CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia
โœ”
360K subscribers
28.1K photos
309 videos
240 files
2.06K links
Crisis Preparedness and Response Center, Ministry of Health Malaysia
Download Telegram
๐Ÿ›ก๏ธ ๐‡๐ข๐๐ฎ๐ฉ ๐›๐ž๐ซ๐ฌ๐š๐ฆ๐š ๐‚๐Ž๐•๐ˆ๐ƒ-๐Ÿ๐Ÿ—: ๐“๐ž๐ซ๐ฎ๐ฌ ๐๐ž๐ซ๐ฐ๐š๐ฌ๐ฉ๐š๐๐š ๐๐š๐ง ๐‹๐ข๐ง๐๐ฎ๐ง๐ ๐ข ๐Š๐จ๐ฆ๐ฎ๐ง๐ข๐ญ๐ข๐Ÿงโ€โ™€๏ธ๐Ÿงโ€โ™‚๏ธ

Walaupun kita kini berada dalam fasa hidup bersama COVID-19, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ๐Ÿฅ terus menasihatkan orang ramai agar kekal berwaspada dengan mengamalkan langkah-langkah pencegahan โœ… demi melindungi diri sendiri, keluarga ๐Ÿ‘จโ€๐Ÿ‘ฉโ€๐Ÿ‘งโ€๐Ÿ‘ฆ dan masyarakat sekeliling ๐Ÿ˜๏ธ daripada jangkitan penyakit.

๐Ÿ˜ท Etika batuk dan bersin yang betul merupakan antara amalan penting. Ia adalah langkah mudah tetapi sangat berkesan untuk menguruskan gejala ๐Ÿคง, serta melindungi orang lain daripada risiko penyakit respiratori berjangkit seperti COVID-19 ๐Ÿฆ  dan influenza ๐Ÿ’จ โ€” yang mudah tersebar melalui titisan pernafasan apabila individu batuk atau bersin.

๐Ÿ“ Sehubungan itu, setiap lapisan masyarakat disarankan untuk mengamalkan etika ini secara konsisten, terutama di tempat awam ๐Ÿฌ๐ŸšŒ, bagi mengurangkan risiko penularan.
๐Ÿ’‰ KKM juga menyeru seluruh rakyat Malaysia โ€” dari semua peringkat usia, termasuk bayi dalam kandungan ๐Ÿ‘ถ hingga ke warga emas ๐Ÿ‘ต๐Ÿ‘ด โ€” agar mendapatkan imunisasi atau vaksinasi yang diperlukan di bawah Program Imunisasi Kebangsaan.

๐Ÿ“Œ Perkhidmatan ini disediakan secara PERCUMA sehingga Oktober 2025 di klinik kesihatan kerajaan terpilih ๐Ÿฅ dan boleh diakses melalui:
๐Ÿ“ฒ Tempahan janji temu di aplikasi MySejahtera
๐Ÿšถโ€โ™€๏ธ Walk-in ke klinik terlibat

๐Ÿ“„ Untuk maklumat lanjut dan senarai klinik, sila layari:
๐Ÿ”— https://covid19.moh.gov.my/makluman/senarai-pusat-pemberian-vaksinppv-di-malaysia

#KKMPrihatin #SihatBersama #MalaysiaSihat #MalaysiaMadani
๐ŸŒซ๏ธJerebu merujuk kepada satu fenomena di mana terdapat partikel-partikel yang mengandungi bahan pencemaran yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar.

โ€ผ๏ธJerebu boleh berlaku akibat aktiviti manusia seperti pembakaran terbuka atau proses semulajadi seperti letupan gunung berapi.

Pendedahan kepada jerebu secara berpanjangan akan memberi gejala dan kesan buruk kepada kesihatan orang ramai.

Oleh itu, orang ramai adalah dinasihatkan agar meminimumkan pendedahan kepada jerebu.
Pesanan buat semua pekerja yang mencari rezeki di luar, terus jaga diri semasa jerebu.

โžก๏ธ Sentiasa minum air kosong secukupnya
โžก๏ธ Kurangkan aktiviti di luar
โžก๏ธ Kerap cuci tangan, muka dan mandi
โžก๏ธ Pakai pelitup muka jika perlu keluar

Segera dapatkan rawatan jika tidak sihat.

#MalaysiaSihat
Ada apa dengan Demam Campak (Measles) ?
Sedarkah anda bahawa demam campak bukan biasa-biasa. Ia boleh menjadi mudarat dan menyebabkan komplikasi yang lebih teruk. Anak pada mulanya mungkin hanya batuk dan demam ringan. Beberapa hari kemudian, muncul ruam merah, suhu badan semakin tinggi dan anak mula sukar bernafas. Demam Campak bukan sekadar ruam biasa. Ia boleh menyebabkan pneumonia, keradangan otak malahan kematian.
Patuhi jadual imunisasi anak anda. Imunisasi boleh mengurangkan risiko komplikasi demam campak yang lebih teruk.
#HentikanDemamCampakLindungiAnakKita
Bermula 4 Ogos 2025 sehingga 12 Oktober 2025, Kementerian Kesihatan Malaysia menawarkan pemberian imunisasi measles rubella untuk perlindungan tambahan demam campak dan rubella secara PERCUMA kepada semua kanak-kanak berumur 6 bulan sehingga 59 bulan (kanak-kanak yang lahir antara 1 Ogos 2020 hingga 31 Januari 2025).
Ibu bapa atau penjaga boleh menempah slot melalui aplikasi MySejahtera; atau daftar janji temu di klinik kesihatan KKM; atau walk in ke klinik kesihatan KKM.
Jangan tunggu sehingga mereka dijangkiti, kesihatan anak kebahagiaan ibu bapa.
Bersama kita pastikan anak-anak membesar dalam persekitaran sihat dan ceria. Hentikan demam campak, lindungi anak kita.
#hentikandemamcampaklindungianakkita
#MySejahtera
#KKMPrihatin
Bermula 4 Ogos 2025 sehingga 12 Oktober 2025, Kementerian Kesihatan Malaysia menawarkan pemberian imunisasi measles rubella untuk perlindungan tambahan demam campak dan rubella secara PERCUMA kepada semua kanak-kanak berumur 6 bulan sehingga 59 bulan (kanak-kanak yang lahir antara 1 Ogos 2020 hingga 31 Januari 2025).
Ibu bapa atau penjaga boleh menempah slot melalui aplikasi MySejahtera; atau daftar janji temu di klinik kesihatan KKM; atau walk in ke klinik kesihatan KKM.
#HentikanDemamCampakLindungiAnakKita
#MySejahtera
#KKMPrihatin
๐๐„๐๐†๐€๐Œ๐๐ˆ๐‹๐€๐ ๐’๐€๐Œ๐๐„๐‹ ๐Š๐”๐๐€๐๐† ๐ƒ๐€๐ ๐€๐ˆ๐‘ ๐‹๐€๐”๐“
๐๐€๐†๐ˆ ๐€๐๐€๐‹๐ˆ๐’๐€ ๐Š๐€๐๐ƒ๐”๐๐†๐€๐ ๐๐ˆ๐Ž๐“๐Ž๐—๐ˆ๐ ๐ƒ๐€๐ ๐€๐‹๐†๐€ ๐๐„๐‘๐๐€๐‡๐€๐˜๐€ ๐๐€๐ƒ๐€ ๐Š๐”๐๐€๐๐† ๐๐Ž๐‘๐“ ๐ƒ๐ˆ๐‚๐Š๐’๐Ž๐
,
๐๐Ž๐‘๐“ ๐ƒ๐ˆ๐‚๐Š๐’๐Ž๐, ๐Ÿ๐Ÿ ๐Ž๐†๐Ž๐’ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ“: Pejabat Perikanan Negeri Sembilan telah menjalankan pengambilan sampel kupang dan air laut di 2 lokasi perairan Port Dickson iaitu di Sungai Sekawang dan Kg. Teluk untuk dihantar ke Pusat Biosekuriti Perikanan Kuala Lumpur (PBPKL) bagi tujuan analisa Biotoxin. Persampelan pertama telah dihantar ke PBPKL pada 6 Ogos 2025 dan keputusan menunjukkan parameter ๐‘ท๐’‚๐’“๐’‚๐’๐’š๐’•๐’Š๐’„ ๐‘บ๐’‰๐’†๐’๐’๐’‡๐’Š๐’”๐’‰ ๐‘ท๐’๐’Š๐’”๐’๐’๐’Š๐’๐’ˆ (PSP) melebihi standard yang ditetapkan iaitu 800 ppb. ๐Ÿ˜ฅ
Semua penternak kupang di Port Dickson dinasihati tidak mengutip, menuai dan menjual dwicangkerang kepada orang awam sehinggalah mendapat keputusan rasmi daripada PBPKL seterusnya arahan selanjutnya daripada Jabatan Perikanan Malaysia.๐Ÿ’ช
#jabatanperikanan
Penyakit demam Campak : Lindungi Anak, Lindungi Masa Depan

Dengarkan di Gegar FM pada pukul 8.00 pagi bersama Dr. Zaahirah binti Mohamad, Pakar Perubatan Kesihatan Awam dari Sektor Kesihatan Bayi dan Kanak-Kanak, Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga, KKM

#MalaysiaSihat
Gempa bumi lemah telah berlaku di Johor, Malaysia pada jam 8:59 pagi, 27 Ogos 2025

Koordinat : 2.33ยฐ Utara dan 102.79ยฐ Timur
Magnitud : 3.2
Jarak : 18km Selatan Segamat,Johor
Kedalaman : 10 km

Gegaran dirasai di kebanyakan kawasan di Johor dan Selatan Pahang.
Jabatan Meteorologi Malaysia akan terus memantau keadaan ini.

Mohon tuan/puan yang merasai gegaran akibat gempa bumi ini dapat mengisi borang soalselidik di pautan ini

https://forms.gle/JMGSQhuAKdtwWn2a7

#gempabumiMETMalaysia
#mygempa.met.gov.my
Measles: Cegah sebelum terlambat
Saksikan dalam rancangan Borak SeeNI di astro prima esok pada pukul 11.00 pagi bersama Dr. Wan Abdul Hannan bin Wan Ibadullah, Pakar Perubatan Kesihatan Awam
dari Bahagian Kawalan Penyakit, KKM
#MalaysiaSihat #SihatItuSaya
Kenyataan Akhbar | 21 September 2025
Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak

Kawalan dan Pencegahan : Situasi Kes Rabies Dalam Kalangan Manusia di Sarawak
Jom Cegah Penyakit Demam Campak dan Rubella
Sertai TikTok Live di www.tiktok.com/@myhealthkkm pada pukul 3.00 hingga 4.00 petang esok bersama
Dr. Zaahirah binti Mohammad
Pakar Perubatan Kesihatan Awam
Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga
dan
Puan Rosinah binti Hashim
Penolong Pengarah Kejururawatan
Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga
๐ŸŽฏ Mata kredit CPD turut disediakan!
#MalaysiaSihat #SihatItuSaya