ÿ— ๐š๐ค๐š๐ง ๐๐ข๐›๐ฎ๐ค๐š ๐ฎ๐ง๐ญ๐ฎ๐ค ๐ซ๐š๐ค๐ฒ๐š๐ญ ๐Œ๐š๐ฅ๐š๐ฒ๐ฌ๐ข๐š
๏ฟผ
Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia akan mengumumkan mekanisma dan tarikh untuk pendaftaran ini apabila ianya sedia kelak.

Sementara itu, rakyat Malaysia adalah diseru agar terus patuh pada SOP yang telah ditetapkan dan terus mengamalkan norma baharu dalam kehidupan seharian.

Bersama kita mainkan peranan masing-masing dalam usaha memutuskan rantaian penularan COVID-19.
๏ฟผ
Kita Mesti Menang!

Dr. Adham Baba

#KitaMestiMenang
#kerajaanprihatin
#breakthechain
#strongertogether
#InibukanpilihanTapikemestian
#PerkasakanKomuniti

https://www.facebook.com/497510250297117/posts/3602979163083528/
Kenyataan Akhbar KPK 16 Januari 2021 โ€“ Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa pada hari ini bilangan kes sembuh COVID-19 adalah sebanyak 2,148 kes. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya daripada COVID-19 adalah sebanyak 117,375 kes (75.7 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Pada hari ini, 16 Januari 2021, negara kita sekali lagi melaporkan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 4,029 kes. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia sebanyak 155,095 kes. Ini menjadikan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 pula adalah 37,126 kes. Daripada jumlah kes baharu berkenaan, terdapat lapan (8) kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara, manakala penularan COVID-19 dalam negara pula adalah sebanyak 4,021 kes. Bagi kes penularan di dalam negara, 2,711 kes adalah warganegara Malaysia manakala 1,310 kes adalah bukan warganegara.

Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi sepanjang minggu ini iaitu sebanyak 1,466 kes (36.4 peratus). Daripada jumlah ini, sebanyak 1,161 kes (79.2 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan. Ini diikuti oleh Johor sebanyak 719 kes (17.8 peratus) dan Sabah sebanyak 449 kes (11.1 peratus).

Sebanyak 110 kes (2.7 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di lokap, depot tahanan imigresen, dan penjara yang membabitkan Kluster Penjara Jalan Harapan (40 kes), Kluster Tembok Nanas (39 kes), Kluster Tembok Gajah (15 kes), Kluster Damai Pelangi (9 kes), Kluster Pagar Siput (4 kes), Kluster Tembok Kemus (2 kes), dan Kluster Pagar Bentong (1 kes).

Untuk kenyataan penuh, baca lanjut di: https://kpkesihatan.com/2021/01/16/kenyataan-akhbar-kpk-16-januari-2021-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19-di-malaysia/