CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia
360K subscribers
28.1K photos
309 videos
240 files
2.06K links
Crisis Preparedness and Response Center, Ministry of Health Malaysia
Download Telegram
KKM ingin memaklumkan bahawa, kes-kes positif COVID-19 yang dipantau oleh Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) di seluruh negara juga menunjukkan trend peningkatan.

Berikut adalah perbandingan data CAC fizikal yang dilaporkan pada ME 24/2022 dan ME 25/2022.
Bilangan kedatangan pesakit ke CAC meningkat sebanyak 22.0%;
Bilangan kes COVID-19 baharu yang menjalani pemantauan di rumah meningkat sebanyak 16.5%; dan
Bilangan kes COVID-19 yang dirujuk CAC ke PKRC atau hospital meningkat sebanyak 18.9%.

Rajah 5:Trend kedatangan pesakit ke CAC fizikal, kes baharu COVID-19 menjalani pemantauan di rumah dan kes rujukan ke PKRC atau hospital dari ME 8/2022 hingga ME 25/2022
Untuk trend kes aktif harian COVID-19 yang dipantau secara maya (CAC Maya), terdapat peningkatan sebanyak 27.1% pada akhir ME 25/2022 berbanding pada akhir ME 24/2022 (dari 27,247 kes kepada 34,639 kes)

https://kpkesihatan.com/2022/06/27/kenyataan-akhbar-kpk-27-jun-2022-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19-di-malaysia-minggu-epidemiologi-25-19-25-jun-2022
Tanda-tanda penyakit denggi adalah seperti
❗️ Demam kuat yang mengejut
❗️ Demam yang berlanjutan
❗️ Ruam merah di kulit
❗️ Sakit teruk pada tulang-tulang, otot-otot sendi-sendi dan biji mata
❗️ Pendarahan di bawah kulit

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#denggi
#sihatmilikku
KENYATAAN MEDIA
Menteri Kesihatan Menyeru Golongan B40 Untuk Membuat Saringan Kesihatan Percuma di Bawah PeKa B40

------------------------------------------------

PRESS RELEASE
Minister of Health Calls on Those in B40 to Take Up PeKa B40 Health Screening Programme

Sumber: ProtectHealth Corporation
Nyamuk Aedes membiak di dalam air bersih di dalam atau di luar rumah.

Kita berisiko untuk mendapat Demam Denggi jika digigit nyamuk Aedes.

Perhatikan tanda dan gejala Demam Denggi -
➡️ Demam yang kuat dan berlarutan
➡️ Sakit teruk pada sendi-sendi dan biji mata
➡️ Muntah
➡️ Pendarahan di bawah kulit, hidung dan gusi

Demam Denggi boleh membawa maut !!

https://youtu.be/jQCV86mKQDg

#denggi
#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Perlukah saya risau dengan peningkatan kejadian Jangkitan Influenza di Malaysia

Wabak yang disebabkan virus influenza bermusim hanya menyebabkan demam selsema (flu) yang ringan pada orang biasa tetapi boleh menyebabkan jangkitan yang teruk kepada kumpulan berisiko tinggi seperti:
🧒🏻 kanak-kanak
👴🏻 warga tua
🤰🏻wanita mengandung
💊mereka yang mempunyai penyakit-penyakit kronik seperti kencing manis, darah tinggi, lelah dan lain-lain.

Komplikasi akibat jangkitan influenza teruk yang dialami oleh golongan berisiko tinggi ini juga berpotensi untuk menyebabkan kematian.

Sehubungan itu, orang awam secara amnya dan golongan berisiko tinggi secara khususnya adalah amat digalakkan untuk mendapatkan pelalian vaksin influenza bermusim yang ditawarkan oleh kebanyakan fasiliti kesihatan swasta di seluruh negara.
😷 Influenza merebak dari seorang individu yang dijangkiti kepada seorang individu yang lain melalui titisan salur pernafasan (respiratory droplets) apabila bercakap, batuk atau bersin.

Titisan ini boleh mencemari permukaan dan menyebabkan jangkitan kepada individu yang menyentuh permukaan tersebut.

📢 Oleh itu, sekiranya anda mempunyai gejala jangkitan influenza, anda dinasihatkan untuk mengamalkan perkara-perkara seperti dikongsikan.

✔️Jaga kebersihan dan elakkan berkunjung ke tempat awam.
Town Hall Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD) bersama Ibu Bapa dan Penjaga WP Putrajaya secara atas talian.

Dijemput semua ibu bapa yang mempunyai anak-anak 5 tahun ke bawah untuk menonton FB live ini untuk mencegah penularan wabak HFMD di Putrajaya.

Tarikh : 28 Jun 2022 (Selasa)
Masa : 10.00 pagi
Pautan : FB Live Perbadanan Putrajaya Perbadanan Putrajaya
Anjuran : Pejabat Kesihatan WP Putrajaya dan Jabatan Kesihatan WP Kuala Lumpur & Putrajaya dan Kerjasama Perbadanan Putrajaya

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#hfmd
#sihatmilikku

https://www.facebook.com/events/5166696760034281/
📢 Influenza merupakan penyakit yang disebabkan oleh virus influenza yang menjangkiti salur pernafasan.

Langkah-langkah pencegahan penyakit inluenza yang boleh diamalkan adalah seperti dikongsikan.

Orang awam secara amnya dan golongan berisiko tinggi secara khususnya juga digalakkan untuk mendapatkan pelalian vaksin influenza bermusim yang ditawarkan oleh kebanyakan fasiliti kesihatan swasta di seluruh negara.
Town Hall Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD) bersama Ibu Bapa dan Penjaga WP Putrajaya secara atas talian.

Dijemput semua ibu bapa yang mempunyai anak-anak 5 tahun ke bawah untuk menonton FB live ini untuk mencegah penularan wabak HFMD di Putrajaya.

Tarikh : 28 Jun 2022 (Selasa)
Masa : 10.00 pagi
Pautan : FB Live Perbadanan Putrajaya Perbadanan Putrajaya
Anjuran : Pejabat Kesihatan WP Putrajaya dan Jabatan Kesihatan WP Kuala Lumpur & Putrajaya dan Kerjasama Perbadanan Putrajaya

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#hfmd
#sihatmilikku
Town Hall Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD) bersama Ibu Bapa dan Penjaga WP Putrajaya secara atas talian.

https://www.facebook.com/putrajaya/videos/340298231626076/
Influenza-Like-Illness (ILI) merupakan jangkitan saluran pernafasan yang menyebabkan gejala-gejala seperti demam, batuk dan sakit sendi yang disebabkan oleh Virus Influenza.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
ILI lebih mudah menyerang kanak-kanak berumur <18 tahun.

Kebanyakan pesakit akan sembuh dalam masa beberapa hari.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
💧Basuh tangan dengan sempurna menggunakan air dan sabun.

Dikongsikan 7️⃣ langkah mencuci tangan dengan betul.

Biasakan yang betul, tangan anda mungkin kelihatan bersih, tetapi ini tidak bermakna ianya bersih.

✔️ Amalkan membasuh tangan dengan betul. Tangan yang bersih boleh mencegah penyakit berjangkit termasuk penyakit Influenza, HFMD dan COVID-19.
Tren Demam Denggi masih tinggi?
Adakah anda tahu mengenainya?
√ Penyakit Denggi adalah penyakit jangkitan virus yang disebar melalui gigitan nyamuk Aedes yang telah dijangkiti.
Ketahui risiko demam denggi dan langkah pencegahan Demam Denggi menerusi temubual
Bersama Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Kementerian Kesihatan Malaysia.
Khamis, 30 Jun 2022, 8:15 pagi
Slot Selamat Pagi Malaysia, TV1
Denggi boleh dicegah!
KENYATAAN MEDIA KEMENTERIAN KESIHATAN

MALAYSIA SYOR TERKINI PEMBERIAN DOS TAMBAHAN DAN DOS PENGGALAK VAKSIN COVID-19