CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia
360K subscribers
28.1K photos
309 videos
240 files
2.06K links
Crisis Preparedness and Response Center, Ministry of Health Malaysia
Download Telegram
Salam sejahtera semua!

Aplikasi MySejahtera stabil sejak 11.6.2020. Jumlah pengguna setakat 16.6.2020 adalah 4.1 juta!

Walaubagaimanapun, sesetengah pengguna masih mengalami masalah. Antara masalah yang dikenalpasti adalah:

1. Tidak dapat login

- sila uninstall dan install app MySejahtera

2. Paparan Check-In beku (freeze)

- kemungkinan penggunaan camera untuk MySejahtera tidak diberi kebenaran di setting telefon pintar. Sila pergi ke settings dan beri kebenaran.
- jika masih bermasalah, sila uninstall dan install semula.

3. Check-in MySejahtera tidak berfungsi apabila mengimbas QR Code

- QR Code Scanner MySejahtera hanya Boleh membaca kod QR MySejahtera.
- ini adalah bagi memastikan data pengguna selamat.

MySejahtera akan ditambah baik dari masa ke semasa.

Harap maklum.

- Pasukan MySejahtera
Assalamualaikum & Salam Sejahtera rakyat Malaysia yang dikasihi 😊

Ringkasan Kes COVID-19 pada 18 JUN 2020

Kes baharu dilaporkan: 14
Perincian kes baharu:-
--> 3 kes import (2 WN, 1 BWN)
--> 11 kes penularan tempatan (4 WN, 7 BWN)

Jumlah keseluruhan kes dilaporkan di Malaysia: 8,529

Jumlah kes aktif: 408

Kes sembuh: 127

Jumlah keseluruhan kes sembuh: 8,000

Jumlah keseluruhan kes di ICU: 4 (Tiada yg memerlukan bantuan alat pernafasan)

Kematian: 0

Jumlah keseluruhan kematian: 121

Nasihat berkaitan COVID-19
1) Elakkan 3S/3C (Sesak, Sempit & Sembang Dekat)
2) Amalkan 3W (Wash, Wear & Warn)
3) Terus patuh kepada S.O.P
4) Muat turun aplikasi MySejahtera untuk membantu usaha Kerajaan memutuskan rantaian jangkitan COVID-19 di Malaysia!

- CPRC KKM