CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia
360K subscribers
28.1K photos
309 videos
240 files
2.06K links
Crisis Preparedness and Response Center, Ministry of Health Malaysia
Download Telegram
-Spotcheck Taska dan Tadika oleh Pengarah Kesihatan Negeri Johor, Dato' Dr Aman bin Rabu dalam usaha mengekang penularan Penyakit HFMD di Negeri Johor

-Aktiviti Pembersihan Kendiri oleh pihak pengusaha tadika dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Daerah bagi mencegah penularan Penyakit HFMD
*Aktiviti-aktiviti kawalan dan pencegahan HFMD oleh Jabatan Kesihatan Negeri Pahang-update sehingga 26 Mei 2022*

*A) Peringkat Negeri*

1) Surat alert peningkatan kes dan wabak HFMD kepada hospital dan klinik kesihatan termasuk swasta

2) Sesi _Town Hall_ Meeting dengan pengusaha/penyelia Pusat asuhan kanak-kanak peringkat Negeri yg diadakan pada 11 Mei 2022.

3) Penubuhan _Task Force_ HFMD di peringkat Negeri di peringkat JKNP melibatkan Agensi dan Jabatan berkepentingan seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Pendidikan, Jabatan PASTI, MUIP, Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS), Jabatan Agama Islam Pahang, Jabatan Penerangan dan Pihak Berkuasa Tempatan

4) Pelaksanaan Mesyuarat _Task Force_ HFMD untuk penyelarasan aktiviti Kawalan dan pencegahan. Output utama daripada Mesyuarat ini adalah Ahli Mesyuarat bersetuju utk:
a. pelaksanaan aktiviti pemantauan /penyeliaan/penilaian risiko bersama melibatkan PKD & Agensi/Jabatan berkaitan ke premis2 cth TASKA /PASTI /TADIKA /pra sekolah dll.
b. Konsep cohort diperluaskan. Ia merangkumi aktiviti penjagaan kanak2 /bayi, waktu makan, penggunaan alatan permainan dll.
c. Konsep Gatekeeper diperluaskan bukan sahaja melibatkan premis asuhan/TASKA dll tetapi juga termasuk sudut permainan di dalam pusat membeli belah atau restoran makanan segera dll.

5) Pendidikan kesihatan yang berterusan termasuk:
a. Info berkala kepada melalui _Press Statement_ oleh Pengarah Kesihatan Negeri Pahang
b. Sesi di Radio – Seleksi Pagi Selamat Pagi Malaysia oleh Pengarah Kesihatan Negeri Pahang
c. Info berkala di facebook tentang situasi semasa kes dan wabak HFMD di Negeri Pahang
d. Info tentang HFMD melalui aplikasi Tik Tok
e. Hebahan berkala di masjid/surau dan shopping mall
f. Hebahan maklumat melalui aplikasi whats app kepada pengusaha/penylia pusat asuhan

B) Peringkat Daerah

1) Sesi _Town Hall_ Meeting dengan pengusaha/penyelia Pusat asuhan kanak-kanak peringkat Daerah

2) Surat alert peningkatan kes kepada insitusi berisiko tinggi penularan HFMD

3) Pemeriksaan dan penilaian risiko pusat asuhan serta edaran poster dan risalah

4) Edaran risalah dan nasihat kesihatan kepada orang awam di tempat tumpuan umum seperti pasar awam dan pusat membeli belah

5) Pendidikan kesihatan yang berterusan
a. Info berkala di facebook tentang situasi semasa kes dan wabak HFMD di Negeri Pahang
b. Hebahan berkala di masjid/surau dan shopping mall
c. Hebahan maklumat melalui aplikasi whats App kepada pengusaha/penyelia pusat asuhan
d. Pameran kesihatan sewaktu aktiviti-aktiviti kesihatan di daerah
e. Ceramah di masjid/surau

*Disediakan oleh*
*Bilik Gerakan HFMD*
*Jabatan Kesihatan Negeri Pahang*
Lakukan saringan gejala di pintu masuk taska atau tadika.

Perhatikan gejala seperti demam, ruam dengan lepuh pada tangan dan kaki serta ulser pada tekak, mulut dan lidah.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#hfmd
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan
Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian pada 29 hb Mei 2022 untuk seluruh negara adalah 0.90. Manakala pecahan mengikut negeri adalah seperti di lampiran.

- KPK KKM -
Sekiranya kanak-kanak mempunyai tanda jangkitan HFMD, minta ibubapa membawa kanak-kanak ke klinik dan TIDAK DIBENARKAN masuk ke sekolah.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#hfmd
#sihatmilikku
Dari 25 Januari 2020 (ME 4/2020) hingga 28 Mei 2022 (ME 21/2022), situasi terkini COVID-19 adalah seperti berikut:

Kumulatif kes baharu: 4,502,579;
Kumulatif kes sembuh: 4,441,702 kes;
Kumulatif kes kematian: 35,660 kes; dan
Kumulatif kluster: 7,012 kluster (kluster aktif: 3 kluster).

Perbandingan antara ME 20/2022 dan ME 21/2022:

Bilangan kes sembuh pada ME 21/2022 meningkat sebanyak 4.2% (15,278 kes kepada 15,925 kes) berbanding ME 20/2022;
Bilangan kes baharu pada ME 21/2022 menurun sebanyak4.1% (13,630 kes kepada 13,076 kes) berbanding ME 20/2022 (Rajah 8);
Bilangan kes tempatan menurunsebanyak4.4% (13,615 kes kepada 13,022 kes); dan
Bilangan kes import meningkat sebanyak 260.0% (15 kes kepada 54 kes).

Bilangan kes kematian pada ME 21/2022 menunjukkan penurunan kepada 34.5 % (29 kes kepada 19 kes) berbanding ME 20/2022; dan
Purata kes aktif setiap hari bagi ME 21/2022 adalah 25,360, iaitu terdapat penurunan sebanyak 15.1% berbanding minggu sebelumnya.

https://kpkesihatan.com/2022/05/30/kenyataan-akhbar-kpk-30-mei-2022-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19-di-malaysia-me-21-2022-22-28-mei-2022/
Lakukan disinfeksi di taska atau tadika sekurang-kurangnya dua kali sehari.

Terus waspada, jaga kebersihan diri dan persekitaran.

Lindungi anak-anak kita.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#hfmd
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Ancaman HFMD di Era Pandemik COVID-19

Dengarkan di Kelantan FM pada pukul 12.30 tengah hari bersama Dr. Hazlienor Mohd Hatta dari Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#COVID19
#hfmd
#sihatmilikku
SITUASI SEMASA KEJADIAN PENYAKIT TANGAN, KAKI DAN MULUT (HFMD) DI MALAYSIA

Kementerian Kesihatan Malaysia ingin memaklumkan mengenai situasi terkini penyakit tangan, kaki dan mulut atau “Hand, Foot And Mouth Disease” (HFMD) di Malaysia.

Bagi tahun 2022 sehingga hari terakhir minggu epidemiologi (ME) 21/2022 (pada 28 Mei 2022), sejumlah 65,535 kes HFMD telah dilaporkan, iaitu peningkatan sebanyak 27 kali ganda bagi tempoh yang sama bagi tahun 2021 (semasa pandemik COVID-19) iaitu 2,333 kes. Jika dibandingkan dengan tempoh yang sama pada tahun 2019 (sebelum pandemik COVID-19) dengan kes sebanyak 29,846, ia menunjukkan peningkatan sebanyak 1.2 kali ganda. Manakala kes HFMD yang dilaporkan bagi ME 21/2022 adalah 18,602 berbanding 15,548 pada ME 20/2022 iaitu peningkatan sebanyak 19.6%

Baca kenyataan penuh di
https://kpkesihatan.com/2022/05/31/kenyataan-akhbar-kpk-31-mei-2022-situasi-semasa-kejadian-penyakit-tangan-kaki-dan-mulut-hfmd-di-malaysia-me-21-2022/
Town Hall Meeting Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD) Peringkat Negeri Selangor 2022.

Tarikh : 1 Jun 2022 (Rabu)
Masa : 2.00 - 5.00 petang
Tempat : Auditorium Pustaka Tun Uda, Shah Alam

Anjuran Cawangan Promosi Kesihatan, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#hfmd
#sihatmilikku
Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian pada 30 hb Mei 2022 untuk seluruh negara adalah 0.91. Manakala pecahan mengikut negeri adalah seperti di lampiran.

- KPK KKM -