CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia
360K subscribers
28.1K photos
309 videos
240 files
2.06K links
Crisis Preparedness and Response Center, Ministry of Health Malaysia
Download Telegram
KENYATAAN MEDIA

Saranan berkenaan pendaftaran secara walk-in untuk senarai menunggu di PPV Fasiliti Kesihatan Swasta

#ProtectHealth
Kolera merupakan penyakit bawaan air dan makanan yang disebabkan oleh jangkitan bakteria Vibrio Cholerae.

Kolera berjangkit melalui pengambilan makanan atau air yang tercemar terutamanya ketika musim banjir.

Perhatikan tanda-tanda / gejala dan langkah pencegahan penyakit kolera.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#sihatmilikku
PANDUAN BAGI PENYEDIA PENGANGKUTAN KEPADA PENGUNDI.

MOHON PATUHI SOP!

Selamat Mengundi Dengan Selamat
#MelakaPatuhSOP

- KPK KKM -
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 19 November 2021 (jam 12:00 tengah hari);

Kes sembuh : 5,031 kes (2,477,314 kes kumulatif, 96.2%);
Kes baharu : 6,355 kes (2,575,888 kes kumulatif);
Kes import : 31 kes (20 warganegara; 11 bukan warganegara);
Kes tempatan : 6,324 kes [6,112 warganegara (96.6%); 212 bukan warganegara (3.4%)];
Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) : 542 kes (436 kes disahkan COVID-19 ; 106 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan) ;
Kes memerlukan bantuan pernafasan : 268 kes (173 kes disahkan COVID-19 ; 95 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan)
Jumlah kluster : 5,877 kluster;
Jumlah kluster baharu :10 kluster;
Jumlah kluster yang telah tamat : 5,631 kluster; dan
Jumlah kluster aktif : 246 kluster.

Daripada 6,355 kes harian yang dilaporkan pada hari ini;
115 kes (1.8 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
6,240 kes (98.2 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

https://kpkesihatan.com/2021/11/19/kenyataan-akhbar-kpk-19-november-2021-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19-di-malaysia/
Kerajaan hanya mewajibkan orang ramai memakai satu pelitup muka bagi mengelakkan jangkitan Covid-19,

Pemakaian pelitup muka berganda boleh meningkatkan perlindungan daripada jangkitan Covid-19.

Ini melibatkan memakai pelitup muka kain di bahagian luar dan pelitup muka pembedahan di bahagian dalam.

- KPK KKM -
Untuk ibu ayah yang pertama kali nak bawak anak vaksin ketika norma baharu, boleh rujuk infografik ni. Amalkan 3W (Wash, Wear, Warn) & elakkan 3S (Sesak, Sempit, Sembang).
Lindungi Anak Anda, Pastikan Mereka Divaksin! 💉🦠

Sumber: OHBULAN
Pada 20 November 2021, jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 5,859 kes menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 2,581,747 kes.

Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: https://covidnow.moh.gov.my

Data setiap hari bagi laman COVIDNOW adalah dikemaskini sekaligus selepas tengah malam.
Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian pada 19 hb Nov 2021 untuk seluruh negara adalah 1.01. Manakala pecahan mengikut negeri adalah seperti di lampiran.

- KPK KKM -
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 20 November 2021 (jam 12:00 tengah hari);

Kes sembuh : 4,970 kes (2,482,284 kes kumulatif, 96.1%);
Kes baharu : 5,859 kes (2,581,747 kes kumulatif);
Kes import : 19 kes (13 warganegara; 6 bukan warganegara);
Kes tempatan : 5,840 kes [5,629 warganegara (96.4%); 211 bukan warganegara (3.6%)];
Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) : 529 kes (420 kes disahkan COVID-19 ; 109 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan) ;
Kes memerlukan bantuan pernafasan : 261 kes (169 kes disahkan COVID-19 ; 92 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan)
Jumlah kluster : 5,878 kluster;
Jumlah kluster baharu :1 kluster;
Jumlah kluster yang telah tamat : 5,638 kluster; dan
Jumlah kluster aktif : 240 kluster.

Daripada 5,859 kes harian yang dilaporkan pada hari ini;
102 kes (1.7 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
5,757 kes (98.3 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

https://kpkesihatan.com/2021/11/20/kenyataan-akhbar-kpk-20-november-2021-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19-di-malaysia/
Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian pada 20 hb Nov 2021 untuk seluruh negara adalah 1.01. Manakala pecahan mengikut negeri adalah seperti di lampiran.

- KPK KKM -
Pada 21 November 2021, jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 4,854 kes menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 2,586,601 kes.

Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: https://covidnow.moh.gov.my

Data setiap hari bagi laman COVIDNOW adalah dikemaskini sekaligus selepas tengah malam.