CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia
360K subscribers
28.1K photos
309 videos
240 files
2.06K links
Crisis Preparedness and Response Center, Ministry of Health Malaysia
Download Telegram
Dari 25 Januari 2020 (ME 4/2020) hingga 4 Jun 2022 (ME 22/2022), situasi terkini COVID-19 adalah seperti berikut:

Kumulatif kes baharu: 4,513,631;
Kumulatif kes sembuh: 4,455,499 kes;
Kumulatif kes kematian: 35,686 kes; dan
Kumulatif kluster: 7,010 kluster (kluster aktif: 4 kluster).
Perbandingan antara ME 21/2022 dan ME 22/2022:

Bilangan kes sembuh pada ME 22/2022 menurun sebanyak 13.4% (15,925 kes kepada 13,797 kes) Rajah 7;
Bilangan kes baharu pada ME 22/2022 menurun sebanyak 15.5% (13,076 kes kepada 11,052 kes) Rajah 8;
Bilangan kes tempatan menurunsebanyak 15.4% (13,022 kes kepada 11,022 kes); dan
Bilangan kes import menurun sebanyak 45.5% (55 kes kepada 30 kes).
Bilangan kes kematian pada ME 22/2022 menunjukkan peningkatan kepada 36.8 % (19 kes kepada 26 kes) berbanding ME 21/2022; dan
Purata kes aktif setiap hari bagi ME 22/2022 adalah 23,290, iaitu terdapat penurunan sebanyak 8.2% berbanding minggu sebelumnya

Baca kenyataan penuh di
https://kpkesihatan.com/2022/06/06/kenyataan-akhbar-kpk-6-jun-2022-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19-di-malaysia-me-22-2022-29-mei-4-jun-2022/
Situasi Semasa Kejadian Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD) di Malaysia (ME 22 2022)

Kementerian Kesihatan Malaysia ingin memaklumkan mengenai situasi terkini penyakit tangan, kaki dan mulut atau “Hand, Foot And Mouth Disease” (HFMD) di Malaysia.

Bagi tahun 2022 (bermulanya tempoh Fasa Peralihan ke Endemik COVID-19), sehingga hari terakhir minggu epidemiologi (ME) 22/2022 (pada 4 Jun 2022), sejumlah 82,846 kes telah dilaporkan, iaitu peningkatan sebanyak 32 kali ganda bagi tempoh yang sama pada tahun 2021 (semasa pandemik COVID-19) iaitu 2,485 kes. Berbanding dengan 30,489 kes bagi tempoh yang sama pada tahun 2019 (sebelum pandemik COVID-19), ia menunjukkan peningkatan sebanyak 1.7 kali ganda. Manakala kes dilaporkan di seluruh negara bagi ME 22/2022 sahaja adalah 16,954 kes, menurun sebanyak 9.3% berbanding ME 21/2022 iaitu 18,688 kes .

Pada tahun 2022, sehingga 4 Jun 2022, Negeri Selangor menyumbang jumlah kes tertinggi berbanding negeri-negeri lain iaitu 23,305 kes (28.13%). Ia diikuti oleh WP Kuala Lumpur & Putrajaya 9,540 kes (11.52%), Perak 8,032 kes (9.70%), Kelantan 5,782 kes (6.98%) dan Johor 5,234 kes (6.32%); sementara negeri-negeri lain pelaporan kes HFMD sekitar atau kurang daripada 4,600 kes.

Kes HFMD banyak berlaku dalam kalangan kanak-kanak berumur 6 tahun ke bawah iaitu sebanyak 74,841 kes (90%), diikuti kumpulan umur 7 hingga 12 tahun seramai 6,520 kes (8%). Manakala selebihnya berumur lebih 12 tahun iaitu seramai 1,485 kes (2%)

Berdasarkan survelan jenis virus (enterovirus) penyebab HFMD di Malaysia, tiga (3) virus utama yang menyebabkan penularan HFMD dalam komuniti pada tahun 2022, adalah Enterovirus 71 (EV71), Coxsackie A6 (CA6) dan Coxsackie A16 (CA16). Pada tahun 2022, sehingga kini, terdapat tiga (3) kes HFMD yang dimasukkan ke Wad Rawatan Rapi (ICU). Kes pertama dan kes kedua dimasukkan ke ICU kerana mengalami komplikasi radang otak (encephalitis) dan masih di bawah pemantauan rapi di ICU. Manakala kes ketiga telah pun sihat dan dibenarkan pulang ke rumah pada 31 Mei 2022.

https://kpkesihatan.com/2022/06/07/kenyataan-akhbar-kpk-7-jun-2022-situasi-semasa-kejadian-penyakit-tangan-kaki-dan-mulut-hfmd-di-malaysia-me-22-2022/
Dikongsikan langkah-langkah bagi mengisi maklumat kesihatan untuk pengembara di aplikasi MySejahtera.

• Pengembara luar negara yang baru tiba dari negara yang dilaporkan kes Cacar Monyet (Monkeypox) akan menerima notifikasi makluman kesihatan di aplikasi MySejahtera anda selama 21 hari bagi tujuan pemantauan kesihatan kendiri.

• Makluman kesihatan ini hanya akan terpapar sekiranya borang pra pelepasan dihantar.
Cacar Monyet

Saksikan menerusi FB Live TVAlhijrah esok pada pukul 10.00 pagi bersama Dr. Vickneshwaran Muthu dari Bahagian Kawalan Penyakit, KKM

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#sihatmilikku
Sambutan Hari Tibi Sedunia

Dengarkan di asyikfm esok pada pukul 11.30 pagi bersama Dr. Mohd Ihsani Mahmood dari Bahagian Kawalan Penyakit, KKM

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#sihatmilikku
Betul ke COVID-19 tidak bahaya untuk kanak-kanak?

Tonton perkongsian ibu bapa berkenaan anak mereka dimasukkan ke Unit Penjagaan Rapi disebabkan COVID-19.

Pn. Annapurny :https://www.facebook.com/myhealthkkm/posts/315886140693362

En. Hazrul Hisyam : https://www.facebook.com/myhealthkkm/posts/328250139456962

Tonton juga video dari pakar perubatan dan farmasi di https://immunise4life.my/children-kanak-kanak-covid-19-videos/

* Ini adalah petikan daripada e-Majalah MyHEALTH Edisi Jun 2022. Klik https://www.facebook.com/myhealthkkm/posts/337808268501149 untuk edisi penuh.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#COVID19
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Cegah HFMD dengan amalan

Sentiasa basuh tangan dengan air dan sabun
Mandi dengan membersihkan keseluruhan anggota badan dengan sabun
Membersihkan barang permainan dengan sabun
Membersihkan permukaan lantai, meja, tandas dan tombol pintu.

Elak membawa anak anda ke tempat sesak. Gunakan pelitup muka bagi melindungi anak anda.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#hfmd
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Satu pelan strategik telah disediakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia untuk menghadapi risiko kemasukan kes cacar monyet ke Malaysia. Pengembara yang tiba dari negara yang telah melaporkan kes ini akan menerima Health Alert di MySejahtera selama 21 hari untuk pemantauan kesihatan kendiri. - Khairy Jamaluddin
Cegah HFMD.

Pesakit boleh menyebarkan virus dalam tempoh seminggu selepas mengalami gejala dan tanda-tanda penyakit HFMD.

Elakkan membawa anak ke tempat sesak dan berisiko tinggi.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#hfmd
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Nirmatrelvir & Ritonavir merupakan ubat antivirus yang digunakan untuk merawat penyakit COVID-19 tahap ringan hingga sederhana.

Ubat ini berfungsi dengan menghentikan penggandaan virus dalam sel, seterusnya merencat pembiakan virus di seluruh badan pesakit. Ini dapat membantu badan untuk melawan jangkitan virus dan membolehkan kesihatan pesakit bertambah baik dengan lebih cepat.

Ubat ini hanya diberikan kepada pesakit COVID-19 tahap ringan hingga sedehana dan jangkitan yang dialaminya berisiko tinggi untuk menyebabkan kemasukan ke hospital atau kematian.

* Ini adalah petikan daripada e-Majalah MyHEALTH Edisi Jun 2022. Klik https://www.facebook.com/myhealthkkm/posts/337808268501149 untuk edisi penuh.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#COVID19
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
KENYATAAN MEDIA KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

PELUASAN RAWATAN ANTIVIRAL PAXLOVID KE FASILITI KESIHATAN SWASTA DAN PENGGUNAAN UBAT ANTIBODI EVUSHELD UNTUK MENCEGAH COVID-19
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Kes HFMD sedang menunjukkan peningkatan ketara di seluruh negara. Jumlah yang lebih tinggi jika dibanding dengan pada tahun 2019 sebelum pandemik, dalam tempoh masa yang sama. Pantau kesihatan anak anda, fahami cara virus ini merebak & gejala-gejala HFMD. - Khairy Jamaluddin
HFMD : Isolasi Anak Anda

Dengarkan di Gegarfm pada pukul 7.45 pagi bersama Dr. Ikmal Hakim Abd Rahman dari Jabatan Kesihatan Negeri Perlis.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#hfmd
#sihatmilikku
Isolasi HFMD

Dengarkan di sinarfm pada pukul 8.00 pagi bersama Dr. Mohd Syis Zulkipli dari Pejabat Kesihatan Daerah Sepang.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#hfmd
#sihatmilikku
Moh sertai Malaria Tik Tok Challenge sempena Hari Malaria Sedunia Peringkat Kebangsaan 2022.

Hadiah wang tunai menanti para pemenang.

Sumber: JKN Perak
Apakah yang dimaksudkan dengan hidup bersama COVID-19?

Adakah tidak ada lagi SOP dan SOP sedia ada dimansuhkan?

Jom baca soal jawab mengenai fasa peralihan ke endemik.

* Ini adalah petikan daripada e-Majalah MyHEALTH Edisi Jun 2022. Klik https://www.facebook.com/myhealthkkm/posts/337808268501149 untuk edisi penuh.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#COVID19
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama