CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia
360K subscribers
28.1K photos
309 videos
240 files
2.06K links
Crisis Preparedness and Response Center, Ministry of Health Malaysia
Download Telegram
KKM ingin memaklumkan Gelombang Omicron telah bermula di negara kita. Kesiapsiagaan kita dengan liputan vaksinasi yg meluas beserta dengan pelaksanaan langkah-langkah kesihatan awam (kepatuhan kepada SOPs) dan liputan ujian kendiri berkala diharapkan dapat mengurangkan keparahan kes dan kemasukan ke hospital.

Kes akan meningkat dan kita bersama dapat mengurangkan kesan peningkatan dan keparahan jangkitan terutamanya kepada golongan rentan.

Sistem kesihatan awam dan swasta sudah bersiap siaga. Sama-samalah kita mengatasi gelombang ini. Pastikan pemakaian Mask. Amalkan TRIIS. Dapatkan dos Booster. InshaAllah kita berusaha bersama dan bertawakkal kepada Allah SWT.

- KPK KKM -
Kenyataan Akhbar KPK 26 Januari 2022 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19)

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 26 Januari 2022 (jam 12:00 tengah hari);
• Kes sembuh: 3,646 kes (2,766,254 kes kumulatif, 97.2%)
• Kes baharu : 4,744 kes (2,844,969 kes kumulatif);
• Kes import : 429 kes [289 warganegara (67.4%); 140 bukan warganegara (32.6%)];
• Kes tempatan : 4,315 kes [4,112 warganegara (95.3%); 203 bukan warganegara (4.7%)];
• Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 129 kes (110 kes disahkan COVID-19; 19 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan);
• Kes memerlukan bantuan pernafasan: 72 kes (48 kes disahkan COVID-19; 24 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan);
• Jumlah kluster : 6,349 kluster;
• Jumlah kluster baharu : 21 kluster;
• Jumlah kluster yang telah tamat : 6,090 kluster; dan
• Jumlah kluster aktif : 259 kluster.

Daripada 4,744 kes harian yang dilaporkan pada hari ini;
• 30 kes (0.6 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
• 4,714 kes (99.4 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Untuk kenyataan penuh, baca lanjut di: https://kpkesihatan.com/2022/01/26/kenyataan-akhbar-kpk-26-januari-2022-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19/
Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM:
SITUASI SEMASA KLUSTER COVID-19 DALAM SEKTOR PENDIDIKAN

Sesi persekolahan di Malaysia telah bermula pada 9 dan 10 Januari 2022. Susulan itu, terdapat peningkatan kes COVID-19 dalam kalangan pelajar dan warga pendidikan berikutan peningkatan risiko penularan COVID-19 semasa perkumpulan ramai berlaku. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kejadian kluster COVID-19 dalam sektor pendidikan sehingga 25 Januari 2022 (setakat jam 12:00 tengah hari).

Bermula 1 Januari 2022 sehingga 25 Januari 2022, terdapat sebanyak 107 kluster COVID-19 dalam kategori pendidikan yang telah melibatkan 4,633 kes. Peningkatan ketara dicatatkan selepas pembukaan sesi persekolahan pada tahun 2022 berbanding sesi persekolahan pada tahun 2021.

Pada Minggu Epidemiologi (ME) 1 tahun 2022, hanya terdapat tiga (3) kluster pendidikan direkodkan. Namun kenaikan kluster dilihat pada permulaan sesi sekolah pada ME ke-2 di mana 15 kluster telah direkodkan dan peningkatan sebanyak 313% pada ME ke-3. Pada ME ke-4, sehingga 25 Januari 2022, sebanyak 26 lagi kluster pendidikan telah dilaporkan.

Secara keseluruhan, daripada 107 kluster pendidikan, kategori institusi pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menyumbang bilangan tertinggi iaitu sebanyak 56 kluster (52.3%) diikuti oleh kategori pendidikan lain (24.3%), kategori pendidikan tinggi (20.6%), dan institusi pendidikan swasta berdaftar KPM (2.8%). Perincian kategori kluster pendidikan adalah seperti di Gambarajah 1.

Daripada 4,633 keseluruhan kes kluster pendidikan, sebanyak 4,092 kes (88.3%) telah lengkap menerima vaksin COVID-19 dan 112 kes (2.4%) pula telah menerima dos penggalak. Majoriti kes yang dilaporkan hanya bergejala ringan (kategori 1 dan 2) iaitu 99.7% (4,621 kes), manakala hanya 0.2% (12 kes) lagi adalah terdiri daripada kategori 3 dan 4 (rujuk Graf 2). Kesemua 12 kes tersebut kini berada dalam keadaan stabil dan dirawat di fasiliti kesihatan.

Berdasarkan hasil siasatan yang dijalankan oleh Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) ke atas kes dan kluster yang dilaporkan, kejadian ini berpunca daripada:

• Ketidakpatuhan SOP warga institusi pendidikan semasa di sekolah dan di luar waktu persekolahan formal terutamanya apabila berada di asrama;

• Individu bergejala lewat dikesan dan masih lagi hadir ke kelas;

• Murid yang dikuarantin di sekolah tidak mematuhi arahan dan prosedur kuarantin;

• Ruangan tumpuan ramai tidak dilakukan pembersihan dan disinfeksi secara berkala; dan

• Sistem pengudaraan yang kurang memuaskan di kelas dan asrama.

KKM telah menggariskan beberapa garis panduan saringan COVID-19 bagi sektor pendidikan dalam Strategi Pengujian COVID-19 Kebangsaan. Sekolah rendah dan prasekolah pelbagai agensi perlu melakukan ujian pengesanan COVID-19 menggunakan RTK-Ag ke atas 10% daripada kohort murid yang hadir ke sekolah pada setiap minggu. Pengujian perlu dipantau oleh pihak sekolah dan PKD. Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk mengesan awal kes COVID-19 dalam kalangan murid sekolah.

Laporan ujian pengesanan kohort 10% yang disediakan oleh KPM adalah seperti di jadual berwarna kuning yang dilampirkan.

Melihat kepada peningkatan kes dan kluster sektor pendidikan, satu mesyuarat khas KKM bersama dengan KPM, Jabatan Kesihatan Negeri (JKN), Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan (MKAK), Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional (JPNIN), dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah diadakan pada 22 Januari 2022.

Antara cadangan penambahbaikan bagi mengurangkan risiko penularan jangkitan COVID-19 dalam kalangan pelajar dan warga pendidikan ialah:

1) Pihak sekolah dinasihatkan untuk mematuhi sepenuhnya Garis Panduan Pengurusan dan Pengoperasian Sekolah 3.0 yang dikeluarkan oleh KPM;

2) Melakukan penilaian risiko dengan segera supaya pelajar yang dijangkiti COVID-19 dapat diasingkan dan tindakan segera dapat dilakukan ke atas kontak rapat;
3) Pelajar perlu segera membuat laporan kepada guru, warden atau wakil pelajar, walaupun bergejala ringan seperti selesema;

4) Pihak pengurusan institusi perlu menyediakan ruang yang bersesuaian bagi pengasingan kes COVID-19 dan kontak rapat;

5) Individu yang layak untuk menerima vaksin COVID-19 dan dos penggalak adalah digalakkan untuk berbuat demikian;

6) Ibu bapa juga diingatkan untuk memainkan peranan dalam memastikan hanya anak-anak yang sihat sahaja dihantar ke sekolah;

7) Memastikan semua warga pendidikan mematuhi SOP yang ditetapkan oleh MKN dan KKM sepanjang masa;

8) Pembersihan dan disinfeksi perlu kerap dilakukan terutama di permukaan yang kerap disentuh;

9) Memastikan ventilasi di kelas, bilik asrama dan ruang-ruang tertutup dalam keadaan yang baik bagi mengurangkan risiko jangkitan COVID-19; dan

10) Keputusan ujian kendiri COVID-19 yang dilaksanakan oleh murid dengan bimbingan ibu bapa atau penjaga di rumah perlu dilaporkan kepada pihak sekolah.
Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian pada 26 hb Jan 2022 untuk seluruh negara adalah 1.13. Manakala pecahan mengikut negeri adalah seperti di lampiran.

- KPK KKM -
Pembudayaan SOP & Gaya Hidup Sihat Semasa Perayaan.

Jangan lupa saksikan menerusi TikTok Live @MyHealthKKM pada pukul 3.00 petang nanti bersama Dr. Amanda Elli, Pegawai Perubatan dari Klinik Kesihatan Dato Keramat

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#COVID19
#KONGSIFaCai
#sihatmilikku
Vaksinasi dos penggalak kini dibuka secara walk-in kepada semua penduduk 18 tahun ke atas di keempat-empat PPV Integrasi di Lembah Klang bermula 27 Januari 2022

Dapatkan dos penggalak anda! #PICKBooster

The booster dose vaccination is now open on a walk-in basis to all citizens who are 18 years and older in all four Integrated PPVs in Klang Valley starting 27 January 2022.

Get your booster dose!

#PICKBooster

Sumber: JKJAV
Pada 27 Januari 2022, jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 5,439 kes menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 2,850,408 kes.

Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: https://covidnow.moh.gov.my

Data harian laman COVIDNOW dikemaskini sekaligus selepas tengah malam.
Pembudayaan SOP & Gaya Hidup Sihat Semasa Perayaan. Saksikan sekarang di https://www.tiktok.com/@myhealthkkm/live
Saksikan Sidang Media YB Timbalan Menteri Kesihatan I, Dato’ Dr Haji Noor Azmi Ghazali berkenaan #PICKids pada hari ini secara siaran langsung di FB Live KKM
SIDANG MEDIA TIMBALAN MENTERI KESIHATAN I YB DATO’ DR NOOR AZMI GHAZALI

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
PROGRAM IMUNISASI COVID-19 KANAK-KANAK (PICKids)