CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia
360K subscribers
28.1K photos
309 videos
240 files
2.06K links
Crisis Preparedness and Response Center, Ministry of Health Malaysia
Download Telegram
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa Mesyuarat Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) kali ke-372 yang telah bersidang pada hari ini, 12 Mei 2022 dan bersetuju memberikan kelulusan pendaftaran bersyarat bagi produk seperti butiran di bawah untuk kegunaan semasa bencana bagi pencegahan COVID-19:

Evusheld 100 mg/ml Solution For Injection (Tixagevimab 100 mg/ml & Cilgavimab 100 mg/ml)

Pemegang pendaftaran produk: Astrazeneca Sdn. Bhd.

Pengilang: Astrazeneca AB, Sweden.

Indikasi: Digunakan sebagai pencegahan jangkitan COVID-19 berikutan pra-pendedahan COVID-19 pada orang dewasa dan remaja berumur 12 tahun dan ke atas dengan berat sekurang-kurangnya 40 kg; dan
Individu yang berkemungkinan tidak memperolehi tindak balas imun yang mencukupi terhadap vaksinasi COVID-19; atau
Individu yang tidak disyorkan vaksinasi COVID-19.

Penggunaan produk Evusheld ini adalah berdasarkan garis panduan klinikal yang dikeluarkan oleh KKM.

Sebagai makluman, produk ini tidak bertujuan untuk digunakan sebagai pengganti bagi vaksinasi COVID-19 dan tindakan kesihatan awam terutamanya pematuhan SOP yang masih perlu dilaksanakan.

KKM ingin memaklumkan bahawa kelulusan pendaftaran bersyarat ini memerlukan maklumat kualiti, keselamatan dan keberkesanan produk ini dipantau serta dinilai secara berterusan oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), berdasarkan data-data terkini dari semasa ke semasa. Ia bagi memastikan perbandingan manfaat-risiko (benefit-over-risk) bagi produk tersebut kekal positif.

KKM akan terus komited untuk mempertingkatkan akses rakyat kepada ubat-ubatan bagi tujuan rawatan atau pencegahan penularan COVID-19 di Malaysia, dengan memastikan ia dinilai dengan sewajarnya berdasarkan aspek kualiti, keselamatan dan keberkesanan.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM BIN ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN
12 MEI 2022

https://kpkesihatan.com/2022/05/12/kenyataan-akhbar-kpk-12-mei-2022-keputusan-mesyuarat-pihak-berkuasa-kawalan-dadah-kali-ke-372-berkenaan-pendaftaran-produk-bagi-pencegahan-covid-19/?fbclid=IwAR302jOehPUCG6qWfkWgMoW5ZRNnf9M3jwtAoD6l9UocMMqHBNMXYNDwOj0
Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian pada 12 hb Mei 2022 untuk seluruh negara adalah 1.14. Manakala pecahan mengikut negeri adalah seperti di lampiran.

- KPK KKM -
Kunjungi Pameran Evolusi Baju Seragam Jururawat
"The Evolution of Nurse Uniforms"

KKM amat berbesar hati dengan hasrat Muzium Negara dengan penganjuran pameran sisipan seumpama ini sebagai tanda penghargaan kepada barisan Jururawat selaku petugas barisan hadapan yang telah banyak memberikan perkhidmatan kesihatan yang terbaik kepada rakyat.

Pameran ini boleh dikunjungi mulai :
12 Mei 2022 sehingga 12 Jun 2022,
Dewan Tengah, Muzium Negara.
⚠️ Waspada dengan Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD)

Penyakit HFMD adalah penyakit jangkitan kanak-kanak di mana ruam lepuh muncul di tangan, kaki dan kawasan lampin serta ulser dalam mulut.

Perhatikan tanda-tanda jangkitan HFMD pada anak anda. Sekiranya ada,

👉 anak anda perlu dikuarantin supaya tidak menjangkiti kanak-kanak lain.
👉 elakkan berkongsi alatan peribadi, makanan dan permainan anak anda yang dijangkiti HFMD dari anak yang lain.
👉 jangan hantar anak ke taska / tadika / sekolah.
👉 kerap lakukan pembersihan dan disinfeksi pada alatan dan permukaan yang kerap disentuh oleh anak.

JAGA KEBERSIHAN DIRI DAN PERSEKITARAN DEMI MENCEGAH HFMD DARI MENJANGKITI ANAK ANDA.
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=376143081214368&id=100064560379224

"HWCITF berperanan menganalisis serta menilai budaya kerja, pengurusan sumber manusia kakitangan perkhidmatan kesihatan secara umum dan PPS secara khusus" - Khairy Jamaluddin
Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian pada 15 hb Mei 2022 untuk seluruh negara adalah 1.10. Manakala pecahan mengikut negeri adalah seperti di lampiran.

- KPK KKM -
In view of the rising temperature & warmer weather, public should take precautionary measures to prevent heat stroke. Rehydrate yourself well & avoid unnecessary strenuous exercise. Get to a cooler & shaded place. Watch for the signs & symptoms of heat exhaustion & heat stroke.

- KPK KKM -
Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian pada 16 hb Mei 2022 untuk seluruh negara adalah 1.04. Manakala pecahan mengikut negeri adalah seperti di lampiran.

- KPK KKM -
17 Mei setiap tahun adalah Hari Hipertensi Sedunia.

Laporan NHMS 2019 menunjukkan 3️⃣ daripada 🔟 atau 6.4 juta orang dewasa di Malaysia menghidap darah tinggi atau hipertensi.

Namun, hanya separuh menyedari bahawa mereka menghidap penyakit ini.
Hipertensi ialah antara penyakit tidak berjangkit (NCD) yang dianggap pembunuh senyap kerana kebiasaannya tidak menunjukkan sebarang gejala terutama di peringkat awal penyakit.

Jadi, apakah yang perlu kita lakukan

🩺Periksa tekanan darah
🧂Hadkan garam
Elakkan alkohol
🚭 Tidak merokok
⚖️ Kawal berat badan
👟Sentiasa aktif
😃 Tangani stress
PENULARAN JANGKITAN PENYAKIT BERJANGKIT TANGAN, KAKI DAN MULUT (HFMD) DAN DENGGI DI MALAYSIA (ME 19/2022)

A. PENINGKATAN KES DENGGI DI MALAYSIA

Kementerian Kesihatan (KKM) ingin melaporkan sebanyak 1,074 kes denggi pada Minggu Epidemiologi (ME) 19/2022, peningkatan 365 kes (51.5%) dari jumlah kes yang dilaporkan pada ME 18/2022 (709 kes). Jumlah kumulatif kes denggi dilaporkan sehingga kini adalah 14,725 kes berbanding 10,139kes bagi tempoh yang sama tahun 2021, iaitu peningkatan sebanyak 4,586 kes (45.2%). Jumlah kumulatif kematian denggi sehingga ME 19/2022 adalah sebanyak sembilan (9)kematian, peningkatan empat (4) kematian (80%) berbanding dengan kematian lima (5) kematian bagi tempoh yang sama tahun 2021.

B. PENINGKATAN KETARA KES KAKI, TANGAN & MULUT (HFMD) DI MALAYSIA

Bagi tahun 2022, sehingga hari terakhir ME 19/2022 (pada 14 Mei 2022), sejumlah 31,661 kes HFMD telah dilaporkan iaitu peningkatan sebanyak 15 kali ganda berbanding pada tahun 2021 sehingga ME yang sama, iaitu hanya mencatatkan 2,121 kes. Manakala kes dilaporkan bagi ME 19/2022 adalah 7,526 kes berbanding ME 18/2022 iaitu hanya 1,676 kes di seluruh negara, di mana peningkatan sebanyak 349%.

https://kpkesihatan.com/2022/05/17/kenyataan-akhbar-kpk-17-mei-2022-penularan-jangkitan-penyakit-berjangkit-tangan-kaki-dan-mulut-hfmd-dan-denggi-di-malaysia-me-19-2022/
Malaria : Apa Yang Anda Perlu Tahu?

Sertai sesi TikTok Live esok pada pukul 3.00 petang bersama Dr. Mohd Hafizi Abdul Hamid dari Bahagian Kawalan Penyakit, KKM.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#sihatmilikku