CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia
360K subscribers
28.1K photos
309 videos
240 files
2.06K links
Crisis Preparedness and Response Center, Ministry of Health Malaysia
Download Telegram
Kenyataan Akhbar KPK 27 Oktober 2020 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa pada hari ini, Malaysia mencatatkan bilangan kes pulih COVID-19 sebanyak 674 kes. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 adalah 18,499 kes (64.6 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Sukacita dimaklumkan pada hari ini, negeri Sabah mencatatkan penurunan jumlah kes baharu sebanyak 517 kes (55.8 peratus) iaitu daripada 927 kes kepada 410 kes. Negeri-negeri di Lembah Klang pula mencatatkan 138 kes (16.5 peratus dari jumlah keseluruhan kes). Terdapat penurunan sebanyak 485 kes (95.5 peratus) bagi kes-kes yang berkaitan kluster penjara pada hari ini, iaitu daripada 508 kes kepada 23 kes. Daripada jumlah ini, 15 kes adalah daripada Kluster Tembok; tujuh (7) kes daripada Kluster Penjara Kepayan; dan satu (1) kes daripada Kluster Penjara Reman.

Secara keseluruhannya, sehingga 27 Oktober 2020 pukul 12:00 tengah hari, sebanyak 835 kes baharu telah dilaporkan menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 28,640 kes. Manakala, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 pula adalah 9,903 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Untuk kenyataan penuh, baca lanjut di: https://kpkesihatan.com/2020/10/27/kenyataan-akhbar-kpk-27-oktober-2020-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19-di-malaysia/
COVID-19 kini telah memasuki gelombang ke-3. Pandemik ini mampu menggugat kesejahteraan kesihatan mental.

Klik https://bit.ly/3oveF6Z untuk mendalami isi kandungan yang dikongsikan ini.

Jom selak e-majalah MyHEALTH edisi Oktober 2020 ini yang berfokuskan kepada Kesihatan Mental.

#COVID19
#KitaTeguhKitaMenang
#sihatmilikku
#walkthetalk

https://www.facebook.com/170501559668050/posts/3772470582804445/