CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia
360K subscribers
28.1K photos
309 videos
240 files
2.06K links
Crisis Preparedness and Response Center, Ministry of Health Malaysia
Download Telegram
Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian pada 11 hb March 2022 untuk seluruh negara adalah 1.03. Manakala pecahan mengikut negeri adalah seperti di lampiran.

- KPK KKM -
KKM ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia pada 11 Mac 2022:

Kes sembuh: 24,444 kes [3,418,443 kes kumulatif (90.6%)];
Kes baharu: 32,800 kes (3,774,786 kes kumulatif);
Kes import: 541 kes [503 warganegara (93.0%); 38 bukan warganegara (7.0%)];
Kes tempatan: 32,259 kes [31,232 warganegara (96.8%); 1,027 bukan warganegara (3.2%)];
Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 380 kes (165 kes disahkan COVID-19; 215 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan); dan
Kes memerlukan bantuan pernafasan: 231 kes (102 kes disahkan COVID-19; 129 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan).

PERINCIAN KATEGORI KES COVID-19

Daripada 32,800 kes harian yang dilaporkan pada 11 Mac 2022:

Kategori 1: 12,726 kes (38.80%);
Kategori 2: 19,891 kes (60.64%);
Kategori 3: 70 kes (0.21%);
Kategori 4: 78 kes (0.24%); dan
Kategori 5: 35 kes (0.11%).

Daripada 183 kes COVID-19 kategori 3, 4, dan 5 yang baharu dilaporkan pada 11 Mac 2022:

35 kes (19.12%) tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi;
80 kes (43.72%) telah menerima dua (2) dos vaksin COVID-19 tetapi belum menerima dos penggalak (booster);
68 kes (37.16%) telah menerima dos penggalak (booster);
103 kes (56.28 %) berumur 60 tahun dan ke atas;
73 kes (39.89%) mempunyai komorbid; dan
2 kes (1.09 %) adalah ibu mengandung.

https://kpkesihatan.com/2022/03/12/kenyataan-akhbar-kpk-12-mac-2022-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19/
Kanak-kanak kini merupakan golongan yang lebih berisiko mendapat jangkitan COVID-19 memandangkan mereka yang berumur 11 tahun dan ke bawah, belum mendapat perlindungan sewajarnya berbanding dengan kumpulan umur yang lebih tinggi yang telah mendapat vaksinasi.

Kadar kemasukan kanak-kanak ke wad PICU (Paediatric Intensive Care Unit) akibat COVID-19 meningkat sebanyak 94% untuk kesemua kategori 3 hingga 5, dengan peningkatan ketara untuk kategori 4 sebanyak 200%, diikuti kategori 5 sebanyak 125%.

Pengambilan vaksin COVID-19 amat penting bagi kalangan kanak-kanak yang berumur 5-11 tahun, terutamanya apabila negara akan memulakan fasa ‘peralihan ke endemik’.

Oleh itu, KKM sekali lagi menasihati ibu bapa untuk mengambil vaksin untuk anak-anak anda bagi melindungi mereka daripada jangkitan teruk varian Omicron yang boleh membawa maut dari jangkitan COVID-19 dan komplikasinya iaitu MIS-C.
[Siri Video Tutorial MySJ #3 - Cara kemaskini status kontak rapat]

https://fb.watch/bH0GNYWcb8/

Jika anda merupakan kontak rapat kepada pesakit COVID-19, jangan lupa kemaskini status di MySejahtera anda. Jom ikut langkah mudah ni.

Nantikan lebih banyak tutorial video mengenai aplikasi MySejahtera!

#MySejahtera
#TutorialMySejahtera

____

[MySJ Video Tutorial Series #3 - How to update close contact status]

https://fb.watch/bH0GNYWcb8/

If you're a close contact to a COVID-19 patient, don't forget to update your status on MySejahtera. Follow these simple steps.

Stay tuned for more tutorial videos on MySejahtera app!

#MySejahtera
#TutorialMySejahtera

Sumber: MySejahtera
Anda positif COVID-19?
Berikut adalah nasihat penjagaan diri semasa menjalani isolasi untuk COVID-19.

Are you positive COVID-19?
The following are self-care advice when you are undergoing isolation for COVID-19.
Varian Omicron mempunyai kadar penyebaran yang lebih tinggi dan lebih mudah menjangkiti. Kesan jangka panjang varian ini belum diketahui namun risiko Long COVID-19 tetap ada.

Flurona merujuk kepada keadaan di mana seseorang itu dijangkiti oleh kedua-dua virus Influenza dan Coronavirus pada masa yang sama.

Delmicron atau Deltacron pula datang dari gabungan Delta dan Omicron. Namun ia belum dibuktikan sebagai virus baru. Para saintis berpendapat Delmicron adalah disebabkan kontaminasi sampel di makmal.

* Ini adalah petikan daripada e-Majalah MyHEALTH Edisi Mac 2022. Klik https://www.facebook.com/myhealthkkm/posts/275048674777109 untuk edisi penuh.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#COVID19
#sihatmilikku
Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian pada 12 hb March 2022 untuk seluruh negara adalah 0.99. Manakala pecahan mengikut negeri adalah seperti di lampiran.

- KPK KKM -
KKM ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia pada 12 Mac 2022:

Kes sembuh: 25,089 kes [3,443,532 kes kumulatif (90.6%)];
Kes baharu: 26,250 kes (3,801,036 kes kumulatif);
Kes import: 545 kes [509 warganegara (93.4%); 36 bukan warganegara (6.6%)];
Kes tempatan: 25,705 kes [24,878 warganegara (96.8%); 827 bukan warganegara (3.2%)];
Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 367 kes (169 kes disahkan COVID-19; 198 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan); dan
Kes memerlukan bantuan pernafasan: 211 kes (100 kes disahkan COVID-19; 111 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan).

PERINCIAN KATEGORI KES COVID-19

Daripada 26,250 kes harian yang dilaporkan pada 12 Mac 2022:

Kategori 1: 8,652 kes (32.96%);
Kategori 2: 17,421 kes (66.37%);
Kategori 3: 70 kes (0.26%);
Kategori 4: 60 kes (0.23%); dan
Kategori 5: 47 kes (0.18%).

Daripada 177 kes COVID-19 kategori 3, 4, dan 5 yang baharu dilaporkan pada 12 Mac 2022:

43 kes (24.29%) tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi;
91 kes (51.41%) telah menerima dua (2) dos vaksin COVID-19 tetapi belum menerima dos penggalak (booster);
43 kes (24.29%) telah menerima dos penggalak (booster);
99 kes (55.93%) berumur 60 tahun dan ke atas;
77 kes (43.50%) mempunyai komorbid; dan
2 kes (1.13%) adalah ibu mengandung.

https://kpkesihatan.com/2022/03/13/kenyataan-akhbar-kpk-13-mac-2022-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19/
Ada yang masih ragu dengan dos penggalak?

Jom baca soalan & jawapan mengenai dos penggalak vaksin COVID-19.

* Ini adalah petikan daripada e-Majalah MyHEALTH Edisi Mac 2022. Klik https://www.facebook.com/myhealthkkm/posts/275048674777109 untuk edisi penuh.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#COVID19
#LindungDiriLindungSemua
#sihatmilikku
Vaksin dos penggalak dapat memberi perlindungan yang optimum daripada gejala serius dan mengurangkan risiko kematian akibat COVID-19 terutamanya kumpulan rentan termasuk kumpulan warga emas.

Program vaksinasi yang dimulakan pada Februari 2021 dan dos penggalak pada Oktober 2021 berjaya memberi impak positif dimana kematian di kalangan warga emas yang telah menerima vaksin lengkap dan dos penggalak COVID-19 pada tahun 2021 adalah jauh lebih rendah berbanding yang tidak divaksin.

Oleh itu KKM ingin menyeru semua warga emas yang berkelayakan namun belum menerima vaksin sama ada dos primer atau dos penggalak untuk segera mendapatkannya dari pusat pemberian vaksin (PPV) yang terdekat secara walk-in.

Anda boleh rujuk senarai PPV terdekat di laman sesawang berikut:

https://covid-19.moh.gov.my/vaksin-covid-19/makluman/2022/03/senarai-ppv-walk-in-pickids-dan-dos-penggalak-vaksin-covid-19

https://vaksincovid.protecthealth.com.my/find

Lindungi diri dan orang tersayang. Dapatkan dos penggalak.
Selamat Hari Buah Pinggang Sedunia.

"Kesihatan Buah Pinggang Untuk Semua"

* Ini adalah petikan daripada e-Majalah MyHEALTH Edisi Mac 2022. Klik https://www.facebook.com/myhealthkkm/posts/275048674777109 untuk edisi penuh.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#sihatmilikku
Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian pada 13 hb March 2022 untuk seluruh negara adalah 0.97. Manakala pecahan mengikut negeri adalah seperti di lampiran.

- KPK KKM -
Penyakit buah pinggang merupakan penyakit senyap yang berbahaya dan biasanya tidak disedari hingga penyakit menjadi teruk dan sukar diselamatkan.

Apabila buah pinggang gagal berfungsi dengan baik, pesakit hanya mempunyai dua pilihan sahaja sama ada menjalani rawatan dialisis atau pemindahan buah pinggang.

* Ini adalah petikan daripada e-Majalah MyHEALTH Edisi Mac 2022. Klik https://www.facebook.com/myhealthkkm/posts/275048674777109 untuk edisi penuh.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#sihatmilikku
KKM ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia pada 13 Mac 2022:

- Kes sembuh: 25,356 kes [3,468,888 kes kumulatif (90.7%)];
- Kes baharu: 22,535 kes (3,823,571 kes kumulatif);
- Kes import: 361 kes [327 warganegara (90.6%); 34 bukan warganegara (9.4%)];
- Kes tempatan: 22,174 kes [21,522 warganegara (97.1%); 652 bukan warganegara (2.9%)];
- Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 384 kes (174 kes disahkan COVID-19; 210 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan); dan
- Kes memerlukan bantuan pernafasan: 222 kes (103 kes disahkan COVID-19; 119 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan).

PERINCIAN KATEGORI KES COVID-19

Daripada 22,535 kes harian yang dilaporkan pada 13 Mac 2022:

Kategori 1: 8,637 kes (38.33%);
Kategori 2: 13,713 kes (60.85%);
Kategori 3: 72 kes (0.32%);
Kategori 4: 63 kes (0.28%); dan
Kategori 5: 50 kes (0.22%).

Daripada 185 kes COVID-19 kategori 3, 4, dan 5 yang baharu dilaporkan pada 13 Mac 2022:

- 39 kes (21.08%) tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi;
- 88 kes (47.57%) telah menerima dua (2) dos vaksin COVID-19 tetapi belum menerima dos penggalak (booster);
- 58 kes (31.35%) telah menerima dos penggalak (booster);
- 109 kes (58.92%) berumur 60 tahun dan ke atas; dan
- 53 kes (28.65%) mempunyai komorbid.

https://kpkesihatan.com/2022/03/14/kenyataan-akhbar-kpk-14-mac-2022-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19/
Apakah maksud endemik, epidemik dan pandemik

Kehidupan kita tidak boleh lari daripada kehadiran virus dan mikroorganisma lain di persekitaran kita.
Istilah endemik, epidemik dan pandemik adalah antara istilah penting dalam bidang kesihatan awam bagi menggambarkan keseriusan kadar penyebaran sesuatu penyakit, terutamanya penyakit berjangkit.

Pemahaman istilah ini adalah penting dalam menentukan strategi pencegahan dan kawalan yang perlu diambil serta penglibatan komuniti dalam memastikan strategi yang diambil itu berkesan.

👉 Dikongsikan maksud istilah-istilah tersebut serta contoh-contoh penyakitnya di Malaysia dan di peringkat global untuk persediaan kita menuju fasa peralihan ke endemik bagi COVID-19.