CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia
360K subscribers
28.1K photos
309 videos
240 files
2.06K links
Crisis Preparedness and Response Center, Ministry of Health Malaysia
Download Telegram
TERMA RUJUKAN PELAKSANAAN PENGASINGAN DAN PENGAWASAN KE ATAS KES COVID-19 SERTA PENGAWASAN DAN PEMERHATIAN KONTAK RAPAT KES POSITIF COVID-19 DI RUMAH / TEMPAT KEDIAMAN OLEH PENGAMAL PERUBATAN SWASTA YANG DILANTIK SEBAGAI PEGAWAI DIBERI KUASA DI BAWAH AKTA 342

Makluman - Bagi menangani pandemik COVID-19, kerjasama antara KKM dan sektor kesihatan swasta terus dipertingkatkan. Di antara kerjasama yang dilaksanakan adalah termasuk pelantikan seramai 1,157 orang Pengamal Perubatan Swasta (PPS) di bawah seksyen 3 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 [Akta 342]; untuk mengeluarkan surat perintah pengawasan dan pemerhatian (HSO) kepada kes COVID-19 dan kontak rapat serta pemakaian gelang pengawasan. Selain itu, penyerahan surat pelepasan HSO serta pemotongan gelang pengawasan juga boleh dilakukan oleh PPS ini.

Tuan/Puan boleh mendapatkan perkhidmatan HSO dan pemakaian serta pemotongan gelang pengawasan daripada PPS ini pada caj yang ditetapkan oleh mereka. Sila hubungi klinik swasta ini terlebih dahulu untuk mendapatkan maklumat berkaitan perkhidmatan tersebut
Kenyataan Akhbar KPK 25 Oktober 2021 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 25 Oktober 2021 (jam 12:00 tengah hari);
• Kes sembuh : 7,414 kes (2,334,783 kes kumulatif, 95.8%);
• Kes baharu : 4,782 kes (2,436,498 kes kumulatif);
• Kes import : 15 kes (13 warganegara; 2 bukan warganegara);
• Kes tempatan : 4,767 kes [4,575 warganegara (96.0%); 192 bukan warganegara (4.0%)];
• Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) : 607 kes (514 kes disahkan COVID-19 ; 93 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan) ;
• Kes memerlukan bantuan pernafasan : 300 kes (217 kes disahkan COVID-19 ; 83 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan)
• Jumlah kluster : 5,728 kluster;
• Jumlah kluster baharu : 6 kluster;
• Jumlah kluster yang telah tamat : 5,200 kluster; dan
• Jumlah kluster aktif : 528 kluster.

Daripada 4,782 kes harian yang dilaporkan pada hari ini;
• 96 kes (2.0 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
• 4,686 kes (98.0 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Untuk kenyataan penuh dan laporan mingguan, baca lanjut di:
https://kpkesihatan.com/2021/10/25/kenyataan-akhbar-kpk-25-oktober-2021-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19-di-malaysia/
Happy Hypoxia (Bahasa Iban)
Happy Hypoxia (Bahasa Mandarin)
KENYATAAN MEDIA KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Aktiviti-aktiviti penguatkuasaan larangan merokok telah dipertingkatkan di semua negeri di seluruh negara.

Sejak Januari hingga 24 Oktober 2021, sebanyak 3,419 notis kesalahan telah dikeluarkan.

Lima negeri dengan pengeluaran notis kesalahan paling tinggi adalah Terengganu (652 notis), Pahang (601 notis), Sarawak (365 notis), Perak (356 notis) dan WP Kuala Lumpur (303 notis).
Kenyataan Akhbar KPK 26 Oktober 2021 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 26 Oktober 2021 (jam 12:00 tengah hari);
• Kes sembuh : 5,607 kes (2,340,390 kes kumulatif, 95.8%);
• Kes baharu : 5,726 kes (2,442,224 kes kumulatif);
• Kes import : 15 kes (9 warganegara; 6 bukan warganegara);
• Kes tempatan : 5,711 kes [5,489 warganegara (96.1%); 222 bukan warganegara (3.9%)];
• Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) : 598 kes (512 kes disahkan COVID-19 ; 86 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan) ;
• Kes memerlukan bantuan pernafasan : 308 kes (219 kes disahkan COVID-19 ; 89 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan)
• Jumlah kluster : 5,735 kluster;
• Jumlah kluster baharu : 7 kluster;
• Jumlah kluster yang telah tamat : 5,229 kluster; dan
• Jumlah kluster aktif : 506 kluster.

Daripada 5,726 kes harian yang dilaporkan pada hari ini;
• 97 kes (1.7 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
• 5,629 kes (98.3 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Untuk kenyataan penuh, baca lanjut di: https://kpkesihatan.com/2021/10/26/kenyataan-akhbar-kpk-26-oktober-2021-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19-di-malaysia/
Tolong patuhi arahan larangan merokok di tempat awam

Berikutan arahan penguatkuasaan yang lebih ketat terhadap larangan merokok di tempat awam, KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (KKM) akan terus melakukan operasi dari semasa ke semasa bagi memastikan ia dipatuhi orang ramai.

Sejak Januari lalu sehingga 24 Oktober 2021, sebanyak 3,419 notis kesalahan di tempat makan melibatkan perokok dan pemilik premis telah dikeluarkan di bawah Seksyen 32B Akta Makanan, Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004.
KKM memberi jaminan bahawa lebih banyak operasi penguatkuasaan akan dilaksanakan selepas ini di seluruh negara agar pematuhan terhadap undang-undang merokok di tempat awam sentiasa dipatuhi.

Di sini saya juga ingin berkongsikan beberapa gambar aktiviti penguatkuasaan oleh Pusat Kesihatan Daerah (PKD) Kepong di Wilayah Persekutuan pada 23 Oktober lalu dan PKD Johor Bahru di Johor, semalam.

Untuk operasi di sekitar Kepong Sabtu lalu, sebanyak 20 notis kesalahan dikeluarkan membabitkan 15 kesalahan merokok di tempat makan dan lima ke atas pemilik kedai yang gagal mempamerkan tanda larangan merokok dan memastikan tiada orang merokok di premis masing-masing.

Bagi operasi di Johor Bahru semalam pula, sebanyak 30 notis kesalahan telah dikeluarkan di bawah Seksyen 32B melibatkan 23 kesalahan merokok di tempat makan dan tiga kesalahan dikenakan ke atas pemilik.
Selain itu, sebanyak empat notis kesalahan juga telah dikeluarkan bagi kesalahan merokok di tempat-tempat lain.

Saya menyeru orang ramai supaya mematuhi arahan larangan merokok di tempat awam bukan sahaja demi keselesaan bersama, tetapi lebih penting demi kesejahteraan dan kesihatan semua pihak.

- YB Menteri Kesihatan -
Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM:
𝐊𝐄𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐕𝐀𝐊𝐒𝐈𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐏𝐄𝐍𝐓𝐈𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐏𝐑𝐎𝐒𝐄𝐒 𝐋𝐎𝐓 𝐑𝐄𝐋𝐄𝐀𝐒𝐄

Vaksin COVID-19 digunakan untuk merangsang sistem imun tubuh supaya boleh bertindak balas terhadap jangkitan COVID-19 apabila terdedah kepada koronavirus. Vaksin COVID-19 mengandungi antigen, contohnya jujukan genetik mRNA, viral vektor dan virus nyahaktif.

Di Malaysia, lima jenis vaksin COVID-19 keluaran lima syarikat telah didaftarkan secara bersyarat untuk digunakan dalam Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK). Vaksin tersebut ialah Pfizer BioNTech (Comirnaty), Sinovac Life Sciences dan Pharmaniaga Life Sciences (CoronaVax), AstraZeneca (Vaxzevria), CanSino Biologics Inc. (Convidecia) dan Janssen-Cilag International (Janssen COVID-19 Vaccine).

𝐏𝐞𝐧𝐝𝐚𝐟𝐭𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐁𝐞𝐫𝐬𝐲𝐚𝐫𝐚𝐭 𝐕𝐚𝐤𝐬𝐢𝐧 𝐂𝐎𝐕𝐈𝐃-𝟏𝟗

Bermula 14 Disember 2020, Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) telah melaksanakan laluan pendaftaran fast-tract bersyarat untuk vaksin COVID-19. Bagi membolehkan akses segera kepada vaksin ini. Mekanisme pendaftaran priority review diperkenalkan untuk tujuan ini. Langkah ini dapat mempercepat kelulusan vaksin COVID-19 di negara ini secara risk-based approach tanpa mengabaikan aspek kualiti, keselamatan dan keberkesanan.

Sebelum didaftarkan, vaksin perlu dipastikan mematuhi keperluan regulatori, piawaian dan garis panduan antarabangsa. Proses pendaftaran vaksin melibatkan saringan permohonan, penerimaan pendaftaran, penilaian produk, pembentangan penilaian produk dan penjanaan nombor pendaftaran.

Tempoh penilaian permohonan lengkap bagi pendaftaran vaksin COVID-19 telah dipendekkan daripada 245 hari bekerja kepada 120 hari bekerja. Tempoh ini dikira bermula dari tarikh priority review dimohon hingga tarikh kelulusan pendaftaran bersyarat.

Penilaian dossier vaksin COVID-19 yang hendak didaftarkan adalah berdasarkan garis panduan daripada Pihak Berkuasa Regulatori Kebangsaan negara-negara lain. Antaranya seperti World Health Organization (WHO), European Medicines Agency (EMA), US Food and Drug Administration (FDA) dan International Council for Harmonization of Technical Requirements for Pharmaceuticals for Human Use (ICH).

𝐁𝐞𝐫𝐤𝐮𝐚𝐥𝐢𝐭𝐢, 𝐒𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭 𝐝𝐚𝐧 𝐁𝐞𝐫𝐤𝐞𝐬𝐚𝐧

Tujuan utama pendaftaran ubat-ubatan dan vaksin di Malaysia adalah untuk menjamin kualiti, keselamatan dan keberkesanannya. Vaksin yang berkualiti dihasilkan di fasiliti yang mematuhi keperluan aspek Amalan Pengilangan Baik. Pemegang pendaftaran vaksin juga perlu memastikan terdapat kawalan bagi bahan mentah dan proses pengilangan yang menepati spesifikasi.

Selain itu, aspek keselamatan juga menjadi elemen utama penilaian pendaftaran. Manfaat daripada penggunaan vaksin yang didaftarkan hendaklah melebihi risiko yang dijangka serta disokong oleh data keselamatan. Pemegang pendaftaran dikehendaki merangka pelan pengurusan risiko bagi setiap vaksin tersebut. Vaksin yang dinilai juga perlu dibuktikan dapat menghasilkan antibodi yang mencukupi untuk melawan dan memberi perlindungan daripada penyakit.

𝐊𝐞𝐩𝐞𝐧𝐭𝐢𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐋𝐨𝐭 𝐑𝐞𝐥𝐞𝐚𝐬𝐞

Lot release ialah proses yang dijalankan oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (National Pharmaceutical Regulatory Agency, NPRA) bagi setiap kelompok vaksin COVID-19 yang telah berdaftar sebelum vaksin tersebut boleh digunakan di Malaysia. Lot release penting untuk memastikan vaksin dihasilkan secara konsisten serta mematuhi keperluan regulatori yang ditetapkan semasa pendaftaran.

Lot release melibatkan penilaian dokumen Lot Summary Protocol (LSP), pemeriksaan rangkaian sejuk dan pengeluaran Sijil Lot Release. LSP adalah dokumen yang mengandungi ringkasan proses pembuatan dan keputusan ujian bagi setiap lot vaksin. Sebelum vaksin tersebut diimport, pemegang pendaftaran perlu mengemukakan LSP kepada NPRA.

Pemeriksaan rangkaian sejuk dilakukan di lokasi pertama penerimaan vaksin, sama ada di gudang pengimport atau di fasiliti kesihatan yang menerima vaksin COVID-19 terus daripada pemegang pendaftaran.
Sekiranya keperluan lot release dipenuhi, NPRA akan mengeluarkan Sijil Lot Release bagi kelompok vaksin tersebut. Kelompok vaksin yang belum menerima Sijil Lot Release akan disimpan atau dikuarantin sementara sehingga mendapat kelulusan NPRA.

𝐏𝐞𝐬𝐚𝐧𝐚𝐧 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐚𝐰𝐚𝐦

NPRA sentiasa memastikan maklumat yang lengkap dikemukakan bagi setiap permohonan pendaftaran vaksin COVID-19. Data dan maklumat ini dapat memastikan hanya vaksin yang berkualiti, berkesan dan selamat akan diberikan kelulusan pendaftaran bersyarat. Orang ramai tidak perlu bimbang atau meragui status keselamatan vaksin memandangkan vaksin tersebut telah dinilai dalam aspek kualiti, keselamatan dan keberkesanannya oleh NPRA.

Maklumat berkaitan vaksin COVID-19 boleh diperoleh daripada laman web info@vaksincovid.gov.my. Sebarang pertanyaan lanjut tentang ubat-ubatan boleh dibuat ke Pusat Panggilan Farmasi Kebangsaan (National Pharmacy Call Centre, NPCC) di talian 1800-88-6722, setiap Isnin hingga Jumaat, dari 8 pagi hingga 5 petang (kecuali cuti umum).

Disediakan oleh :
𝘚𝘪𝘵𝘪 𝘕𝘶𝘳𝘶𝘭 𝘍𝘢𝘵𝘩𝘪𝘩𝘢𝘩 𝘉𝘪𝘯𝘵𝘪 𝘉𝘢𝘩𝘢𝘳𝘶𝘥𝘪𝘯
𝘒𝘦𝘵𝘶𝘢 𝘗𝘦𝘯𝘰𝘭𝘰𝘯𝘨 𝘗𝘦𝘯𝘨𝘢𝘳𝘢𝘩 𝘒𝘢𝘯𝘢𝘯
𝘉𝘢𝘩𝘢𝘨𝘪𝘢𝘯 𝘈𝘮𝘢𝘭𝘢𝘯 𝘥𝘢𝘯 𝘗𝘦𝘳𝘬𝘦𝘮𝘣𝘢𝘯𝘨𝘢𝘯 𝘍𝘢𝘳𝘮𝘢𝘴𝘪,
𝘒𝘦𝘮𝘦𝘯𝘵𝘦𝘳𝘪𝘢𝘯 𝘒𝘦𝘴𝘪𝘩𝘢𝘵𝘢𝘯 𝘔𝘢𝘭𝘢𝘺𝘴𝘪𝘢
Speak Out : Katakan TIDAK kepada penjual rokok dan perokok
Katakan TIDAK kepada penjual rokok dan perokok yang bangga menunjukkan mereka merokok di media sosial.
Speak out, suarakan hak anda.

https://www.youtube.com/watch?v=5I0v3BnZMCU&list=PLuFGTV9wLgwy6eigJXJsJypZS7iONqKGN&index=2

#speakout
#sihatmilikku

Telegram SIHAT MILIKKU (MyHEALTHKKM)
t.me/sihatmilikbersama
(Saluran Rasmi Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia)
TO ALL SURVEY PARTICPANTS:
Intent and Perception towards COVID-19 Booster Vaccination Among Malaysian (INCEPTION-B)
Thank you for your participation.
The results of this study will be published in the near future. Stay tune on the ICR social media page.

KEPADA SEMUA PESERTA SOAL SELIDIK:
Niat pengambilan dan persepsi terhadap dos penggalak vaksin COVID-19 di kalangan rakyat Malaysia (INCEPTION-B)
Terima kasih di atas penyertaan anda.
Keputusan untuk soal selidik ini akan diterbitkan pada masa akan datang. Sila Ikuti perkembangan kami di laman sosial media ICR.

至问卷调查的参与者:
马来西亚人对COVID-19加强疫苗接种的意图和看法(INCEPTION-B)。
感谢您的参与。
这项问卷结果将在近期内公布。请关注ICR社交媒体。

அனைத்து கணக்கெடுப்பு பங்கேற்பாளர்களுக்கு:
கோவிட்-19 பூஸ்டர் தடுப்பூசியைப் பற்றய மலேசியப் பொது மக்களின் கருத்து மற்றும் எண்ணத்தை தெரிந்து கொள்வது. (INCEPTION-B)
உங்கள் பங்கேற்புக்கு நன்றி.
இந்த ஆய்வின் முடிவுகள் எதிர்காலத்தில் வெளியிடப்படும். ஐ.சி.ஆர் சமூக ஊடகப் பக்கத்தை தொடர்ந்து பின்பற்றுங்கள்.
Sehingga 27 Oktober 2021: Jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 6,148 kes (2,448,372 kes).

Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: https://covidnow.moh.gov.my

Data setiap hari bagi laman COVIDNOW adalah dikemaskini sekaligus selepas tengah malam.
Kadar positiviti kes COVID-19 yang dilaporkan pada ME 42/2021 (17 Oktober 2021 - 23 Oktober 2021) adalah 4.92% di mana 842,850 ujian RTK-Ag dan rt-PCR telah dijalankan dalam minggu tersebut. Data preliminari pada hari ini (27 Oktober 2021) menunjukkan 133,201 ujian telah dijalankan dengan kadar positiviti 4.62% (ini merupakan data preliminari kerana masih terdapat kes dalam siasatan). Data akhir akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW.

- KPK KKM -
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 27 Oktober 2021 (jam 12:00 tengah hari);

Kes sembuh : 7,595 kes (2,347,985 kes kumulatif, 95.9%);
Kes baharu : 6,148 kes (2,448,372 kes kumulatif);
Kes import : 21 kes (13 warganegara; 8 bukan warganegara);
Kes tempatan : 6,127 kes [5,885 warganegara (96.1%); 242 bukan warganegara (3.9%)];
Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) : 563 kes (495 kes disahkan COVID-19 ; 68 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan) ;
Kes memerlukan bantuan pernafasan : 292 kes (211 kes disahkan COVID-19 ; 81 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan)
Jumlah kluster : 5,744 kluster;
Jumlah kluster baharu : 9 kluster;
Jumlah kluster yang telah tamat : 5,250 kluster; dan
Jumlah kluster aktif : 494 kluster.

Daripada 6,148 kes harian yang dilaporkan pada hari ini;
101 kes (1.6 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
6,047 kes (98.4 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Perincian kluster-kluster baharu dan nilai RT mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 1 dan 2 yang disertakan bersama kenyataan media ini. Manakala, maklumat terperinci lain berkenaan situasi semasa jangkitan dan penularan COVID-19 di Malaysia akan dimuatnaik ke laman web COVIDNOW di https://covidnow.moh.gov.my. Data akan dikemaskini pada jam 12:00 tengah malam setiap hari.

https://kpkesihatan.com/2021/10/27/kenyataan-akhbar-kpk-27-oktober-2021-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19-di-malaysia/