CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia
360K subscribers
28.1K photos
309 videos
240 files
2.06K links
Crisis Preparedness and Response Center, Ministry of Health Malaysia
Download Telegram
Vaksin COVID-19 telah terbukti selamat dan kesan sampingan yang biasa terjadi adalah ringan dan tidak kekal.

#
Individu yang bekerja di kawasan hutan, sektor perladangan baru, tinggal di kawasan penempatan berdekatan hutan, menjalankan aktiviti rekreasi di hutan dan wujud populasi monyet/kera dipinggir hutan berdekatan, berisiko dijangkiti malaria.
KKM ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia pada 26 April 2022:

Kes sembuh: 9,484 kes [4,339,521 kes kumulatif (97.8%)];
Kes baharu: 3,361 kes (4,436,912 kes kumulatif);
Kes import: 6 kes [4 warganegara (66.7%); 2 bukan warganegara (33.3%)];
Kes tempatan: 3,355 kes [3,221 warganegara (96.0%); 134 bukan warganegara (4.0%)];
Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 101 kes (55 kes disahkan COVID-19; 46 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan); dan
Kes memerlukan bantuan pernafasan: 63 kes (35 kes disahkan COVID-19; 28 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan).

PERINCIAN KATEGORI KES COVID-19

Daripada 3,361 kes harian yang dilaporkan pada 26 April 2022:

Kategori 1: 1,256 kes (37.37%);
Kategori 2: 2,075 kes (61.74%);
Kategori 3: 11 kes (0.33%);
Kategori 4: 4 kes (0.11%); dan
Kategori 5: 15 kes (0.45%).

Daripada 30 kes COVID-19 kategori 3, 4, dan 5 yang baharu dilaporkan pada 26 April 2022:

14 kes (46.67%) tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi;
10 kes (33.33%) telah menerima dua (2) dos vaksin COVID-19 tetapi belum menerima dos penggalak (booster);
6 kes (20.00%) telah menerima dos penggalak (booster);
16 kes (53.33%) berumur 60 tahun dan ke atas;
17 kes (56.67%) mempunyai komorbid; dan
1 kes (3.33%) kes ibu mengandung.

https://kpkesihatan.com/2022/04/27/kenyataan-akhbar-kpk-27-april-2022-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19/
Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian pada 26 hb April 2022 untuk seluruh negara adalah 0.73. Manakala pecahan mengikut negeri adalah seperti di lampiran.

- KPK KKM -
Pengusaha pusat jagaan kanak-kanak atau tadika perlu melakukan perkara berikut bagi mengelakkan berlaku jangkitan penyakit Tangan, Kaki dan Mulut.

Ikut 7 langkah cuci tangan dengan betul dalam pencegahan dan kawalan Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#hfmd
#sihatmilikku
KENYATAAN MEDIA BAHAGIAN REGULATORI FARMASI NEGARA KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

STATUS LAPORAN KESAN ADVERS SUSULAN IMUNISASI (AEFI) VAKSIN COVID-19 SEHINGGA 22 APRIL 2022
Dah ada yang memulakan perjalanan pulang ke kampung ke hari ini?
Jom ketahui ubat yang boleh mempengaruhi pemanduan.

Jangan lupa untuk menyemak dahulu sekiranya ubat yang sedang diambil boleh menyebabkan anda mengantuk. Elakkan kemalangan, pandu dengan selamat.

Sumber: Sahabat Farmasi
Mulai 1 Mei 2022, kes positif COVID-19 boleh dilepaskan dari kuarantin lebih awal jika mereka diuji negatif pada Hari-4.

From 1 May 2022, COVID-19 positive cases may be released from quarantine earlier if they tested negative on Day-4.
Pre-departure and on-arrival tests are no longer required for fully vaccinated travellers entering Malaysia from 1 May 2022.

Ujian COVID-19 pra-berlepas dan semasa ketibaan tidak lagi diperlukan untuk pelancong yang lengkap divaksinasi untuk memasuki Malaysia mulai 1 Mei 2022.