CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia
360K subscribers
28.1K photos
309 videos
240 files
2.06K links
Crisis Preparedness and Response Center, Ministry of Health Malaysia
Download Telegram
Senarai PPV Offsite untuk Vaksinasi Secara Walk-In (Untuk Warga Emas Berusia 60 Tahun dan Ke Atas) bagi negeri-negeri Selangor, W.P. Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Melaka, Pulau Pinang dan juga Sarawak.
NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN DOS PENGGALAK COVID-19

KKM ingin menasihati individu yang telah mengambil dos penggalak mematuhi saranan serta nasihat-nasihat seperti berikut;
• Berada di ruang pemerhatian yang ditetapkan sekurang-kurangnya 15 minit;
• Memaklumkan kepada petugas kesihatan atau mendapatkan rawatan segera sekiranya mengalami tanda-tanda kesan teruk selepas vaksin COVID-19;
• Mengamal norma baharu dan mematuhi langkah pencegahan penyakit COVID-19;
• Menyimpan kad vaksinasi yang diberikan oleh anggota kesihatan; dan
• Elakkan aktiviti lasak dalam tempoh seminggu.

- KPK KKM -
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 22 Januari 2022 (jam 12:00 tengah hari);

Kes sembuh: 2,858 kes (2,753,119 kes kumulatif, 97.3%)
Kes baharu : 4,116 kes (2,829,089 kes kumulatif);
Kes import : 498 kes (406 warganegara; 92 bukan warganegara);
Kes tempatan : 3,618 kes [3,504 warganegara (96.8%); 114 bukan warganegara (3.2%)];
Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 141 kes (116 kes disahkan COVID-19; 25 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan);
Kes memerlukan bantuan pernafasan: 62 kes (44 kes disahkan COVID-19; 18 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan);
Jumlah kluster : 6,293 kluster;
Jumlah kluster baharu : 9 kluster;
Jumlah kluster yang telah tamat : 6,068 kluster; dan
Jumlah kluster aktif : 225 kluster.

Daripada 4,116 kes harian yang dilaporkan pada hari ini;

39 kes (0.9 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
4,077 kes (99.1 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

https://kpkesihatan.com/2022/01/22/kenyataan-akhbar-kpk-22-januari-2022-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19/
KAJIAN KESELAMATAN VAKSIN COVID-19 DARIPADA INSTITUT PENYELIDIKAN KLINIKAL (ICR)

Institut Penyelidikan Klinikal (ICR) Institut Kesihatan Kebangsaan (NIH), Malaysia sedang menjalankan kajian keselamatan vaksin Case-Based Monitoring Of Adverse Events Following COVID-19 Vaccination (SAFECOVAC, NMRR-21-822-59745) dengan kaedah pemerhatian longitudinal secara aktif.

Populasi kajian adalah terdiri daripada individu yang layak menerima vaksinasi COVID-19 di antara Februari 2021 dan Disember 2022 di Malaysia. Kajian ini akan mengumpulkan data dan analisis ke atas individu yang telah menerima sekurang-kurangnya satu (1) dos vaksin COVID-19 dan seterusnya dimasukkan ke 216 hospital awam dan swasta dengan diagnosis seperti insiden platelet rendah (thrombocytopenia), pembekuan darah di saluran vena (venous thromboembolism), strok, sakit jantung (myocardial infarction), miokarditis/perikarditis, gangguan rentak jantung, Bell’s Palsy, dan sawan/kejang yang merupakan Adverse Event of Special Interest (AESI) yang menjadi fokus utama kajian.

Analisis interim antara Februari dan September 2021 yang melibatkan data kemasukan sebanyak 433,674 juga mengambil maklumat vaksin yang diberi, termasuk vaksin Comirnaty, AstraZeneca, dan CoronaVac. Hasil analisis interim ini menunjukkan insiden AESI yang jarang berlaku adalah berbeza mengikut vaksin COVID-19, dos pertama dan kedua, kumpulan umur, dan jantina penerima vaksin. Walau bagaimanapun, kadar kejadian AESI selepas vaksinasi adalah agak rendah.

Kajian SAFECOVAC ini menyimpulkan bahawa manfaat vaksin COVID-19 masih melebihi risiko dan pada masa ini pasukan SAFECOVAC sedang menganalisis data interim untuk diterbitkan dan hasilnya akan dikongsi kepada umum tidak lama lagi.

KKM akan sentiasa memantau keselamatan semua vaksin COVID-19 yang telah didaftarkan secara bersyarat di Malaysia bagi menjamin keselamatan dan kesihatan rakyat. Sekiranya terdapat bukti yang jelas vaksin-vaksin vaksin ini tidak selamat, KKM tidak akan bertolak ansur untuk mengambil tindakan regulatori yang sewajarnya.

Rakyat Malaysia juga diminta agar sentiasa berwaspada dan berhati-hati dalam menilai dan menyebar berita-berita yang tidak benar terutamanya berita-berita daripada sumber yang meragukan berkaitan vaksin COVID-19 termasuk program pemberian dos penggalak. KKM ingin menasihati dan menggalakkan agar rakyat Malaysia yang ingin mendapatkan informasi kesihatan yang sahih berkenaan dos penggalak COVID-19 ini agar berhubung terus dengan pakar atau pegawai perubatan yang bertauliah.

baca lagi di
https://kpkesihatan.com/2022/01/22/kenyataan-akhbar-kpk-22-januari-2022-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19/
Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian pada 22 hb Jan 2022 untuk seluruh negara adalah 1.07. Manakala pecahan mengikut negeri adalah seperti di lampiran.

- KPK KKM -
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 23 Januari 2022 (jam 12:00 tengah hari);

Kes sembuh: 2,814 kes (2,755,933 kes kumulatif, 97.3%)
Kes baharu : 3,856 kes (2,832,945 kes kumulatif);
Kes import : 492 kes (378 warganegara; 114 bukan warganegara);
Kes tempatan : 3,364 kes [3,236 warganegara (96.2%); 128 bukan warganegara (3.8%)];
Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 143 kes (121 kes disahkan COVID-19; 22 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan);
Kes memerlukan bantuan pernafasan: 53 kes (43 kes disahkan COVID-19; 10 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan);
Jumlah kluster : 6,306 kluster;
Jumlah kluster baharu : 13 kluster;
Jumlah kluster yang telah tamat : 6,071 kluster; dan
Jumlah kluster aktif : 235 kluster.

Daripada 3,856 kes harian yang dilaporkan pada hari ini;

adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

https://kpkesihatan.com/2022/01/23/kenyataan-akhbar-kpk-23-januari-2022-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19/
TOPIK PAGI
"Fakta dan Kepentingan Vaksin Penggalak"

Tetamu: Dr. Mohd Ihsani Bin Mahmood
Jawatan : Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Bahagian Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan Malaysia

https://fb.watch/aJKVYW0jPg/
Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian pada 23 hb Jan 2022 untuk seluruh negara adalah 1.08. Manakala pecahan mengikut negeri adalah seperti di lampiran.

- KPK KKM -