CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia
โœ”
360K subscribers
28.1K photos
309 videos
240 files
2.06K links
Crisis Preparedness and Response Center, Ministry of Health Malaysia
Download Telegram
Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian pada 31 hb Oktober 2021 untuk seluruh negara adalah 0.95. Manakala pecahan mengikut negeri adalah seperti di lampiran.

- KPK KKM -
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Baru diimunisasi dan berasa tidak sihat? Ia mungkin kesan sampingan susulan imunisasi (AEFI). Pastikan anda melaporkannya.

Maklumkan ahli profesional kesihatan di fasiliti kesihatan anda untuk membuat laporan AEFI bagi pihak anda;

ATAU

Anda juga boleh ke laman sesawang NPRA www.npra.gov.my untuk melaporkan kesan sampingan sendiri menggunakan borang yang disediakan secara atas talian atau menghantar borang laporan melalui emel, pos atau faks. Anda digalakkan untuk berbincang dahulu dengan ahli profesional kesihatan tentang kesan sampingan yang dialami sebelum membuat laporan.

#ReportSideEffects
#MedSafetyWeek

Sumber: Program Perkhidmatan Farmasi KKM
Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM:
๐”๐’๐€๐‡ ๐“๐„๐‘๐๐„๐ƒ๐€๐˜๐€ ๐‡๐„๐‹๐€๐‡ ๐๐„๐๐‰๐”๐€๐‹๐€๐ ๐•๐€๐Š๐’๐ˆ๐ ๐‚๐Ž๐•๐ˆ๐ƒ-๐Ÿ๐Ÿ— ๐ƒ๐€๐‹๐€๐Œ ๐“๐€๐‹๐ˆ๐€๐

Program Perkhidmatan Farmasi (PPF), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) giat menjalankan Kempen Kesedaran Waspada Pembelian Ubat dalam Talian untuk mendidik orang awam tentang risiko pembelian ubat secara dalam talian. Melalui tag line #biarbetuliklanni!, pengguna dinasihatkan supaya tidak mudah percaya akan iklan-iklan ubat dan pelbagai testimoni yang meragukan di internet.

Kini, terdapat segelintir individu yang menjual produk kesihatan dikatakan dapat merawat jangkitan COVID-19. Malah, produk yang didakwa sebagai vaksin COVID-19 juga didapati telah dijual melalui platform e-dagang dan media sosial.

๐•๐š๐ค๐ฌ๐ข๐ง ๐‚๐Ž๐•๐ˆ๐ƒ-๐Ÿ๐Ÿ— ๐ฉ๐ž๐ซ๐ฅ๐ฎ ๐›๐ž๐ซ๐๐š๐Ÿ๐ญ๐š๐ซ

Semua produk farmaseutikal termasuk vaksin di Malaysia perlu berdaftar dengan KKM sebelum dipasarkan kepada pengguna. Sehingga 2 Mac 2021, KKM telah meluluskan pendaftaran bersyarat kepada tiga produk vaksin COVID-19. Produk-produk ini ialah COVID-19 Vaccine AstraZeneca Solution for Injection, CoronaVac Suspension for Injection (Sinovac) dan COMIRNATY Concentrate for Dispersion for Injection.

Kesemua vaksin ini akan digunakan bagi proses vaksinasi melalui Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan. Sepanjang program ini, proses penerimaan, agihan, simpanan dan pemberian vaksin dijalankan di fasiliti yang ditetapkan oleh kerajaan. Antaranya termasuklah fasiliti kesihatan kerajaan dan beberapa fasiliti kesihatan swasta yang terpilih. Akses kepada vaksin dikawal oleh petugas kesihatan yang diberi kuasa dengan bantuan pasukan keselamatan.

Tiada vaksin COVID-19 lain yang diluluskan pendaftaran untuk dijual kepada orang awam. Produk yang dijual sebagai vaksin COVID-19 dalam internet berkemungkinan besar adalah palsu. Orang awam dinasihatkan supaya lebih berhati-hati dan tidak terpedaya dengan helah peniaga yang mengambil kesempatan.

๐”๐›๐š๐ญ ๐“๐ž๐ซ๐ค๐š๐ฐ๐š๐ฅ ๐ญ๐ข๐๐š๐ค ๐›๐จ๐ฅ๐ž๐ก ๐๐ข๐ฃ๐ฎ๐š๐ฅ ๐ฌ๐ž๐œ๐š๐ซ๐š ๐๐š๐ฅ๐š๐ฆ ๐ญ๐š๐ฅ๐ข๐š๐ง

Vaksin COVID-19 tergolong dalam kategori Ubat Terkawal. Secara umumnya, Ubat Terkawal tidak dibenarkan untuk dijual secara dalam talian. Pembekalan Ubat Terkawal kepada pesakit memerlukan preskripsi yang sah daripada doktor yang merawat. Ubat Terkawal boleh dikenal pasti melalui nombor pendaftaran MAL yang berakhir dengan abjad A.

Hanya produk daripada kategori ubat am (over the counter), sediaan tradisional dan produk kesihatan tambahan sahaja yang boleh dijual secara dalam talian. Produk-produk ini pula boleh dikenal pasti melalui nombor pendaftaran MAL yang berakhir dengan abjad X bagi ubat am, T bagi sediaan tradisional dan N untuk produk kesihatan tambahan.

๐๐š๐ฌ๐ข๐ก๐š๐ญ ๐ฎ๐ง๐ญ๐ฎ๐ค ๐จ๐ซ๐š๐ง๐  ๐š๐ฐ๐š๐ฆ

Orang awam disarankan untuk menyemak status produk sebelum membeli produk-produk yang dijual dalam talian. Status pendaftaran produk boleh disemak melalui laman web Bahagian Regulatori Farmasi Negara (National Pharmaceutical Regulatory Agency, NPRA) di alamat www.npra.gov.my, dengan menggunakan fungsi Carian Produk (Product Search). Semakan juga boleh dilakukan menggunakan aplikasi telefon pintar NPRA Product Status. Aplikasi ini boleh dimuat turun daripada Google Playstore dan Apple App Store.

Selain itu, orang awam hendaklah mengenal pasti premis fizikal penjual dalam talian. Syarikat yang membuat jualan produk kesihatan perlu dipastikan berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia. Elakkan membeli ubat daripada laman sosial atau penjual dari luar negara.

Usah terpedaya dengan iklan yang mengandungi janji-janji manis termasuklah yang melibatkan jangkitan COVID-19, penyakit kronik serta peningkatan fungsi seksual. Orang awam perlu berwaspada dengan iklan yang mengandungi kenyataan seperti โ€˜terbaikโ€™, โ€˜berkesanโ€™, โ€˜dijamin selamatโ€™ dan โ€˜mujarabโ€™.
Sekiranya mengetahui sebarang penjualan produk kesihatan secara dalam talian yang menyalahi undang-undang, orang awam digalakkan membuat aduan melalui Portal Sistem Pengurusan Aduan Awam (SisPAA) di alamat https://moh.spab.gov.my/.

๐’๐ž๐ ๐ž๐ซ๐š ๐๐š๐Ÿ๐ญ๐š๐ซ ๐ฌ๐ž๐›๐š๐ ๐š๐ข ๐ฉ๐ž๐ง๐ž๐ซ๐ข๐ฆ๐š ๐ฏ๐š๐ค๐ฌ๐ข๐ง

Membeli atau menggunakan produk palsu yang dijual sebagai vaksin COVID-19 berisiko menyebabkan kesan serius kepada kesihatan. Orang awam hendaklah lebih berhati-hati dalam memilih produk kesihatan yang dijual dalam talian.
Oleh yang demikian, bagi mendapatkan suntikan vaksin COVID-19 melalui Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, orang awam yang menepati kriteria digalakkan mendaftar sebagai penerima vaksin. Dapatkan maklumat lanjut tentang Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan daripada laman web www.vaksincovid.gov.my.

Disediakan oleh:
๐˜•๐˜ถ๐˜ณ ๐˜ˆ๐˜ต๐˜ช๐˜ฌ๐˜ข๐˜ฉ ๐˜ฃ๐˜ช๐˜ฏ๐˜ต๐˜ช ๐˜ ๐˜ข๐˜ข๐˜ฌ๐˜ถ๐˜ฃ
๐˜—๐˜ฆ๐˜จ๐˜ข๐˜ธ๐˜ข๐˜ช ๐˜๐˜ข๐˜ณ๐˜ฎ๐˜ข๐˜ด๐˜ช
๐˜’๐˜ฆ๐˜ฎ๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜ต๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ช๐˜ข๐˜ฏ ๐˜’๐˜ฆ๐˜ด๐˜ช๐˜ฉ๐˜ข๐˜ต๐˜ข๐˜ฏ ๐˜”๐˜ข๐˜ญ๐˜ข๐˜บ๐˜ด๐˜ช๐˜ข
&
๐˜”๐˜ฐ๐˜ฉ๐˜ฅ ๐˜š๐˜ฉ๐˜ข๐˜ฉ๐˜ช๐˜ณ๐˜ช ๐˜ฃ๐˜ช๐˜ฏ ๐˜ˆ๐˜ฃ๐˜ฅ ๐˜Ž๐˜ฉ๐˜ข๐˜ฑ๐˜ข๐˜ณ
๐˜—๐˜ฆ๐˜จ๐˜ข๐˜ธ๐˜ข๐˜ช ๐˜๐˜ข๐˜ณ๐˜ฎ๐˜ข๐˜ด๐˜ช
๐˜’๐˜ฆ๐˜ฎ๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜ต๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ช๐˜ข๐˜ฏ ๐˜’๐˜ฆ๐˜ด๐˜ช๐˜ฉ๐˜ข๐˜ต๐˜ข๐˜ฏ ๐˜”๐˜ข๐˜ญ๐˜ข๐˜บ๐˜ด๐˜ช๐˜ข
Sehingga 1 November 2021: Jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 4,626 kes (2,476,268 kes).

Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: https://covidnow.moh.gov.my

Data setiap hari bagi laman COVIDNOW adalah dikemaskini sekaligus selepas tengah malam.
Dos penggalak diberikan secara sukarela kepada penerima vaksin sinovac dan pfizer yang layak bermula 22 Oktober 2021.

Individu akan dimaklumkan melalui aplikasi MySejahtera atau pesanan ringkas kepada nombor telefon yang berdaftar.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#LindungDiriLindungSemua
#COVID19
#sihatmilikku
Mengapa anda perlu mengambil suntikan dos penggalak (booster dose) vaksin COVID-19?

Disediakan juga versi bahasa Mandarin dan bahasa Iban.
Kerajaan menetapkan tujuh indikator utama yang perlu dicapai sebelum Kementerian Kesihatan (KKM) boleh mengisytiharkan Malaysia memasuki fasa endemik, sekali gus bersedia untuk hidup bersama virus COVID-19.

Timbalan Menteri Kesihatan II, Datuk Aaron Ago Dagang berkata, indikator berkenaan merangkumi jumlah penggunaan katil hospital, unit rawatan rapi (ICU) dan Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC); kapasiti ujian di makmal; kadar positif COVID-19.

https://lm.facebook.com/l.php?u=https%3A%2F%2Fwww.bharian.com.my%2Fberita%2Fnasional%2F2021%2F11%2F882566%2Ftujuh-indikator-penentu-negara-masuk-fasa-endemik&h=AT13Up_1HYigNVg4WgF4QpJwew7O9HWGDFMO5OaFrSS1VWcs2VcXfQQd-pzPjNuArl3fjna4XiXH_r1w-tEyenc361T-seDYvGa7RV7zXbHyQjZ8rVhc_LcLWX00LkVP8A
Kenyataan Akhbar KPK 1 November 2021 โ€“ Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 1 November 2021 (jam 12:00 tengah hari);
โ€ข Kes sembuh : 5,299 kes (2,380,060 kes kumulatif, 96.1%);
โ€ข Kes baharu : 4,626 kes (2,476,268 kes kumulatif);
โ€ข Kes import : 6 kes (2 warganegara; 4 bukan warganegara);
โ€ข Kes tempatan : 4,620 kes [4,440 warganegara (96.1%); 180 bukan warganegara (3.9%)];
โ€ข Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) : 569 kes (503 kes disahkan COVID-19 ; 66 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan) ;
โ€ข Kes memerlukan bantuan pernafasan : 301 kes (213 kes disahkan COVID-19 ; 88 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan)
โ€ข Jumlah kluster : 5,776 kluster;
โ€ข Jumlah kluster baharu : 5 kluster;
โ€ข Jumlah kluster yang telah tamat : 5,365 kluster; dan
โ€ข Jumlah kluster aktif : 411 kluster.

Daripada 4,626 kes harian yang dilaporkan pada hari ini;
โ€ข 94 kes (2.0 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
โ€ข 4,532 kes (98.0 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Sehingga 30 Oktober 2021 [Minggu Epidemiologi (ME) ke-43], sebanyak 2,466,663 kes kumulatif COVID-19 telah dilaporkan dengan 28,876 kes kematian. Kebanyakan indikator utama menunjukkan tren penurunan. Walau bagaimanapun, kadar kematian menunjukkan peningkatan sebanyak 5.2 peratus berbanding minggu epidemiologi sebelumnya (ME ke-42).

Untuk kenyataan penuh dan laporan mingguan, baca lanjut di:
https://kpkesihatan.com/2021/11/01/kenyataan-akhbar-kpk-1-november-2021-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19-di-malaysia/
- Maklum -
Bermula 1 November 2021, Talian Hotline COVID-19 CPRC Kebangsaan Kementerian Kesihatan Malaysia akan beroperasi dari :
8.00pagi sehingga 5.00 petang
7 hari seminggu
Golongan yang diberi keutamaan untuk mendapat suntikan dos penggalak :

โœ… Petugas barisan hadapan
โœ… Individu berumur 60 tahun ke atas
โœ… Individu dengan komorbid tanpa mengira peringkat umur

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#LindungDiriLindungSemua
#COVID19
#sihatmilikku
Jabatan Meteorologi Malaysia menyatakan permulaan musim tengkujuh atau Monsun Timur Laut bagi seluruh negara dijangka akan bermula Rabu (3 November 2021) sehingga Mac tahun depan.

Ini persiapan yang boleh dilakukan sebelum, semasa dan selepas banjir.

#banjir
#sihatmiliฤทku