CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia
360K subscribers
28.1K photos
309 videos
240 files
2.06K links
Crisis Preparedness and Response Center, Ministry of Health Malaysia
Download Telegram
BERITA TERKINI

Putrajaya, 3 Jun 2020 - YBhg Datuk Dr Noor Hisham bin Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan telah ke udara secara langsung melalui siaran "Temu Minda" TV1 dan FB Live di Pusat Sumber, Aras 4, KKMM, Presint 4 pada hari ini.

Turut hadir sama YB Dato' Saifuddin Abdullah, Menteri Komunikasi dan Multimedia dan YBhg Dato' Suriani Dato' Ahmad, Ketua Setiausaha, KKMM.

Topik yang dikupas pula "KKM Memerangi Wabak Covid-19; Disebalik Tabir".

Antara perkara disentuh termasuklah penceritaan mengenai perjalanan KP Kesihatan & warga KKM sejak kes pertama Covid-19 direkodkan di Malaysia. Selain cabaran pihak kerajaan dan swasta untuk mempunyai bekalan, peralatan dan latihan yg mencukupi dalam menangani Covid-19. Apa yang penting, realiti norma baharu yang bakal dilalui rakyat Malaysia selepas ini.

Saksikan rancangan tersebut di: https://www.facebook.com/BeritaRTM/videos/3075249629209082/?vh=e&d=n

- CPRC KKM
Kemaskini aplikasi MySejahtera anda ke versi 1.0.19 untuk menggunakan MySejahtera Check-In!

MySejahtera Check-In merupakan sistem pendaftaran dan pengawalan kemasukan pelawat secara berstruktur dan seragam ke dalam sesuatu premis. Ia berfungsi untuk membantu negara dalam mengurus penularan wabak COVID-19 dan memastikan keselamatan awam.

Fungsi MySejahtera Check-In:

i. Membantu pendaftaran pelawat di premis secara automatik dan cepat;
ii. Mengurangkan kesesakan pelawat;
iii. Mencegah penularan jangkitan dengan meningkatkan pematuhan budaya Norma Baharu; dan
iv. Memastikan keselamatan maklumat peribadi pengguna agar tidak di salah gunakan.

Terima kasih kerana menjadi wira negara untuk membantu usaha Kerajaan memutuskan rantaian jangkitan COVID-19 di Malaysia!

Android
https://play.google.com/store/apps/details?id=my.gov.onegovappstore.mysejahtera
iOS
https://apps.apple.com/my/app/mysejahtera/id1504055630

Huawei https://appgallery.cloud.huawei.com/marketshare/app/C101930603?locale=en_GB&source =appshare&subsource=C101930603
BERITA TERKINI

Ikuti perkembangan terkini status #COVID19Malaysia di FBlive KKM yang akan bersiaran kira-kira jam 5.00 petang ini.

- CPRC KKM
Assalamualaikum & Salam Sejahtera rakyat Malaysia yang dikasihi 😊

Ringkasan Kes COVID-19 pada 4 JUN 2020

Kes baharu dilaporkan:
277
Perincian kes baharu:-
--> 2 kes import (0 BWN, 2 WN)
--> 275 kes penularan tempatan (271 BWN, 4 WN)

Jumlah keseluruhan kes dilaporkan di Malaysia:
8,247

Jumlah kes aktif:
1,573

Kes sembuh:
28

Jumlah keseluruhan kes sembuh:
6,559

Jumlah keseluruhan kes di ICU:
6 (Seramai 2 orang memerlukan bantuan alat pernafasan)

Kematian:
0

Jumlah keseluruhan kematian:
115


Nasihat berkaitan COVID-19
1) Elakkan 3C (Crowded place, Confined space & Close conversation)
2) Amalkan 3W (Wash, Wear & Warn)
3) Terus patuh kepada S.O.P

- CPRC KKM
Salam sejahtera!

Pengunaan MySejahtera Check-In telah dilaksanakan di kebanyakkan tempat, termasuk pengangkutan awam. Sila muat turun aplikasi MySejahtera dan gunakan fungsi Pengimbas Kod QR didalam MySejahtera untuk Check-In.

Tidak perlu isi borang digital atau borang manual, hanya imbas dan masuk.

Muat turun MySejahtera sekarang!