CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia
360K subscribers
28.1K photos
309 videos
240 files
2.06K links
Crisis Preparedness and Response Center, Ministry of Health Malaysia
Download Telegram
Fortifikasi zat besi & asid folik ke dalam tepung gandum 25kg ke bawah secara mandatory.

Mandatory fortification of wheat flour with iron and folic acid approved by Cabinet to reduce NTDs & anemia.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Betulkah KKM sorok kesan sampingan dan kematian disebabkan vaksin COVID-19?

Jom dengar penjelasan Dr Azuana semasa forum awam untuk ibu bapa berkenaan vaksinasi COVID-19 untuk kanak-kanak yang berlangsung pada 13 Mac yang lalu.

Tonton video rakaman penuh forum di sini: https://bit.ly/388SUWy

Sumber: IFL
Kongsikan pengalaman anda. Sebarkan aura positif dengan sentiasa berhubung dengan orang sekeliling!

#ChampionsAgainstCOVID19

-------

Let's lift each other up with good news and stay connected!

#ChampionsAgainstCOVID19
Saksikan Sidang Media Menteri Kesihatan YB @Khairykj pada jam 4.00 petang ini, secara langsung di FB KKM. https://t.co/trRF889jBz
Vaksin COVID-19 telah terbukti selamat dan kesan sampingan yang biasa terjadi adalah ringan dan tidak kekal.

#
Individu yang bekerja di kawasan hutan, sektor perladangan baru, tinggal di kawasan penempatan berdekatan hutan, menjalankan aktiviti rekreasi di hutan dan wujud populasi monyet/kera dipinggir hutan berdekatan, berisiko dijangkiti malaria.
KKM ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia pada 26 April 2022:

Kes sembuh: 9,484 kes [4,339,521 kes kumulatif (97.8%)];
Kes baharu: 3,361 kes (4,436,912 kes kumulatif);
Kes import: 6 kes [4 warganegara (66.7%); 2 bukan warganegara (33.3%)];
Kes tempatan: 3,355 kes [3,221 warganegara (96.0%); 134 bukan warganegara (4.0%)];
Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 101 kes (55 kes disahkan COVID-19; 46 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan); dan
Kes memerlukan bantuan pernafasan: 63 kes (35 kes disahkan COVID-19; 28 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan).

PERINCIAN KATEGORI KES COVID-19

Daripada 3,361 kes harian yang dilaporkan pada 26 April 2022:

Kategori 1: 1,256 kes (37.37%);
Kategori 2: 2,075 kes (61.74%);
Kategori 3: 11 kes (0.33%);
Kategori 4: 4 kes (0.11%); dan
Kategori 5: 15 kes (0.45%).

Daripada 30 kes COVID-19 kategori 3, 4, dan 5 yang baharu dilaporkan pada 26 April 2022:

14 kes (46.67%) tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi;
10 kes (33.33%) telah menerima dua (2) dos vaksin COVID-19 tetapi belum menerima dos penggalak (booster);
6 kes (20.00%) telah menerima dos penggalak (booster);
16 kes (53.33%) berumur 60 tahun dan ke atas;
17 kes (56.67%) mempunyai komorbid; dan
1 kes (3.33%) kes ibu mengandung.

https://kpkesihatan.com/2022/04/27/kenyataan-akhbar-kpk-27-april-2022-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19/
Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian pada 26 hb April 2022 untuk seluruh negara adalah 0.73. Manakala pecahan mengikut negeri adalah seperti di lampiran.

- KPK KKM -
Pengusaha pusat jagaan kanak-kanak atau tadika perlu melakukan perkara berikut bagi mengelakkan berlaku jangkitan penyakit Tangan, Kaki dan Mulut.

Ikut 7 langkah cuci tangan dengan betul dalam pencegahan dan kawalan Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#hfmd
#sihatmilikku
KENYATAAN MEDIA BAHAGIAN REGULATORI FARMASI NEGARA KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

STATUS LAPORAN KESAN ADVERS SUSULAN IMUNISASI (AEFI) VAKSIN COVID-19 SEHINGGA 22 APRIL 2022
Dah ada yang memulakan perjalanan pulang ke kampung ke hari ini?
Jom ketahui ubat yang boleh mempengaruhi pemanduan.

Jangan lupa untuk menyemak dahulu sekiranya ubat yang sedang diambil boleh menyebabkan anda mengantuk. Elakkan kemalangan, pandu dengan selamat.

Sumber: Sahabat Farmasi