CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia
360K subscribers
28.1K photos
309 videos
240 files
2.06K links
Crisis Preparedness and Response Center, Ministry of Health Malaysia
Download Telegram
Selain Amerika Syarikat yang mempunyai kes harian yang tinggi, negara dari Amerika Latin (Brazil, Chilie dan Mexico), dan negara Benua Asia (India, Pakistan, Arab Saudi dan Iran) menunjukkan trend peningkatan kes harian yang tinggi.

Negara-negara Eropah pula sudah mula terkawal kecuali negara Rusia dan United Kingdom yang masih mempunyai kes harian yang tinggi.

Malaysia berada di kedudukan ke-63 bagi jumlah kes COVID-19 dan di tangga ke-53 bagi jumlah kes yang sembuh.

- CPRC KKM
Nantikan sidang media harian KKM untuk perkembangan terkini jangkitan #COVID19 di Malaysia pada jam 5 petang ini.

- CPRC KKM
Assalamualaikum & Salam Sejahtera rakyat Malaysia yang dikasihi 😊

Ringkasan Kes COVID-19 pada 10 JUN 2020

Kes baharu dilaporkan: 2
Perincian kes baharu:-
--> 1 kes import (1 WN, 0 BWN)
--> 1 kes penularan tempatan (0 WN, 1 BWN)

Jumlah keseluruhan kes dilaporkan di Malaysia: 8,338

Jumlah kes aktif: 1,206

Kes sembuh: 39

Jumlah keseluruhan kes sembuh: 7,014

Jumlah keseluruhan kes di ICU: 5 (Tiada yg memerlukan bantuan alat pernafasan)

Kematian: 1

Jumlah keseluruhan kematian: 118

Nasihat berkaitan COVID-19
1) Elakkan 3S/3C (Sesak, Sempit & Sembang Dekat)
2) Amalkan 3W (Wash, Wear & Warn)
3) Terus patuh kepada S.O.P
4) Muat turun aplikasi MySejahtera untuk membantu usaha Kerajaan memutuskan rantaian jangkitan COVID-19 di Malaysia!

- CPRC KKM
Salam sejahtera semua!

Aplikasi MySejahtera mempunyai beberapa proses pendaftaran untuk memastikan:

1. Aplikasi ini selamat digunakan.
2. Kesahihan maklumat.

Proses pendaftaran adalah seperti berikut:

1. Pendaftaran nombor telefon atau e-mel.
2. Verifikasi nombor telefon atau e-mel melalui OTP.
3. Pengaktifan akaun setelah mendapat sms atau e-mel pengaktifan. Ini akan dilakukan secara berperingkat (penjarakan pengaktifan 😊).

Semua yang mendaftar akan berjaya mengaktifkan akaun mereka.

Harap maklum dan bersabar.

Bersama-sama kita menggunakan aplikasi ini untuk melakukan pemeriksaan kendiri dari masa ke semasa. Bersama kita membanteras COVID19!

- CPRC KKM
Malaysia Sudah Berada Di Fasa Pemulihan, Terima Kasih Semua.

Dunia hari ini melihat Malaysia sebagai model dan rujukan. Malaysia sudah berjaya memasuki fasa pemulihan memerangi Covid19.

Sebab itulah dunia mahu mendengar pengalaman Malaysia. Dunia mahu Malaysia terus berkongsi kisah ini kepada warga dunia yang lain. Maka tidak hairanlah WHO berulang kali menjemput Malaysia berkongsi pengalamannya.

Baru-baru ini YB Menteri Kesihatan, Dato' Sri Dr Adham Baba dijemput untuk berkongsi pengalaman Malaysia bersama
5 negara dengan World Health Organization, WHO iaitu Argentina, Malaysia, Sri Lanka, Seychelles dan UAE.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=145795867053517&id=111858377113933