CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia
360K subscribers
28.1K photos
309 videos
240 files
2.06K links
Crisis Preparedness and Response Center, Ministry of Health Malaysia
Download Telegram
Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian pada 10 hb Mei 2022 untuk seluruh negara adalah 0.90. Manakala pecahan mengikut negeri adalah seperti di lampiran.

- KPK KKM -
Kenapa ibu, bapa atau penjaga perlu membawa kanak-kanak yang berumur dalam lingkungan 5 hingga 12 tahun dalam mendapatkan suntikan vaksin COVID-19?

#PICKids

Sumber: Protect Health
𝐃𝐚𝐡 𝐚𝐝𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐝𝐚𝐩𝐚𝐭 𝐭𝐚𝐰𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐞𝐫𝐣𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐢𝐛𝐚𝐝𝐚𝐡 𝐡𝐚𝐣𝐢 𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐭𝐚𝐡𝐮𝐧 𝐢𝐧𝐢?

Pengurusan ubat-ubatan adalah amat penting agar bakal jemaah haji dapat menjalankan ibadah dengan baik.

Jom ketahui kepentingan pengurusan ubat yang betul semasa ibadah haji 😊

Sumber: Program Perkhidmatan Farmasi KKM
Terima Kasih Jururawat

Dengarkan di nasionalfm esok pada pukul 10.30 pagi bersama Pn. Fauziah Mustaffa, Penyelia Jururawat dari Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#sihatmilikku
Ubat tahan sakit yang juga dikenali sebagai analgesik hanya diambil apabila perlu sahaja.

Pengambilan ubat tahan sakit secara tidak terkawal boleh menyebabkan kemudaratan seperti kerosakan hati atau buah pinggang.

Jadi, berhati-hati semasa mengambil ubat tahan sakit, sentiasa ikut dos yang ditetapkan oleh doktor dan ahli farmasi ya 😊

Sumber: Program Perkhidmatan Farmasi KKM
Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian pada 11 hb Mei 2022 untuk seluruh negara adalah 1.05. Manakala pecahan mengikut negeri adalah seperti di lampiran.

- KPK KKM -
Jangan lupa dapatkan dos penggalak COVID-19 anda ya!

#ChampionsAgainstCOVID19
KENYATAAN MEDIA KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

PELANJUTAN TARIKH AKHIR PEMBERIAN VAKSIN KEPADA KANAK- KANAK DI BAWAH PICKids.
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Excessive salt intake increases the risk of developing Hypertension and if it is uncontrolled can lead to cardiovascular diseases, stroke and renal failure.

According to the Malaysian Community Salt Survey year 2019, Malaysians consume an average of 7.9 gram of salt per day.

The Salt Reduction Strategy to Prevent and Control NCD for Malaysia 2021 - 2025 targets an average of 6.0 gram salt intake per day in adult population by year 2025.

3 main strategies :
M - Monitoring
A - Awareness
P - Products

Resolve project involving MOH, UKM, UPM, MARDI, Queen Mary University of London & WASSH.

Let's do our part to make Malaysians healthier.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#sihatmilikku
Terima kasih kepada semua jururawat atas dedikasi, keikhlasan dan kesabaran anda dalam menjaga pesakit dengan baik walaupun dalam tempoh yang paling sukar.

Semoga anda semua terus diberkati dan diberikan kesihatan agar dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat Malaysia!

Selamat Hari Jururawat Sedunia kepada semua jururawat di seluruh negara!

#nurseday
KENYATAAN MEDIA KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

SYOR TERKINI KKM BERHUBUNG DOS PENGGALAK DAN RAWATAN ANTIVIRAL PAXLOVID

https://facebook.com/story.php?story_fbid=374934498001893&id=100064560379224
KENYATAAN MEDIA KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

PELANJUTAN TARIKH AKHIR PEMBERIAN VAKSIN KEPADA KANAK-KANAK DI BAWAH #PICKids
🛡️Individu yang telah lengkap menerima dos primer vaksin COVID-19 dan diikuti dengan dos penggalak pertama telah terbukti mendapat perlindungan optima daripada jangkitan COVID-19 yang teruk dan kematian.

Namun disebabkan berlaku penurunan imuniti dalam tempoh yang tertentu (waning imunity) terutamanya kepada individu di dalam kumpulan rentan, risiko kumpulan ini untuk mendapat jangkitan yang teruk dan komplikasi penyakit COVID-19 masih tinggi.

Oleh itu, pengambilan pengambilan vaksin dos penggalak kedua adalah digalakkan bagi kumpulan ini.

👉 Dikongsikan syor terkini oleh Jawatankuasa Kerja Teknikal (TWG) berkenaan pemberian dos penggalak.
KKM juga ingin memaklumkan bahawa pengambilan vaksin dos penggalak kedua ini adalah secara SUKARELA.
Selain pakaian, bekalan ubat-ubatan juga adalah salah satu kelengkapan yang perlu disediakan oleh bakal jemaah haji.

Justeru, pengurusan ubat-ubatan yang baik adalah penting bagi memastikan ubat kekal berkesan sepanjang jemaah haji berada di Tanah Suci.

𝐉𝐨𝐦 𝐤𝐢𝐭𝐚 𝐭𝐚𝐦𝐛𝐚𝐡 𝐢𝐥𝐦𝐮 𝐛𝐞𝐫𝐤𝐚𝐢𝐭𝐚𝐧 𝐭𝐢𝐩 𝐩𝐞𝐧𝐠𝐮𝐫𝐮𝐬𝐚𝐧 𝐮𝐛𝐚𝐭-𝐮𝐛𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐦𝐚𝐬𝐚 𝐢𝐛𝐚𝐝𝐚𝐡 𝐡𝐚𝐣𝐢😊