CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia
βœ”
360K subscribers
28.1K photos
309 videos
240 files
2.06K links
Crisis Preparedness and Response Center, Ministry of Health Malaysia
Download Telegram
Tema Hari Tibi tahun 2022 adalah Invest to End TB, Save Lives.

Mesej utama yang disampaikan adalah seruan kepada pelbagai peringkat pengurusan untuk pertingkatkan kapasiti khusus kepada program kawalan dan pencegahan Tibi.

* Ini adalah petikan daripada e-Majalah MyHEALTH Edisi Mac 2022. Klik https://www.facebook.com/myhealthkkm/posts/275048674777109 untuk edisi penuh.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#sihatmilikku
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Tanpa dos penggalak, vaksinasi warga emas jadi tak lengkap mulai 1 April, kenapa penting KKM keluarkan garis panduan ini kepada warga emas untuk dos penggalak?

Ikuti kupasan bersama Dr. Rosnah Ramly,
Pakar Perunding Perubatan Kesihatan Awam merangkap Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi Strategik COVID-19, Kementerian Kesihatan Malaysia.
SOP Ke Arah Fasa Endemik

Saksikan dalam rancangan Malaysia Hari Ini esok di TV3.

Tarikh : 16 Mac 2022
Masa : 9.30 pagi

Panel :
Dr. Tan Seok Hong
Pakar Perubatan Kesihatan Awam
Bahagian Kawalan Penyakit, KKM

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#COVID19
#sihatmilikku
Wabak dan Vaksin

Dengarkan di asyikfm esok pda pukul 11.30 pagi bersama Dr. Mohamad Izzi Zahari dari Bahagian Kawalan Penyakit, KKM.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#COVID19
#sihatmilikku
Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian pada 15 hb March 2022 untuk seluruh negara adalah 0.95. Manakala pecahan mengikut negeri adalah seperti di lampiran.

- KPK KKM -
Bersama mencegah diskriminasi terhadap penyakit kusta. Mereka yang dijangkiti Kusta tidak bersalah.

Kusta bukan satu sumpahan dan juga bukan penyakit keturunan. Ia boleh dirawat.

* Ini adalah petikan daripada e-Majalah MyHEALTH Edisi Mac 2022. Klik https://www.facebook.com/myhealthkkm/posts/275048674777109 untuk edisi penuh.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#sihatmilikku
SEIR model of Covid-19 observed daily cases and forecast cases from 31st August 2021 to 30th March 2022. It seems that the observed daily cases have plateau and beginning to come down slowly. Let’s hope it will continue the downward trend, we are not out of the woods yet.

- KPK KKM -
KKM ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia pada 15 Mac 2022:

Kes sembuh: 31,234 kes [3,533,994 kes kumulatif (91.3%)];
Kes baharu: 26,534 kes (3,872,135 kes kumulatif);
Kes import: 691 kes [653 warganegara (94.5%); 38 bukan warganegara (5.5%)];
Kes tempatan: 25,843 kes [25,006 warganegara (96.8%); 837 bukan warganegara (3.2%)];
Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 376 kes (152 kes disahkan COVID-19; 224 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan); dan
Kes memerlukan bantuan pernafasan: 222 kes (90 kes disahkan COVID-19; 132 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan).

PERINCIAN KATEGORI KES COVID-19

Daripada 26,534 kes harian yang dilaporkan pada 15 Mac 2022:

Kategori 1: 10,516 kes (39.63%);
Kategori 2: 15,842 kes (59.71%);
Kategori 3: 65 kes (0.24%);
Kategori 4: 65 kes (0.24%); dan
Kategori 5: 46 kes (0.18%).

Daripada 176 kes COVID-19 kategori 3, 4, dan 5 yang baharu dilaporkan pada 15 Mac 2022:

45 kes (25.57%) tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi;
91 kes (51.70%) telah menerima dua (2) dos vaksin COVID-19 tetapi belum menerima dos penggalak (booster);
40 kes (22.73%) telah menerima dos penggalak (booster);
95 kes (53.98%) berumur 60 tahun dan ke atas dan;
61 kes (34.66%) mempunyai komorbid.

https://kpkesihatan.com/2022/03/16/kenyataan-akhbar-kpk-16-mac-2022-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19/
Untuk hidup selamat bersama virus COVID-19, kita perlu kenali dan fahami tentang COVID-19.

Virus COVID-19, iaitu SARS-CoV-2:
πŸ‘‰ Mudah merebak dan mampu menyebabkan kerosakan pelbagai organ terutamanya paru-paru.
πŸ‘‰Sering bermutasi menghasilkan varian baru yang mungkin lebih ganas dan mudah merebak.
πŸ‘‰ Kebarangkalian mutasi adalah tinggi apabila virus ini dapat merebak dengan mudah.

Penyakit COVID-19 berkemungkinan tidak menunjukkan sebarang gejala, tetapi golongan berumur 60 tahun ke atas atau mempunyai komorbid amat berisiko mendapat gejala teruk dan mungkin berakhir dengan kematian.

πŸ’ͺMari kita sama-sama hentikan rantaian penularan COVID-19❗
KENYATAAN MEDIA BAHAGIAN REGULATORI FARMASI NEGARA KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

STATUS LAPORAN KESAN ADVERS SUSULAN IMUNISASI (AEFI) VAKSIN COVID-19 SEHINGGA 11 MAC 2022
Jika anda mempunyai ahli keluarga warga emas atau yang mempunyai komorbid, pantau status kesihatan mereka.

Lakukan ujian COVID-19 segera dan dapatkan rawatan sekiranya bergejala.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#COVID19
#sihatmilikku
Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian pada 16 hb March 2022 untuk seluruh negara adalah 0.96. Manakala pecahan mengikut negeri adalah seperti di lampiran.

- KPK KKM -