CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia
360K subscribers
28.1K photos
309 videos
240 files
2.06K links
Crisis Preparedness and Response Center, Ministry of Health Malaysia
Download Telegram
Ramai yang mengalami gejala-gejala COVID-19 sebaik pulang dari percutian. Adakah anda juga mempunyai gejala COVID-19?

Jika ya, anda disarankan untuk melakukan ujian kendiri COVID-19 dan melaporkan keputusan ujian dalam aplikasi MySejahtera.

_____________________________________

Many people developed symptoms of COVID-19 after returning from vacation. Are you symptomatic too?

If so, you are strongly advised to perform a COVID-19 self-test and report it in MySejahtera app.
🕋 Bagi musim haji tahun 1433 Hijrah/ 2022 Masihi, kerajaan Arab Saudi membenarkan pelaksanaan ibadah haji dari semua negara setelah dua (2) tahun ia ditangguhkan akibat pendemik COVID-19.

Sebagai langkah pencegahan dan kawalan untuk mengurangkan risiko jangkitan COVID-19, Kerajaan Arab Saudi telah menetapkan bahawa semua jemaah haji:

✔️ Perlu mendapatkan vaksinasi lengkap sebelum berlepas.
✔️ Mengesyorkan pengambilan dos penggalak.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyarankan dos penggalak pertama kepada semua jemaah yang bakal menunaikan ibadah mereka manakala dos penggalak kedua bagi golongan yang berisiko.

Oleh itu, dikongsikan saranan pengambilan dos penggalak kepada bakal Jemaah haji mengikut kumpulan umur dan faktor risiko.

Jemaah haji yang terlibat boleh mendapatkan dos penggalak dengan hadir secara terus tanpa janji temu (walk-in) di PPV yang masih beroperasi dengan membawa dokumen sokongan berkaitan (seperti bukti surat tawaran menunaikan haji).
• KKM ingin merujuk kepada berita penularan wabak monkeypox di beberapa negara benua Eropah, Amerika Syarikat, Kanada dan Australia.

• Sehingga 20 Mei 2022, lebih 100 kes telah dilaporkan dijangkiti virus monkeypox, sama ada kes disahkan mahupun yang disyaki.

👉 Dikongsikan cara penularan serta tanda-tanda jangkitan Monkeypox.

• Tempoh inkubasi virus biasanya antara 6 hingga 21 hari dan pesakit akan mengalami gejala selama dua (2) hingga empat (4) minggu.

• KKM juga telah menyediakan Soalan Lazim (Frequently Ask Questions – FAQ) mengenai jangkitan monkeypox yang boleh dimuat turun dari laman Facebook CPRC Kebangsaan di:
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1893056120887063&id=187891761403516
📈 Wabak monkeypox yang disebabkan oleh jangkitan orthopoxviruses telah melanda beberapa negara benua Eropah, Amerika Syarikat, Kanada dan Australia.

Laporan awal mengatakan sebahagian kes yang mengalami jangkitan monkeypox ini mendapat jangkitan melalui kontak langsung dengan individu lain (pesakit monkeypox).

Oleh itu, KKM ingin menasihati pengembara ke kawasan-kawasan yang terdapat kejadian monkeypox untuk mengambil langkah berjaga-jaga seperti yang dikongsikan.

KKM juga akan terus memantau perkembangan situasi monkeypox ini melalui laporan yang dikeluarkan oleh pihak WHO dan melakukan pemantauan kes disyaki monkeypox di Malaysia di semua Pintu Masuk Antarabangsa (PMA).
Aktiviti Kawalan & pencegahan penyakit HFMD oleh Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Putrajaya

Pihak KKM sentiasa memantau kejadian penyakit HFMD di seluruh negara dan mengambil tindakan kawalan dan pencegahan bersama-sama Kementerian dan agensi berkaitan. Antara aktiviti yang telah dijalankan oleh Jabatan Kesihatan Negeri dan Pejabat Kesihatan Daerah adalah:

i) mengeluarkan surat alert kepada semua jabatan dan agensi yang bertanggungjawab menyelia taska, tadika, tabika dan pra-sekolah di peringkat negeri dan daerah;

ii) mengadakan sesi taklimat kepada pengusaha dan penyelia taska, tadika, tabika dan pra-sekolah, sama ada melalui webinar mahupun sesi townhall bagi meningkatkan kesedaran dan pengetahuan berkaitan penyakit HFMD dan status penularannya di kawasan setempat;

iii) menyediakan teks hebahan dan diberikan kepada pihak pengurusan masjid dan pasaraya untuk dibuatkan hebahan kepada pengunjungnya;

iv) menjalankan hebahan berkala melalui kenyataan akhbar dan pengumuman kepada orang ramai yang tinggal di kawasan-kawasan perumahan khususnya yang mempunyai taburan kes sporadik yang tinggi agar mengambil langkah-langkah kawalan dan pencegahan yang sewajarnya; dan

(v) menguar-uarkan maklumat berkaitan HFMD melalui infografik di multi-media seperti Facebook, Twitter, Telegram dan lain-lain, serta bual bicara di televisyen serta radio.