CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia
360K subscribers
28.1K photos
309 videos
240 files
2.06K links
Crisis Preparedness and Response Center, Ministry of Health Malaysia
Download Telegram
Kes HFMD semakin meningkat kebelakangan ini.

Didik anak-anak anda untuk mengamalkan langkah mencuci tangan dengan betul dan sentiasa jaga kebersihan diri.

* Ini adalah petikan daripada e-Majalah MyHEALTH Edisi Jun 2022. Klik https://www.facebook.com/myhealthkkm/posts/337808268501149 untuk edisi penuh.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#hfmd
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Tempoh inkubasi Monkeypox adalah 5-21 hari.

Tempoh kebolehjangkitan adalah sepanjang tempoh bergejala. Virus Monkeypox dikesan melalui PCR.

Monkeypox biasanya sembuh dengan sendiri selepas 2 hingga 4 minggu.

Komplikasi penyakit ini adalah seperti radang paru-paru, keradangan pada otak dan lesi pada kornea mata.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#monkeypox
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Berikut adalah pencapaian MySejahtera sepanjang Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.

Tahniah dan ribuan terima kasih atas tenaga dan kerjasama semua pihak yang bertungkus lumus menjayakan program ini.

Sila rujuk infografik ini untuk maklumat lanjut.

______________________

Here are the achievements of MySejahtera throughout the National COVID-19 Immunization Program.

Congratulations and many thanks for the efforts and cooperation of all parties who worked hard to make this programme a success.

Please refer to this infographic for more information.

#MySejahtera
#MySejahteraTrace
#ReopeningSafely
Hidup bersama virus COVID-19
Ketahui dan amalkan pencegahan COVID-19
Perhatikan tanda dan gejala Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut pada anak anda.

Jika bergejala, pastikan anak terus kekal berada di rumah.

Amalkan mencuci tangan dengan betul dan tingkatkan penjagaan kebersihan diri.

* Ini adalah petikan daripada e-Majalah MyHEALTH Edisi Jun 2022. Klik https://www.facebook.com/myhealthkkm/posts/337808268501149 untuk edisi penuh.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#hfmd
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Antara tanda dan gejala jangkitan Monkeypox

➡️ Ruam timbul berisi cecair di seluruh badan
➡️ Demam
➡️ Sakit Kepala
➡️ Pembengkakan kelenjar limfa

Gejala biasanya bermula dengan demam kemudian muncul ruam di muka, kemudian di tangan dan kaki, diikuti bahagian-bahagian tubuh yang lain dalam tempoh 24 jam.

Ruam lebih banyak tertumpu pada muka, tapak tangan dan tapak kaki .

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#monkeypox
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Sambutan Hari Denggi Asean | Gotong Royong Mega 1.0 Peringkat Kebangsaan 2022

https://www.facebook.com/kementeriankesihatanmalaysia/videos/551832996448771/
Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes purata mingguan epid minggu ke 22 pada 5 hb Jun 2022 untuk seluruh negara adalah 0.91. Manakala pecahan mengikut negeri adalah seperti di lampiran.

- KPK KKM -
Sejak 13 Mei 2022, cacar monyet (monkeypox) telah dilaporkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dari 23 Negara Anggota yang tidak endemik untuk virus cacar monyet.

Setakat ini, tiada kes cacar monyet dilaporkan di negara kita 🇲🇾. Dikongsikan soalan lazim (FAQ) berkenaan cacar monyet (monkeypox). ⬇️⬇️⬇️
Antara gejala cacar monyet (monkeypox) adalah:

🔴 Ruam/lesi kulit - di muka, tangan, kaki, mulut, alat kelamin
🔴 Demam
🔴 Rasa tidak selesa atau lemah tubuh badan
🔴 Sakit kepala
🔴 Keletihan
🔴 Bengkak pada kelenjar limfa
DIRGAHAYU TUANKU, DAULAT TUANKU

Merafak Sembah dan Setinggi-Tinggi Ucapan Tahniah

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong
Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah,

Sempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku

Pada 6 Jun 2022, Bersamaan 6 Zulkaedah 1443H

Semoga KDYMM Seri Paduka Baginda Tuanku berdua, Putera-putera, Puteri-puteri dan seluruh kerabat sentiasa berada dalam lindungan dan rahmat Allah SWT, dilanjutkan usia zaman dan sentiasa berada dalam sihat walafiat selama-lamanya.

Sembah takzim daripada:

Pengurusan Tertinggi & Warga Kerja Kementerian Kesihatan Malaysia
Dari 25 Januari 2020 (ME 4/2020) hingga 4 Jun 2022 (ME 22/2022), situasi terkini COVID-19 adalah seperti berikut:

Kumulatif kes baharu: 4,513,631;
Kumulatif kes sembuh: 4,455,499 kes;
Kumulatif kes kematian: 35,686 kes; dan
Kumulatif kluster: 7,010 kluster (kluster aktif: 4 kluster).
Perbandingan antara ME 21/2022 dan ME 22/2022:

Bilangan kes sembuh pada ME 22/2022 menurun sebanyak 13.4% (15,925 kes kepada 13,797 kes) Rajah 7;
Bilangan kes baharu pada ME 22/2022 menurun sebanyak 15.5% (13,076 kes kepada 11,052 kes) Rajah 8;
Bilangan kes tempatan menurunsebanyak 15.4% (13,022 kes kepada 11,022 kes); dan
Bilangan kes import menurun sebanyak 45.5% (55 kes kepada 30 kes).
Bilangan kes kematian pada ME 22/2022 menunjukkan peningkatan kepada 36.8 % (19 kes kepada 26 kes) berbanding ME 21/2022; dan
Purata kes aktif setiap hari bagi ME 22/2022 adalah 23,290, iaitu terdapat penurunan sebanyak 8.2% berbanding minggu sebelumnya

Baca kenyataan penuh di
https://kpkesihatan.com/2022/06/06/kenyataan-akhbar-kpk-6-jun-2022-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19-di-malaysia-me-22-2022-29-mei-4-jun-2022/