CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia
360K subscribers
28.1K photos
309 videos
240 files
2.06K links
Crisis Preparedness and Response Center, Ministry of Health Malaysia
Download Telegram
KKM ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia pada 17 April 2022:

Kes sembuh: 11,233 kes [4,249,704 kes kumulatif (96.8%)];
Kes baharu: 6,623 kes (4,389,025 kes kumulatif);
Kes import: 13 kes [11 warganegara (84.6%); 2 bukan warganegara (15.4%)];
Kes tempatan: 6,610 kes [6,351 warganegara (96.1%); 259 bukan warganegara (3.9%)];
Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 126 kes (66 kes disahkan COVID-19; 60 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan); dan
Kes memerlukan bantuan pernafasan: 76 kes (43 kes disahkan COVID-19; 33 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan).

PERINCIAN KATEGORI KES COVID-19

Daripada 6,623 kes harian yang dilaporkan pada 17 April 2022:

Kategori 1: 2,768 kes (41.79%);
Kategori 2: 3,813 kes (57.58%);
Kategori 3: 15 kes (0.23%);
Kategori 4: 8 kes (0.12%); dan
Kategori 5: 19 kes (0.28%).

Daripada 42 kes COVID-19 kategori 3, 4, dan 5 yang baharu dilaporkan pada 16 April 2022:

11 kes (26.19%) tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi;
14 kes (33.33%) telah menerima dua (2) dos vaksin COVID-19 tetapi belum menerima dos penggalak (booster);
17 kes (40.48%) telah menerima dos penggalak (booster);
25 kes (59.52%) berumur 60 tahun dan ke atas; dan
23 kes (54.76%) mempunyai komorbid.

https://kpkesihatan.com/2022/04/18/kenyataan-akhbar-kpk-18-april-2022-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19/
Penyakit Kawasaki adalah sindrom yang tidak diketahui puncanya.

Penyakit Kawasaki merupakan faktor utama penyakit acquired heart disease 🫀 dalam kalangan kanak-kanak, dan biasanya menyerang kanak-kanak di bawah umur 5 tahun. 🧒🏻👧🏻

🚨 Dapatkan rawatan segera sekiranya anak anda mengalami sebarang gejala klinikal ini.
Rawatan awal mampu mengurangkan risiko komplikasi jantung dengan ketara kepada anak anda.
Bulan puasa ni macam-macam juadah terhidang di atas meja sama ada kita beli di bazar ramadan atau ada yang memasak.

Rata-rata daripada kita beli atau akan masak lauk berbuka dalam kuantiti yang lebih sedikit supaya lauk ini dapat dibawa untuk dimakan ketika bersahur. Kadangkala lauk yang di beli atau dimasak menjadi basi sebelum tibanya waktu bersahur.

Jom lihat tips yang berguna untuk elakkan makanan anda daripada mudah menjadi basi.

Sumber: BKKM
𝗝𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗚𝗨𝗡𝗔 𝗦𝗨𝗥𝗔𝗧 𝗞𝗛𝗔𝗕𝗔𝗥

Apa-apa bahan bercetak tidak boleh digunakan sebagai pembungkus makanan atau sebagai alas (pelapik) yang bersentuhan secara langsung dengan makanan.

Risiko: bahan kimia akan mencemarkan makanan seterusnya boleh mendatangkan bahaya kepada kesihatan

'Keselamatan Makanan Tanggungjawab Bersama'

'Elakkan Keracunan dan Pencemaran Makanan'

Sumber: BKKM, Jabatan Kesihatan WP Labuan
Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian pada 18 hb April 2022 untuk seluruh negara adalah 0.88. Manakala pecahan mengikut negeri adalah seperti di lampiran.

- KPK KKM -
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Booster kedua untuk warga emas berisiko tinggi, booster untuk remaja berisiko tinggi, Paxlovid to treat high risk COVID-19 patients and now you can take a professional COVID-19 RTK test virtually. More updates next week. - Khairy Jamaluddin
KKM ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia pada 18 April 2022:

Kes sembuh: 14,423 kes [4,264,127 kes kumulatif (97.0%)];
Kes baharu: 7,140 kes (4,396,165 kes kumulatif);
Kes import: 264 kes [206 warganegara (78.0%); 58 bukan warganegara (22.0%)];
Kes tempatan: 6,876 kes [6,594 warganegara (95.9%); 282 bukan warganegara (4.1%)];
Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 110 kes (57 kes disahkan COVID-19; 53 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan); dan
Kes memerlukan bantuan pernafasan: 68 kes (37 kes disahkan COVID-19; 31 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan).

https://kpkesihatan.com/2022/04/19/kenyataan-akhbar-kpk-19-april-2022-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19/
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Kenapa perlu tanda tangan borang persetujuan risiko sekiranya vaksin selamat?

Jom dengar penjelasan Dr Azuana semasa forum awam untuk ibu bapa berkenaan vaksinasi COVID-19 untuk kanak-kanak yang berlangsung pada 13 Mac yang lalu.

Tonton video rakaman penuh forum di sini: https://bit.ly/3OfRFWq
Apa itu Malaria?

Dengarkan di aifm esok pada pukul 9.15 pagi bersama Dr. Yong Kui Choon, Pakar Perubatan Keluarga dari Klinik Kesihatan Chemor Perak.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#sihatmilikku
Malaria

Saksikan dalam rancangan Bicara DR esok di TV1.

Tarikh : 20 April 2022
Masa : 9.00 malam

Panel :

Dr. Tam Jenn Zhueng
Pakar Perubatan Kesihatan Awam
Bahagian Kawalan Penyakit

Dr. Khairil Erwan Khalid
Pakar Perunding Perubatan & Penyakit Berjangkit
Hospital Kuala Lumpur

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#sihatmilikku
Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) masih berkuat kuasa walaupun kini negara berada dalam Fasa Peralihan Endemik.

- KPK KKM -
Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian pada 19 hb April 2022 untuk seluruh negara adalah 0.86. Manakala pecahan mengikut negeri adalah seperti di lampiran.

- KPK KKM -
Assalamualaikum and Good Morning,
Welcome to the Webinar: Updates on HIV-Related Stigma and Discrimination in Malaysia.

https://facebook.com/story.php?story_fbid=407786087405882&id=100068159346549

Here are the links for:
1. Attendance and E-certificate Form
https://forms.gle/aV6QDByY3GNgsfkp8

2. Question Form
https://forms.gle/uSu1WU1znT9rt6Z57

Participants can ask any questions to speakers via the link provided above. If time does not permit during the Q&A session, we will try to answer via e-mail.
Thank you.
KKM ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia pada 19 April 2022:

Kes sembuh: 10,619 kes [4,274,746 kes kumulatif (97.1%)];
Kes baharu: 6,069 kes (4,402,234 kes kumulatif);
Kes import: 110 kes [73 warganegara (66.4%); 37 bukan warganegara (33.6%)];
Kes tempatan: 5,959 kes [5,745 warganegara (96.4%); 214 bukan warganegara (3.6%)];
Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 97 kes (59 kes disahkan COVID-19; 38 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan); dan
Kes memerlukan bantuan pernafasan: 64 kes (36 kes disahkan COVID-19; 28 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan).

PERINCIAN KATEGORI KES COVID-19

Daripada 6,069 kes harian yang dilaporkan pada 19 April 2022:

Kategori 1: 2,598 kes (42.81%);
Kategori 2: 3,426 kes (56.45%);
Kategori 3: 21 kes (0.35%);
Kategori 4: 10 kes (0.16%); dan
Kategori 5: 14 kes (0.23%).

Daripada 45 kes COVID-19 kategori 3, 4, dan 5 yang baharu dilaporkan pada 19 April 2022:

9 kes (20.00%) tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi;
18 kes (40.00%) telah menerima dua (2) dos vaksin COVID-19 tetapi belum menerima dos penggalak (booster);
18 kes (40.00%) telah menerima dos penggalak (booster);
21 kes (46.67%) berumur 60 tahun dan ke atas; dan
26 kes (57.78%) mempunyai komorbid.

https://kpkesihatan.com/2022/04/20/kenyataan-akhbar-kpk-20-april-2022-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19/
Berikut merupakan tatacara pembersihan dan disinfeksi di tempat awam, tempat kerja dan rumah yang terdedah kepada kes positif COVID-19.

Ikut nisbah yang betul semasa menyediakan bahan disinfeksi.

Pakai PPE yang bersesuaian sebelum memulakan proses pembersihan dan disinfeksi dan pastikan tiada orang berada di kawasan yang sedang di disinfeksi.

Anda tidak disyorkan menggunakan semburan bahan disinfeksi ke ruangan menggunakan kaedah electrostatic sprayer, fogger, mister atau vaporizer.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
http://tg-me.sbs/sihatmilikbersama
#MalaysiaSihatSejahtera
#COVID19
#sihatmilikku