CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia
360K subscribers
28.1K photos
309 videos
240 files
2.06K links
Crisis Preparedness and Response Center, Ministry of Health Malaysia
Download Telegram
KENYATAAN MEDIA KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

PENJUALAN TIKET LALUAN PERJALANAN LENGKAP VAKSIN (VACCINATED TRAVEL LANE) ANTARA MALAYSIA-SINGAPURA DIBUKA SEMULA
Kesan sampingan susulan imunisasi yang ringan boleh dilaporkan melalui aplikasi MySejahtera. Sekiranya kesan sampingan yang dialami tidak ada dalam senarai, sila rujuk fasiliti kesihatan yang terdekat bagi mendapatkan nasihat/rawatan. Pegawai kesihatan yang dirujuk boleh membantu anda melaporkan AEFI.

Adverse Events Following Immunisation (AEFI) can be reported through the MySejahtera app. If the side effects are not on the list, please consult the nearest health facility for advice/treatment. The health officer in charge can help you report the AEFI you are experiencing.

#PICKBooster
#LindungDiriLindungSemua

Sumber: JKJAV
Let's Fight against Dengue.

Conduct 10 minutes search & destroy every week
Protect yourself against mosquito bite
Seek early treatment if you have fever and any of the symptoms listed.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#denggi
#sihatmilikku
Pada 21 Januari 2022, jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 4,046 kes menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 2,824,973 kes.

Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: https://covidnow.moh.gov.my

Data setiap hari bagi laman COVIDNOW adalah dikemaskini sekaligus selepas tengah malam.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 21 Januari 2022 (jam 12:00 tengah hari);

Kes sembuh: 2,804 kes (2,750,261 kes kumulatif, 97.4%)
Kes baharu : 4,046 kes (2,824,973 kes kumulatif);
Kes import : 489 kes (388 warganegara; 101 bukan warganegara);
Kes tempatan : 3,557 kes [3,449 warganegara (97.0%); 108 bukan warganegara (3.0%)];
Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 149 kes (120 kes disahkan COVID-19; 29 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan);
Kes memerlukan bantuan pernafasan: 71 kes (49 kes disahkan COVID-19; 22 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan);
Jumlah kluster : 6,284 kluster;
Jumlah kluster baharu : 12 kluster;
Jumlah kluster yang telah tamat : 6,064 kluster; dan
Jumlah kluster aktif : 220 kluster.

Daripada 4,046 kes harian yang dilaporkan pada hari ini;

kes (0.8 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
kes (99.2 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

https://kpkesihatan.com/2022/01/21/kenyataan-akhbar-kpk-21-januari-2022-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19/
KENYATAAN AKHBAR

Senarai Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Offsite Untuk Vaksinasi Secara Walk-In (Untuk Warga Emas Berusia 60 Tahun dan Ke Atas)

---

PRESS RELEASE

List of Offsite PPVs For Walk-In Booster Vaccination (Only for Senior Citizens Aged 60 Years Old and Above)

#ProtectHealth
Statistik terkini pemberian vaksin di Malaysia setakat 20 Januari 2022.

#ProtectHealth
#PICKBooster
#LindungDiriLindungSemua
SITUASI SEMASA MENGENAI LIPUTAN DOS PENGGALAK DALAM KALANGAN GOLONGAN YANG BERISIKO TINGGI, PETUGAS-PETUGAS KESIHATAN, DAN PENERIMA VAKSIN SINOVAC (CORONAVAC)

Penurunan imuniti atau waning immunity selepas penerimaan vaksin dalam tempoh masa tertentu adalah perkara yang lazim berlaku pada kebanyakan penerima vaksin termasuk penerima vaksin COVID-19. Daripada pemantauan yang dijalankan oleh Institut Penyelidikan Klinikal (ICR) di Malaysia, penurunan imuniti sebanyak 20 peratus berlaku kepada individu yang telah mengambil dos lengkap [2 (dua) dos], manakala bagi penerima vaksin Sinovac, berlaku penurunan imuniti sebanyak 40 peratus selepas tiga (3) hingga lima (5) bulan menerima dos kedua.

Pelbagai kajian dari negara Israel, United Kingdom, dan Chile juga mendapati terdapat penurunan tahap neutralising antibody kepada virus COVID-19 selepas tiga (3) hingga enam (6) bulan menerima dos primer lengkap. Ini menyebabkan risiko untuk mendapat jangkitan COVID-19 meningkat terutamanya bagi kumpulan berisiko tinggi.

Sehubungan dengan itu, dos penggalak atau booster dose COVID-19 perlu diberikan selepas beberapa tempoh tertentu untuk memastikan imuniti yang diperolehi kekal pada tahap yang optimum. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) amat menyarankan pengambilan dos penggalak kepada setiap individu yang layak dalam usaha mengelakkan berlakunya peningkatan semula kes dan kemasukan ke hospital sehingga menyebabkan sistem kesihatan negara terbeban.

Pelaksanaan pemberian dos penggalak telah dimulakan di seluruh negara sejak 13 Oktober 2021. Sehingga 20 Januari 2022, seramai 10,235,759 atau 43.7 peratus populasi Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas atau 44.7 peratus daripada penduduk dewasa yang telah mendapatkan dos lengkap, kini sudah menerima dos penggalak. Antara manfaat yang boleh diperolehi daripada penerimaan dos penggalak adalah:

1. Mengelakkan berlaku peningkatan semula kes dan kemasukan ke hospital sehingga menyebabkan sistem kesihatan negara terbeban; dan
2. Melindungi penduduk daripada ancaman varian baharu termasuk varian Delta dan varian Omicron. Dos penggalak boleh meningkatkan tahap imuniti terhadap jangkitan varian Omicron sehingga 70 peratus berbanding mereka yang tidak menerima dos penggalak.

Memandangkan risiko jangkitan COVID-19 boleh dikurangkan dengan dos penggalak, KKM juga telah menjalankan semakan semula tempoh kuarantin untuk pengembara dari luar negara. Berdasarkan penilaian risiko tersebut, tempoh kuarantin pengembara yang telah mengambil dos penggalak telah dikurangkan daripada tujuh (7) hari kepada lima (5) hari.

Keutamaan pemberian dos penggalak adalah kepada kumpulan berisiko tinggi dan kumpulan rentan seperti anggota barisan hadapan (kesihatan dan keselamatan), warga emas berusia 60 tahun dan ke atas, orang kurang upaya, serta individu dengan komorbid.

Sehingga 20 Januari 2022, peratus liputan dos penggalak dalam kalangan anggota kesihatan, warga emas berusia 60 tahun dan ke atas, orang kurang upaya, serta individu dengan komorbid menunjukkan kadar liputan yang rendah seperti yang digambarkan dalam Jadual 2.

- KPK KKM -
KEPERLUAN DOS PENGGALAK UNTUK WARGA BERUSIA 60 TAHUN DAN KEATAS DI MALAYSIA

Kajian Institut Penyelidikan Klinikal (ICR) juga mendapati sehingga hari ini, kadar kematian dikalangan warga berumur 60 tahun dan ke atas adalah tinggi iaitu sebanyak 57.2 peratus daripada keseluruhan kumpulan umur. Berdasarkan faktor tersebut dan kebarangkalian imuniti yang rendah disebabkan faktor usia, komorbiditi, sela tempoh vaksin primer yang telah ambil, penurunan imuniti dan lain-lain, individu berusia 60 tahun dan ke atas adalah diwajibkan untuk mengambil dos penggalak.

Bagi warga emas berusia 60 tahun dan ke atas, perkhidmatan vaksinasi secara walk-in akan ditawarkan di negeri Selangor, WP Kuala Lumpur & Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka, Pulau Pinang, dan Sarawak melibatkan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) berikut (Jadual 3):

a) Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Integrasi di Lembah Klang mulai 19 Januari 2022.
Jadual 3: Lokasi PPV Integrasi di Lembah Klang bagi perkhidmatan vaksinasi secara walk-in kepada warga emas

PPV World Trade Centre, Kuala Lumpur 2.00 petang - 8.00 malam
PPV Axiata Arena, Bukit Jalil 2.00 petang - 8.00 malam
PPV Ideal Convention Centre, Shah Alam 2.00 petang - 8.00 malam
Soka Gakkai, Klang 12.00 tengah hari - 4.00 petang

b) PPV Offsite di negeri Selangor, WP Kuala Lumpur & Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka, Pulau Pinang dan Sarawak mulai 24 Januari 2022. Senarai lengkap PPV Offsite yang terlibat akan diumumkan oleh pihak ProtectHealth Corporation.

KKM juga ingin memberi jaminan sekali lagi bahawa bekalan vaksin di Malaysia adalah mencukupi dan KKM sedang mempertingkatkan pemberian vaksin COVID-19 di seluruh negara. Sehubungan dengan itu, orang ramai disarankan untuk mengambil dos penggalak vaksin COVID-19 supaya perlindungan yang optima terhadap jangkitan COVID-19 dapat dikekalkan.

Semua individu yang telah menerima vaksin termasuk vaksin penggalak juga perlu mengamalkan norma baharu dan mematuhi semua SOP yang telah ditetapkan oleh MKN bagi membendung jangkitan COVID-19 dan seterusnya memastikan negara dibuka dalam keadaan yang selamat.

- KPK KKM -
Senarai PPV Offsite untuk Vaksinasi Secara Walk-In (Untuk Warga Emas Berusia 60 Tahun dan Ke Atas) bagi negeri-negeri Selangor, W.P. Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Melaka, Pulau Pinang dan juga Sarawak.