CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia
360K subscribers
28.1K photos
309 videos
240 files
2.06K links
Crisis Preparedness and Response Center, Ministry of Health Malaysia
Download Telegram
Hampir sebulan kita berada di dalam fasa Peralihan ke Endemik dan tidak lama lagi kita akan berhari raya.

Pastinya perayaan kali ini akan lebih meriah, kerana sudah lama kita tidak dapat berkumpul bersama kaum keluarga dan sahabat handai. Tentunya banyak majlis rumah terbuka akan diadakan.

Sungguhpun demikian, kita masih lagi perlu mengambil langkah berhati-hati agar kita dapat melalui fasa ini dengan selamat.

✔️ Sentiasa membuat PENILAIAN RISIKO KENDIRI dan AMBIL TINDAKAN YANG BETUL.

🏡 Tuan rumah:

• Sebaiknya majlis di buat di kawasan terbuka (outdoor) untuk pengudaraan yang baik
• Pastikan tetamu memakai pelitup muka sekiranya majlis diadakan di ruang tertutup (indoor)
•Pendekkan masa majlis dan elakkan kesesakan
•Sediakan sanitizer
•Ianya hak anda untuk memastikan hanya yang tidak bergejala menyertai majlis yang anda anjurkan

👨‍👩‍👧‍👦 Tetamu:

• Digalakkan melakukan ujian kendiri sebelum menghadiri majlis terutamanya bila majlis akan turut dihadiri oleh mereka yang berisiko tinggi.
• Pendekkan masa berkumpul
•Berlaku jujur demi keselamatan tetamu lain dengan tidak menghadiri sekiranya anda bergejala.
•Memakai pelitup muka apabila majlis diadakan di ruang tertutup.
Ada yang dah sedia nak pulang ke kampung?

Sebelum pulang ke kampung, pastikan tutup semua bekas menyimpan air dan bubuh bahan pembunuh jentik-jentik. Periksa palong hujan untuk pastikan air tidak bertakung dan buang sampah dengan betul.

Selepas pulang dari kampung, sembur aerosol di dalam rumah terlebih dahulu. Manalah tau ada nyamuk aedes datang beraya.

Ceria di Aidilfitri tanpa Aedes.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#caridanmusnah
#sihatmilikku
Berikut merupakan nombor SMS MySejahtera bagi penghantaran sebarang pautan atau notifikasi seperti pautan lupa kata laluan, janji temu vaksinasi dan sebagainya.

Sila rujuk infografik ini.

___________________________

The following numbers are the MySejahtera SMS numbers used to send any links or notification such as password renewal link, vaccination appointment and others.

Kindly refer to these infographic.

#mysejahtera
#mysejahteratrace
#reopeningsafely
KENYATAAN MEDIA KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

SIDANG MEDIA YB MENTERI KESIHATAN 27 APRIL 2022 - SEMAKAN SEMULA LANGKAH KAWALAN SEMASA FASA
PERALIHAN KE ENDEMIK
ProtectHealth Corporation Sdn Bhd

Public-Private Healthcare Partnership of the Year - Malaysia
Vaccination Delivery of the Year - Malaysia

Alhamdulillah ProtectHealth accorded two awards at Healthcare Asia Awards 2022.

https://healthcareasiamagazine.com/co-written-partner/event-news/find-out-who-emerged-winners-healthcare-asia-awards-2022
Patuhi arahan pihak berkuasa jika anda ingin pulang ke kampung untuk sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Siapkan kit kebersihan kendiri seperti pelitup muka dan pensanitasi tangan.

Selamat Hari Raya Aidilfitri.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#COVID19
#sihatmilikku
Perhatian!

Dapatkan dos 1 vaksin COVID-19 secara PERCUMA untuk anak anda yang telah berumur 5 tahun dan ke atas selewat-lewatnya pada 15 Mei 2022.

Segera daftarkan anak anda yang telah berumur 5 tahun dan ke atas dalam MySejahtera selewat-lewatnya 8 Mei 2022 untuk dapatkan tarikh janji temu vaksinasi PERCUMA!

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#COVID19
#LindungDiriLindungSemua
#sihatmilikku
Kenyataan Akhbar KPK 28 April 2022 – Makluman Berkenaan Pertukaran Status Hospital Sungai Buloh Kepada Hospital COVID-19 Hibrid

Mengambil kira situasi terkini pandemik COVID-19 di Malaysia terutamanya kes-kes COVID-19 kategori 3, 4 dan 5 serta kadar penggunaan fasiliti kesihatan khusus untuk kes COVID-19 yang rendah di Lembah Klang, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah bersetuju agar perkhidmatan perubatan bukan COVID-19 yang tertangguh di Hospital Sungai Buloh dimulakan semula. Sehubungan itu, perkhidmatan hospital ini telah ditukar kepada status hibrid di mana ianya akan merawat pesakit COVID-19 dan bukan COVID-19.

Sebagai makluman, Hospital Sungai Buloh telah diwartakan sebelum ini pada 10 Mac 2020 sebagai hospital perawatan perubatan khusus kepada pesakit-pesakit COVID-19 sahaja. Langkah strategik ini telah dijalankan oleh KKM pada masa tersebut sebagai salah satu inisiatif untuk menampung keperluan katil hospital di Lembah Klang bagi merawat kes COVID-19 serta membolehkan pengurusan fasiliti, ubat-ubatan, peralatan perubatan, kepakaran dan sumber manusia yang optimum. Pada kemuncak operasinya, Hospital Sungai Buloh telah mampu menampung lebih daripada 2,000 pesakit COVID-19 pada satu-satu masa dan sehingga semalam, seramai 92,874 orang pesakit COVID-19 telah dirawat di hospital ini sepanjang pandemik COVID-19.

Selaras dengan strategi negara semasa fasa peralihan ke endemik COVID-19 ini, KKM akan sentiasa memantau dan bersiapsiaga dalam menyediakan perkhidmatan perubatan khusus bagi kes-kes COVID-19 termasuk perkhidmatan rawatan kritikal berdasarkan Pelan Strategik KKM Bagi Pengurusan COVID-19 sekiranya berlaku sebarang peningkatan kes di negara ini.

KKM ingin menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua petugas barisan hadapan di seluruh negara terutamanya di Hospital Sungai Buloh yang telah memberikan komitmen yang jitu untuk memberikan perkhidmatan kesihatan yang terbaik di sepanjang pandemik COVID-19 ini.

TAN SRI DATO’ SERI DR NOOR HISHAM ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN
https://kpkesihatan.com/2022/04/28/kenyataan-akhbar-kpk-28-april-2022-makluman-berkenaan-pertukaran-status-hospital-sungai-buloh-kepada-hospital-covid-19-hibrid/