CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia
360K subscribers
28.1K photos
309 videos
240 files
2.06K links
Crisis Preparedness and Response Center, Ministry of Health Malaysia
Download Telegram
Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian pada 17 hb March 2022 untuk seluruh negara adalah 0.95. Manakala pecahan mengikut negeri adalah seperti di lampiran.

- KPK KKM -
Endemik bermaksud virus masih wujud tetapi merebak pada tahap yang lebih rendah dan wabak masih boleh berlaku.

Penyakit yang endemik masih memerlukan program kawalan penyakit yang mantap untuk mengurangkan jangkitan, mengurangkan morbiditi dan mengurangkan kematian.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#COVID19
#sihatmilikku
KKM ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia pada 17 Mac 2022:

- Kes sembuh: 29,450 kes [3,596,453 kes kumulatif (91.6%)];
- Kes baharu: 27,004 kes (3,927,437 kes kumulatif);
- Kes import: 719 kes [676 warganegara (94.0%); 43 bukan warganegara (6.0%)];
- Kes tempatan: 26,285 kes [25,196 warganegara (95.9%); 1,089 bukan warganegara (4.1%)];
- Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 373 kes (152 kes disahkan COVID-19; 221 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan); dan
- Kes memerlukan bantuan pernafasan: 225 kes (97 kes disahkan COVID-19; 128 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan).

PERINCIAN KATEGORI KES COVID-19

Daripada 27,004 kes harian yang dilaporkan pada 17 Mac 2022:

Kategori 1: 11,163 kes (41.34%);
Kategori 2: 15,642 kes (57.92%);
Kategori 3: 63 kes (0.23%);
Kategori 4: 72 kes (0.27%); dan
Kategori 5: 64 kes (0.24%).

Daripada 199 kes COVID-19 kategori 3, 4, dan 5 yang baharu dilaporkan pada 17 Mac 2022:

- 51 kes (25.63%) tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi;
- 82 kes (41.21%) telah menerima dua (2) dos vaksin COVID-19 tetapi belum menerima dos penggalak (booster);
- 66 kes (33.17%) telah menerima dos penggalak (booster);
- 95 kes (47.74%) berumur 60 tahun dan ke atas; dan
- 105 kes (52.76%) mempunyai komorbid.

https://kpkesihatan.com/2022/03/18/kenyataan-akhbar-kpk-18-mac-2022-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19/
FASA PERALIHAN KE ENDEMIK
Langkah 3 – Pakai pelitup muka dengan betul. Kami semua dan anda. Tanggungjawab bersama.

😷 Pelitup muka merupakan alat perlindungan diri (PPE) yang penting untuk mencegah penyebaran virus COVID-19.

😷 Pemakaian pelitup muka masih diwajibkan semasa fasa Peralihan ke Endemik.

Pastikan memakai pelitup muka dengan betul melitupi hidung dan mulut.

Pelitup muka yang longgar atau pemakaian yang tidak betul membolehkan titisan cecair dari hidung dan mulut keluar dan menjangkiti orang lain.

Kita juga mungkin tersedut partikel virus COVID-19 yang terapung di udara.

#KitaJagaKita
#LindungDiriLindungSemua
#ReopeningSafely
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Luangkan masa sekurang-kurangnya 10 minit seminggu. Lakukan pemeriksaan di dalam dan luar rumah untuk cari dan musnah tempat pembiakan nyamuk Aedes.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#sihatmilikku
Kadar kemasukan ke hospital awam bagi kes COVID-19 telah menunjukkan peningkatan terutamanya dalam kalangan warga emas. Sejak Minggu Epidemiologi (ME) 3/2022, kemasukan pesakit COVID-19 dalam kalangan warga emas telah menunjukkan peningkatan tertinggi dengan 1.0 per 100,000 populasi kepada 9.0 per 100,000 populasi pada ME 10/2022.

Pemberian dos penggalak berjaya menurunkan kadar kemasukan pesakit COVID19 ke hospital awam daripada ia mula dilaksanakan pada ME 43/2021 sehingga ke kadar paling rendah pada ME 3/2022. Gelombang Omicron bermula pada ME 1/2022.

Tanpa perlindungan tambahan daripada dos penggalak, warga emas sememangnya terkesan teruk dengan jangkitan COVID-19, kemasukan ke hospital pada kategori 3-5, kemasukan ke ICU dan juga kematian.

Pengambilan vaksin COVID-19 terutama dos penggalak dalam kalangan warga emas amat penting kerana:

Perlindungan daripada jangkitan teruk COVID-19 yang boleh membawa maut.
Persediaan memasuki fasa ‘peralihan ke endemik’ pada 1 April 2022.
Dapat menyertai dan melakukan aktiviti-aktiviti mengimarahkan bulan Ramadan dengan selamat.

Oleh itu, KKM ingin menyeru kepada semua warga emas yang berkelayakan namun belum menerima vaksin sama ada dos primer atau dos penggalak untuk segera mendapatkannya dari PPV yang terdekat secara walk-in.
Dimaklumkan bahawa pautan untuk membuat tempahan janji temu untuk vaksinasi yang dahulunya hanya untuk vaksinasi kanak-kanak, kini di buka untuk semua. Pastikan akaun MySejahtera anda telah disahkan (verified) untuk menerima pautan ini. Pautan akan diberikan secara berperingkat kepada pengguna MySejahtera. Sekiranya anda tidak mahu menunggu pautan ini, vaksinasi juga boleh didapati secara walk-in. Sila semak laman sesawang ProtectHealth ( https://vaksincovid.protecthealth.com.my ) untuk senarai PPV yang menawarkan perkhidmatan walk-in untuk vaksinasi.

#MySejahtera
#MySejahteraTrace
#ReopeningSafely

Sumber: MySejahtera
Please be informed that the link to book an appointment for vaccinations which was previously only for children vaccination, is now open to all. Make sure your MySejahtera account has been verified to receive this link. Links will be provided in stages toMySejahtera users.

If you don’t want to wait for this link, vaccinations are also available on a walk-in basis. Please check ProtectHealth website ( https://vaksincovid.protecthealth.com.my ) for the PPVs list that offer walk-in services for vaccinations.

#MySejahtera
#MySejahteraTrace
#ReopeningSafely

Sumber: MySejahtera
KENYATAAN MEDIA

Tempahan Temu Janji Dos Penggalak Kini Tersedia di MySejahtera

--

PRESS RELEASE

Booster Dose Booking Appointment Available via MySejahtera

#ProtectHealth
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Penguatkuasaan larangan merokok di tempat awam akan terus dijalankan dan dipertingkatkan. If it says no smoking, don’t smoke. Don’t be selfish. 🚭

- YB Khairy Jamaluddin -
Keperluan untuk pembukaan semula yang selamat (Reopening safely)

➡️ Kawalan berterusan terhadap virus
➡️ Perlindungan berterusan untuk golongan rentan
➡️ Sistem kesihatan yang kukuh untuk merawat mereka yang mendapat penyakit yang teruk

Dalam fasa peralihan ke endemik, individu dan masyarakat bertanggungjawab untuk melaksanakan

Lakukan ujian kendiri COVID-19 dan asingkan diri jika bergejala
Amalkan TRIIS
Jaga kebajikan dan kesihatan golongan rentan dalam masyarakat

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#COVID19
#sihatmilikku
KKM ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia pada 18 Mac 2022:

Kes sembuh: 26,615 kes [3,623,068 kes kumulatif (91.7%)];
Kes baharu: 24,241 kes (3,951,678 kes kumulatif);
Kes import: 521 kes [487 warganegara (93.5%); 34 bukan warganegara (6.5%)];
Kes tempatan: 23,720 kes [22,893 warganegara (96.5%); 827 bukan warganegara (3.5%)];
Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 383 kes (164 kes disahkan COVID-19; 219 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan); dan
Kes memerlukan bantuan pernafasan: 222 kes (103 kes disahkan COVID-19; 119 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan).

PERINCIAN KATEGORI KES COVID-19

Daripada 24,241 kes harian yang dilaporkan pada 18 Mac 2022:

Kategori 1: 9,801 kes (40.43%);
Kategori 2: 14,255 kes (58.81%);
Kategori 3: 67 kes (0.28%);
Kategori 4: 65 kes (0.27%); dan
Kategori 5: 53 kes (0.21%).

Daripada 185 kes COVID-19 kategori 3, 4, dan 5 yang baharu dilaporkan pada 18 Mac 2022:

60 kes (32.43%) tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi;
71 kes (38.38%) telah menerima dua (2) dos vaksin COVID-19 tetapi belum menerima dos penggalak (booster);
54 kes (29.19%) telah menerima dos penggalak (booster);
109 kes (58.92%) berumur 60 tahun dan ke atas;
84 kes (45.41%) mempunyai komorbid; dan
1 kes (0.54%) kes adalah kes ibu mengandung.

https://kpkesihatan.com/2022/03/19/kenyataan-akhbar-kpk-19-mac-2022-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19/
Agak 'kecoh' kembali oleh sesetengah pihak mendesak penggunaan Ivermectin untuk rawatan Covid-19.

Beberapa Fakta Asas Yang Wajar Diketahui:

1) NPRA (Bahagian Regulatori Farmasi Negara) memaklumkan tiada produk dgn bahan aktif Ivermectin berdaftar utk kegunaan manusia.

2) WHO (31 March 2021) membenarkan Ivermectin untuk rawatan Covid19 bertujuan Kajian Klinikal sahaja

3) FDA (3 April 2021) memberi kelulusan Ivermectin digunakan untuk SARS-CoV-2 dalam kajian 'in-vitro' dimakmal bukan untuk manusia.

4) EU (Kesatuan Eropah) 27 Mei lalu, melarang Ivermectin keatas pesakit kerana kekurangan bukti klinikal.

5) The Union Health & Family India, 7 Jun 2021 telah keluarkan (batal) dari senarai penggunaan (de-listed) Ivermectin, Hydroxychloroquine dan Favipiravir utk rawatan pesakit Covid19.

6) Laporan awal beberapa Kajian Klinikal diluar negara berkenaan Ivermectin, dan masih perlu dikaji dan diberi perhatian juga.

7) Kajian Klinikal di 12 Hospital di Malaysia ke atas 500 pesakit risiko tinggi Covid19 telahpun dilaporkan di Journal JAMA, iaitu ivermectin tidak berkesan.

https://fb.watch/bR0WzPCA_w/

- KPK KKM -