CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia
360K subscribers
28.1K photos
309 videos
240 files
2.06K links
Crisis Preparedness and Response Center, Ministry of Health Malaysia
Download Telegram
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Kementerian Kesihatan menawarkan pemberian vaksin COVID-19 kepada semua remaja yang berumur 12 hingga 17 tahun secara percuma.

Remaja yang mengambil suntikan vaksin COVID-19 perlu melengkapkan 2 dos kerana seseorang remaja akan dilindungi secara optima selepas menerima kedua-dua dos.

Vaksin adalah selamat dan kesan sampingan yang telah dilaporkan adalah ringan dan bersifat sementara.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#COVID19
#LindungDiriLindungSemua
#sihatmilikku
KENYATAAN AKHBAR KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

PEMBERIAN DOS PENGGALAK (BOOSTER DOSE), SYOR TERKINI DARIPADA JAWATANKUASA KERJA TEKNIKAL (TWG)
Kenyataan Akhbar KPK 24 November 2021 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 24 November 2021 (jam 12:00 tengah hari);
• Kes sembuh : 5,082 kes (2,503,427 kes kumulatif, 96.2%);
• Kes baharu : 5,755 kes (2,602,835 kes kumulatif);
• Kes import : 23 kes (15 warganegara; 8 bukan warganegara);
• Kes tempatan : 5,732 kes [5,501 warganegara (96.0%); 231 bukan warganegara (4.0%)];
• Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) : 506 kes (426 kes disahkan COVID-19 ; 80 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan) ;
• Kes memerlukan bantuan pernafasan : 270 kes (158 kes disahkan COVID-19 ; 112 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan);
• Jumlah kluster : 5,906 kluster;
• Jumlah kluster baharu : 8 kluster;
• Jumlah kluster yang telah tamat : 5,672 kluster; dan
• Jumlah kluster aktif : 234 kluster.

Daripada 5,755 kes harian yang dilaporkan pada hari ini;
• 101 kes (1.8 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
• 5,654 kes (98.2 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Untuk kenyataan penuh, baca lanjut di: https://kpkesihatan.com/2021/11/24/kenyataan-akhbar-kpk-24-november-2021-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19-di-malaysia/
Ringkasan Pemberian dos penggalak vaksin COVID-19 secara homologus dan heterologous syor terkini daripada Jawatankuasa Kerja Teknikal (TWG).

- KPK KKM -
Anda terlepas janji temu vaksinasi COVID-19?

Cari PPV yang terdekat dengan anda melalui laman web https://protecthealth.com.my

Anda boleh mendaftar sebagai senarai tunggu simpanan melalui

✔️ Hadir ke PPV
✔️ Telefon PPV
✔️ Emel PPV

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#COVID19
#LindungDiriLindungSemua
#sihatmilikku
Kadar penggunaan alat bantuan pernafasan, ICU, katil hospital COVID-19 dan pusat kuarantin setakat 24 November.
Untuk maklumat lanjut, layari covidnow.moh.gov.my

Utilisation of ventilators, ICUs, hospital beds and quarantine centres as of 24 November.
For more details, visit covidnow.moh.gov.my
Status COVID-19 di Malaysia setakat 24 November 2021.
Untuk maklumat lanjut, layari covidnow.moh.gov.my

COVID-19 status in Malaysia as of 24 November 2021.
For more details, visit covidnow.moh.gov.my
Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian pada 24 hb Nov 2021 untuk seluruh negara adalah 0.99. Manakala pecahan mengikut negeri adalah seperti di lampiran.

- KPK KKM -
Pada 25 November 2021, jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 6,144 kes menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 2,608,979 kes.

Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: https://covidnow.moh.gov.my

Data setiap hari bagi laman COVIDNOW adalah dikemaskini sekaligus selepas tengah malam.
Untuk pertanyaan berkenaan COVID-19, boleh hubungi:

Talian Hotline CPRC
03-7723 9300 8am-9pm
03-88810600 / 03-88810700 8am-5pm

Whatsapp
+6 017 8429454 8am-5pm

Emel cprc@moh.gov.my 8am-5pm

Talian Bantuan CAC maya
03-7723 9299 8am-9pm

Dikemaskini 26 November 2021
Pada 26 November 2021, jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 5,501 kes menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 2,614,480 kes.

Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: https://covidnow.moh.gov.my

Data setiap hari bagi laman COVIDNOW adalah dikemaskini sekaligus selepas tengah malam.
1. SITUASI DAN MAKLUMAT TERKINI MENGENAI MUTASI SPIKE PROTEIN COVID-19 DI MALAYSIA

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa sebanyak 266 kes baharu varian dilaporkan dalam tempoh 16 November 2021 sehingga 24 November 2021. Malaysia Genome & Vaccine Insitute (MGI) telah mengenalpasti sebanyak 46 kes baharu yang kesemuanya adalah Variant of Concern (VOC) iaitu varian Delta (B.1.617.2), UKM Medical Molecular Biology Institute (UMBI-UKM) telah mengenalpasti sebanyak 46 kes baharu yang kesemuanya adalah VOC iaitu varian Delta (B.1.617.2), Integrative Pharmacogenomics Institute (iPROMISE) telah mengenalpasti 48 kes baharu yang kesemuanya adalah VOC iaitu varian Delta (B.1.617.2), Institute for Medical Research (IMR) telah mengenalpasti 32 kes baharu baharu yang kesemuanya adalah VOC iaitu varian Delta (B.1.617.2), manakala Tropical Infectious Diseases Research & Education Centre (TIDREC) telah mengenalpasti 94 kes baharu yang kesemuanya adalah VOC iaitu varian Delta (B.1.617.2).

Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang dijangkiti oleh virus SARS-CoV-2 yang dikategorikan sebagai VOC dan Variant of Interest (VOI) adalah sebanyak 4,177 kes. Daripada jumlah yang dikesan tersebut, 4,157 kes adalah VOC manakala 20 kes adalah VOI. Secara keseluruhan, sehingga kini, bagi VOC terdapat sebanyak;
• 3,917 kes varian Delta;
• 226 kes varian Beta; dan
• 14 kes varian Alpha.

Manakala bagi kes-kes VOI, terdapat sebanyak;
• 13 kes varian Theta;
• Empat (4) kes varian Kappa; dan
• Tiga (3) kes varian Eta.

Perincian kes-kes positif COVID-19 varian VOC dan VOI mengikut negeri, saringan, dan kluster adalah seperti di Jadual 1-3.

2. STATUS DI MALAYSIA MENGENAI COVID-19 VARIAN BAHARU B.1.1.529

KKM mengambil maklum berkaitan laporan berita mengenai varian baharu COVID-19 iaitu B.1.1.529. Setakat ini tiga (3) buah negara telah melaporkan kes berkaitan varian baharu ini
iaitu Afrika Selatan (77 kes), Botswana (4 kes) dan Hong Kong (2 kes). Kes pertama dilaporkan di negara Botswana pada 11 November 2021, manakala negara Afrika Selatan pada 14 November 2021 dan Hong Kong pada 25 November 2021. Kes yang dilaporkan di Hong Kong mempunyai sejarah melawat Afrika Selatan. Belum ada kes dilaporkan di Malaysia.

Menurut laporan, varian baharu ini mempunyai 32 mutasi spike protein iaitu dua (2) kali ganda lebih banyak daripada varian delta. Sehingga kini belum ada maklumat lanjut bagi tempoh inkubasi, gejala dan kebolehjangkitan bagi varian B.1.1.529 ini.
Untuk makluman buat masa ini, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) masih lagi membuat pemantauan yang rapi mengenai perkembangan yang berkaitan pelaporan varian baharu B.1.1.529. Buat masa ini varian baharu ini dikategorikan oleh WHO sebagai Variant Under Monitoring (VUM).

- KPK KKM -