CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia
360K subscribers
28.1K photos
309 videos
240 files
2.06K links
Crisis Preparedness and Response Center, Ministry of Health Malaysia
Download Telegram
🚗Memandu merupakan satu aktiviti yang memerlukan koordinasi psikomotor, kognitif dan sensori yang baik.

📉Perubahan fizikal dan mental akan berlaku dengan peningkatan usia.Namun, peningkatan usia tidak semestinya menyebabkan kehilangan keupayaan memandu.

❤️Jalani pemeriksaan kesihatan berkala dan ketahui tahap kesihatan anda. Dapatkan bantuan sekiranya perlu.
Pastikan daging korban diedarkan dengan mengikuti tips2 ini. Elakkan untuk melengah-lengahkan edaran daging korban kepada individu yang sepatutnya.
Dari 25 Januari 2020 (ME 4/2020) hingga 9 Julai 2022 (ME 27/2022), situasi terkini COVID-19 adalah seperti berikut:

Kumulatif kes baharu: 4,592,710;
Kumulatif kes sembuh: 4,521,579 kes;
Kumulatif kes kematian: 35,809 kes; dan
Kumulatif kluster: 7,026 kluster (kluster aktif: 13 kluster).
Perbandingan antara ME 26/2022 dan ME 27/2022:

Bilangan kes sembuh pada ME 26/2022 meningkat sebanyak 14.6 peratus (14,293 kes kepada 16,379 kes);
Bilangan kes baharu pada ME 26/2022 meningkat sebanyak 27.9 peratus (16,694 kes kepada 21,355 kes) ;
Bilangan kes tempatan meningkatsebanyak 28.1 peratus (16,650 kes kepada 21,325 kes); dan
Bilangan kes import menurunsebanyak 31.8 peratus(44 kes kepada 30 kes).
Bilangan kes kematian pada ME 27/2022 menunjukkan peningkatan sebanyak 46.2 peratus (26 kes kepada 38 kes) berbanding ME 26/2022; dan
Purata kes aktif setiap hari bagi ME 27/2022 adalah 32,145 iaitu terdapat peningkatan sebanyak 11.0 peratus berbanding minggu sebelumnya.

https://kpkesihatan.com/2022/07/11/kenyataan-akhbar-kpk-11-julai-2022-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19-di-malaysia-minggu-epidemiologi-27-3-9-julai-2022%EF%BF%BC/
Meskipun semua jemaah Haji Malaysia telah menjalani saringan kesihatan yg rapi sebelum bertolak ke Tanah Suci namun tidak hairan jika ada yg diuji dgn masalah kesihatan semasa musim Haji ini. Beberapa pesakit dari Klinik Kecemasan Mina telah dirujuk ke Hospital di Makkah; antaranya hernia/angin pasang, kes sakit puan yg kompleks, kes jangkitan kuman yg parah, serangan jantung, serangan asma, kepatahan tulang dan kes akut yg memerlukan pembedahan segera.

Sememangnya menjalankan ibadah Haji tidak mudah & ramai yg akan diuji oleh-Nya. Namun Allah tidak akan menguji seorang hamba-Nya di luar batas kemampuannya (Al Baqarah, ayat 286). Setiap ujian yg diberikan merupakan ketetapan dlm kehidupan insan utk membuat seorang hamba menjadi lebih bersyukur.

Pasukan Kesihatan TH-KKM juga turut diuji dgn pelbagai jenis pancaroba & latar belakang manusia di Tanah Suci. Sabar, usaha dan tawakkal. Alhamdulillah mereka turut merawat & menolong jemaah dari negara lain yg memerlukan pertolongan selain jemaah haji Malaysia. Allah sahajalah yg dapat membalas jasa kalian semua petugas dengan setimpalnya, InsyaAllah.

-Ketua Pengarah Kesihatan-
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Pasukan Petugas Perubatan TH-KKM yg mengiringi jemaah Haji ketika ibadah melontar dapat berikan perkhidmatan perubatan/kecemasan kpd jemaah yang memerlukan bantuan segera. Alhamdulilah dan tahniah kepada semua petugas TH-KKM

-Ketua Pengarah Kesihatan-
Moh semua ke Majlis Pelancaran Jelajah ANMS Peringkat Negeri Perak, Inisiatif Saringan Kesihatan Kebangsaan dan Sambutan Hari Malaria Peringkat Kebangsaan di Bulatan Sultan Azlan Shah, Bandar Meru Raya, Ipoh pada 16 Julai - 17 Julai 2022.

Perbagai aktiviti menanti anda.

Sumber: JKN Perak
Tentu ramai yang dah terima daging korban bukan? Jadi ikuti langkah selamat dalam nyahbeku (defrost) daging korban yang anda simpan untuk pastikan ianya sentiasa segar.

#FoodSafetyTips
#aidiladha2022

Sumber: BKKM
Bagaimanakah untuk menggunakan pautan janji temu untuk dos penggalak kedua yang telah diberikan?

Sila rujuk langkah di atas 👆

#mysejahtera
#mysejahtertrace
#ReopeningSafely

Sumber: MySejahtera
Waspada Terhadap Jangkitan Influenza

Saksikan dalam rancangan Malaysia Hari Ini esok di TV3

Tarikh : 13 Julai 2022
Masa : 9.30 pagi

Panel :

Dr. Aznida Mohamad Zaki
Pakar Perubatan Kesihatan Awam
Bahagian Kawalan Penyakit, KKM

#ANMS
#KekalSihat
#sihatmilikku
Tingkatkan penilaian kendiri COVID-19 dengan melaksanakan TRIIS.

Test - Segera lakukan ujian saringan COVID-19 sekiranya mengalami simptom-simptom jangkitan

Report - Laporkan keputusan saringan secepat mungkin di aplikasi MySejahtera

Isolate - Lakukan pengasingan kendiri dan patuhi Pemerintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah (HSO)

Inform - Maklumkan kepada kontak rapat anda

Seek - Dapatkan penilaian dan rawatan segera sekiranya gejala bertambah teruk.

#ANMS
#KekalSihat
#COVID19
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Sekarang ni rancak perbualan tentang 'fasa endemik', tapi apa maksudnya? 🤷🏻‍♀️ Maksudnya.. kita akan menjalani kehidupan seharian BERSAMA dengan virus. Jadi, kita perlu kekal mengamalkan kebersihan yang 'tip-top'!

#ANMS
#KekalSihat
#COVID19
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Orang ramai adalah diminta untuk menyemak senarai terkini Fasiliti Kesihatan Primer yang boleh mendispensi Paxlovid dengan merujuk butiran penuh di http://bit.ly/senaraiCAC

https://www.facebook.com/100064560379224/posts/pfbid02JvfAdHMEUQcXPEsPSM7jcGBzdTERVN2AC9zxgVS9bQcASxdWFP2H6QPLAAUQFGqml/?d=n
Senarai Fasiliti Kesihatan swasta yang menyertai program peluasan rawatan COVID-19 dengan ubat antiviral Paxlovid.

Sila layari http://bit.ly/fasilitiswasta untuk maklumat lanjut.