CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia
360K subscribers
28.1K photos
309 videos
240 files
2.06K links
Crisis Preparedness and Response Center, Ministry of Health Malaysia
Download Telegram
Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian pada 26 hb Jan 2022 untuk seluruh negara adalah 1.13. Manakala pecahan mengikut negeri adalah seperti di lampiran.

- KPK KKM -
Pembudayaan SOP & Gaya Hidup Sihat Semasa Perayaan.

Jangan lupa saksikan menerusi TikTok Live @MyHealthKKM pada pukul 3.00 petang nanti bersama Dr. Amanda Elli, Pegawai Perubatan dari Klinik Kesihatan Dato Keramat

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#COVID19
#KONGSIFaCai
#sihatmilikku
Vaksinasi dos penggalak kini dibuka secara walk-in kepada semua penduduk 18 tahun ke atas di keempat-empat PPV Integrasi di Lembah Klang bermula 27 Januari 2022

Dapatkan dos penggalak anda! #PICKBooster

The booster dose vaccination is now open on a walk-in basis to all citizens who are 18 years and older in all four Integrated PPVs in Klang Valley starting 27 January 2022.

Get your booster dose!

#PICKBooster

Sumber: JKJAV
Pada 27 Januari 2022, jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 5,439 kes menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 2,850,408 kes.

Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: https://covidnow.moh.gov.my

Data harian laman COVIDNOW dikemaskini sekaligus selepas tengah malam.
Pembudayaan SOP & Gaya Hidup Sihat Semasa Perayaan. Saksikan sekarang di https://www.tiktok.com/@myhealthkkm/live
Saksikan Sidang Media YB Timbalan Menteri Kesihatan I, Dato’ Dr Haji Noor Azmi Ghazali berkenaan #PICKids pada hari ini secara siaran langsung di FB Live KKM
SIDANG MEDIA TIMBALAN MENTERI KESIHATAN I YB DATO’ DR NOOR AZMI GHAZALI

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
PROGRAM IMUNISASI COVID-19 KANAK-KANAK (PICKids)
Sorotan Sidang Media YB Timbalan Menteri Kesihatan pada 27 Januari 2022.

Highlights of the Deputy Health Minister’s Press Conference 27 January 2022.

#PICKids
#LindungDiriLindungSemua

Sumber: JKJAV
Kenyataan Akhbar KPK 27 Januari 2022 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19)

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 27 Januari 2022 (jam 12:00 tengah hari);
• Kes sembuh: 4,409 kes (2,770,663 kes kumulatif, 97.2%)
• Kes baharu : 5,439 kes (2,850,408 kes kumulatif);
• Kes import : 332 kes [204 warganegara (61.4%); 128 bukan warganegara (38.6%)];
• Kes tempatan : 5,107 kes [4,968 warganegara (97.3%); 139 bukan warganegara (2.7%)];
• Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 124 kes (101 kes disahkan COVID-19; 23 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan);
• Kes memerlukan bantuan pernafasan: 70 kes (47 kes disahkan COVID-19; 23 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan);
• Jumlah kluster : 6,371 kluster;
• Jumlah kluster baharu : 22 kluster;
• Jumlah kluster yang telah tamat : 6,097 kluster; dan
• Jumlah kluster aktif : 274 kluster.

Daripada 5,439 kes harian yang dilaporkan pada hari ini;
• 47 kes (0.9 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
• 5,392 kes (99.1 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Untuk kenyataan penuh, baca lanjut di: https://kpkesihatan.com/2022/01/27/kenyataan-akhbar-kpk-27-januari-2022-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19/
Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian pada 27 hb Jan 2022 untuk seluruh negara adalah 1.15. Manakala pecahan mengikut negeri adalah seperti di lampiran.

- KPK KKM -