CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia
360K subscribers
28.1K photos
309 videos
240 files
2.06K links
Crisis Preparedness and Response Center, Ministry of Health Malaysia
Download Telegram
Terkini #covid19malaysia STATUS COVID-19, 14 Jun

Kes baharu = 8
a) melibatkan kes import= 2
b) melibatkan kes penularan tempatan= 6
i) kes warganegara= 2
ii) kes bukan warganegara= 4
Terkini #covid19malaysia, 14 Jun

Terdapat 1 kluster yang melaporkan kes baharu (4 kes) iaitu Kluster Tapak Pembinaan Kuala Lumpur 2. Keempat-empat adalah warga Bangladesh dan tidak bergejala.

Tiada kes baharu dilaporkan di kluster lain.
Terkini #covid19malaysia, 14 Jun

Saringan Covid-19 Pusat Jagaan Warga Emas, Pasar dan Madrasah
Terkini #covid19malaysia, 14 Jun

Kapasiti ujian harian 50 makmal Covid19.

Kapasiti maksima = 34,951
Ujian dijalankan pada 13 Jun = 9,279 (27%)

Data yang terima adalah belum lengkap daripada makmal-makmal swasta.
Kenyataan Akhbar KPK 14 Jun 2020 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat 35 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini. Jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 7,346 kes (86.9 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Sehingga 14 Jun 2020 pukul 12:00 tengah hari, terdapat lapan (8) kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 8,453 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 telah kurang daripada 1,000 kes, iaitu 986 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Ingin dimaklumkan daripada lapan (8) kes baharu yang dilaporkan, dua (2) kes adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara melibatkan bukan warganegara yang merupakan pemastautin tetap. Daripada enam (6) kes penularan di dalam negara, empat (4) kes adalah bukan warganegara manakala dua (2) kes adalah di kalangan warganegara Malaysia.

Untuk kenyataan penuh, baca lanjut di: https://kpkesihatan.com/…/kenyataan-akhbar-kpk-14-jun-2020…/
Penggunaan aplikasi MySejahtera menjadi norma baharu buat masyarakat di negara ini sebagai antara kaedah bagi membantu kerajaan, khususnya Kementerian Kesihatan (KKM), dalam pengawasan penularan wabak COVID19 di Malaysia

Aplikasi MySejahtera merupakan satu instrumen penting bagi memperkasa orang ramai menerusi maklumat terkini COVID19 dan nasihat kesihatan, akan membolehkan KKM mengambil tindakan yang cepat dan tepat untuk mengenal pasti serta memaklumkan kontak rapat sekiranya berlaku kes jangkitan COVID19 dalam masyarakat.

Teruskan mematuhi SOP PKPP supaya kita semua dapat putuskan penularan wabak COVID19.