CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia
360K subscribers
28.1K photos
309 videos
240 files
2.06K links
Crisis Preparedness and Response Center, Ministry of Health Malaysia
Download Telegram
Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian pada 29 hb Mei 2022 untuk seluruh negara adalah 0.90. Manakala pecahan mengikut negeri adalah seperti di lampiran.

- KPK KKM -
Sekiranya kanak-kanak mempunyai tanda jangkitan HFMD, minta ibubapa membawa kanak-kanak ke klinik dan TIDAK DIBENARKAN masuk ke sekolah.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#hfmd
#sihatmilikku
Dari 25 Januari 2020 (ME 4/2020) hingga 28 Mei 2022 (ME 21/2022), situasi terkini COVID-19 adalah seperti berikut:

Kumulatif kes baharu: 4,502,579;
Kumulatif kes sembuh: 4,441,702 kes;
Kumulatif kes kematian: 35,660 kes; dan
Kumulatif kluster: 7,012 kluster (kluster aktif: 3 kluster).

Perbandingan antara ME 20/2022 dan ME 21/2022:

Bilangan kes sembuh pada ME 21/2022 meningkat sebanyak 4.2% (15,278 kes kepada 15,925 kes) berbanding ME 20/2022;
Bilangan kes baharu pada ME 21/2022 menurun sebanyak4.1% (13,630 kes kepada 13,076 kes) berbanding ME 20/2022 (Rajah 8);
Bilangan kes tempatan menurunsebanyak4.4% (13,615 kes kepada 13,022 kes); dan
Bilangan kes import meningkat sebanyak 260.0% (15 kes kepada 54 kes).

Bilangan kes kematian pada ME 21/2022 menunjukkan penurunan kepada 34.5 % (29 kes kepada 19 kes) berbanding ME 20/2022; dan
Purata kes aktif setiap hari bagi ME 21/2022 adalah 25,360, iaitu terdapat penurunan sebanyak 15.1% berbanding minggu sebelumnya.

https://kpkesihatan.com/2022/05/30/kenyataan-akhbar-kpk-30-mei-2022-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19-di-malaysia-me-21-2022-22-28-mei-2022/
Lakukan disinfeksi di taska atau tadika sekurang-kurangnya dua kali sehari.

Terus waspada, jaga kebersihan diri dan persekitaran.

Lindungi anak-anak kita.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#hfmd
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Ancaman HFMD di Era Pandemik COVID-19

Dengarkan di Kelantan FM pada pukul 12.30 tengah hari bersama Dr. Hazlienor Mohd Hatta dari Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#COVID19
#hfmd
#sihatmilikku
SITUASI SEMASA KEJADIAN PENYAKIT TANGAN, KAKI DAN MULUT (HFMD) DI MALAYSIA

Kementerian Kesihatan Malaysia ingin memaklumkan mengenai situasi terkini penyakit tangan, kaki dan mulut atau “Hand, Foot And Mouth Disease” (HFMD) di Malaysia.

Bagi tahun 2022 sehingga hari terakhir minggu epidemiologi (ME) 21/2022 (pada 28 Mei 2022), sejumlah 65,535 kes HFMD telah dilaporkan, iaitu peningkatan sebanyak 27 kali ganda bagi tempoh yang sama bagi tahun 2021 (semasa pandemik COVID-19) iaitu 2,333 kes. Jika dibandingkan dengan tempoh yang sama pada tahun 2019 (sebelum pandemik COVID-19) dengan kes sebanyak 29,846, ia menunjukkan peningkatan sebanyak 1.2 kali ganda. Manakala kes HFMD yang dilaporkan bagi ME 21/2022 adalah 18,602 berbanding 15,548 pada ME 20/2022 iaitu peningkatan sebanyak 19.6%

Baca kenyataan penuh di
https://kpkesihatan.com/2022/05/31/kenyataan-akhbar-kpk-31-mei-2022-situasi-semasa-kejadian-penyakit-tangan-kaki-dan-mulut-hfmd-di-malaysia-me-21-2022/
Town Hall Meeting Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD) Peringkat Negeri Selangor 2022.

Tarikh : 1 Jun 2022 (Rabu)
Masa : 2.00 - 5.00 petang
Tempat : Auditorium Pustaka Tun Uda, Shah Alam

Anjuran Cawangan Promosi Kesihatan, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#hfmd
#sihatmilikku
Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian pada 30 hb Mei 2022 untuk seluruh negara adalah 0.91. Manakala pecahan mengikut negeri adalah seperti di lampiran.

- KPK KKM -
KENYATAAN MEDIA KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

PENUTUPAN #PICKids KEPADA KANAK-KANAK YANG TELAH MENCAPAI USIA 5 TAHUN
HFMD : Pencegahan & Rawatan Serta Peranan Ibu Bapa / Penjaga

Sertai TikTok Live di www.tiktok.com/@myhealthkkm esok pada pukul 2.00 petang bersama Dr. Nur Sofiani Diana Mohammed Yusof, Pakar Perubatan Kesihatan Awam dari Pejabat Kesihatan Wilayah Persekutuan Putrajaya.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#hfmd
#sihatmilikku
Cacar Monyet

Dengarkan di minnalfm esok pada pukul 10.00 malam bersama Dr. Vickneshwaran Muthu dari Bahagian Kawalan Penyakit, KKM.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#sihatmilikku
Cuci permainan dan peralatan anak anda dengan pencuci berasaskan klorin dan air.

Larang anak anda dari memasukkan mainan atau objek ke dalam mulut.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#hfmd
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
HFMD : Pencegahan & Rawatan Serta Peranan Ibu Bapa / Penjaga

Jangan lupa sertai TikTok Live di www.tiktok.com/@myhealthkkm pada pukul 2.00 petang bersama Dr. Nur Sofiani Diana Mohammed Yusof, Pakar Perubatan Kesihatan Awam dari Pejabat Kesihatan Wilayah Persekutuan Putrajaya.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#hfmd
#sihatmilikku
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Kes HFMD semakin meningkat.

Selain Ibubapa, pengusaha tadika wajib lakukan saringan gejala (gate keeping) di pintu masuk tadika bagi mengawal jangkitan HFMD di kalangan kanak-kanak.

Pastikan anak-anak murid yang sihat sahaja dibenarkan hadir ke kelas. Perhatikan tanda dan gejala pada anak-anak.

Kebersihan diri dan persekitaran tadika juga mesti sentiasa dijaga.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#hfmd
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Jom Sertai Town Hall Meeting Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD)

"Bersama-sama hentikan rangkaian jangkitan HFMD, Lindungi anak-anak kita"

Topic: Town Hall Meeting Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD)
Time: Jun 1, 2022 01:45 PM Kuala Lumpur

Join Zoom Meeting
https://zoom.us/j/98185382616?pwd=eEVDYzNDaVBaNnZEaGpLQ3g1R2Vodz09

Meeting ID: 981 8538 2616
Passcode: 034767
HFMD : Pencegahan dan Rawatan serta Peranan Ibu Bapa / Penjaga

Saksikan sekarang di https://www.tiktok.com/@myhealthkkm/live
Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian pada 31 hb Mei 2022 untuk seluruh negara adalah 0.90. Manakala pecahan mengikut negeri adalah seperti di lampiran.

- KPK KKM -
Ciri baharu MySejahtera: Notifikasi Makluman Kesihatan Cacar Monyet

Pengembara luar negara yang baru tiba dari negara yang dilaporkan mempunyai kes Cacar Monyet, akan mendapat makluman kesihatan ini di aplikasi MySejahtera.

Sila rujuk infografik ini.

____________________________________________

New Feature of MySejahtera: Monkeypox Health Alert Notification

Overseas travellers who have just arrived from countries reported to have Monkeypox cases, will get this health alert on the MySejahtera app.

Kindly refer to this infographic.

#mysejahtera
#mysejahteratrace
#reopeningsafely

Sumber: MySejahtera