CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia
360K subscribers
28.1K photos
309 videos
240 files
2.06K links
Crisis Preparedness and Response Center, Ministry of Health Malaysia
Download Telegram
Selain daripada kluster perayaan dan kluster rentas negeri, negara juga berdepan dengan kluster tempat kerja iaitu sejak gelombang dua dan awal gelombang ketiga lagi.

Sehingga 26 Mei 2021:
- jumlah keseluruhan kluster yang masih aktif adalah 593 kluster;
- jumlah kluster tempat kerja yang masih aktif adalah 233 kluster (39 peratus daripada kluster yang masih aktif) melibatkan 16,785 kes aktif;

Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 yang berkuatkuasa pada 12 Mei 2021, beberapa sekatan dan penutupan sektor telah dibuat termasuk arahan bekerja dari rumah. Arahan bekerja dari rumah telah dinaikkan semasa PKP 3.0 diperketatkan mulai 25 Mei 2021. Setakat ini, sektor ekonomi masih dibenarkan beroperasi.

Jika dibandingkan dengan sebelum pelaksanaan PKP 3.0, terdapat pengurangan bilangan sub-kluster yang dilaporkan setiap minggu bagi sub-kluster:
- Pentadbiran awam
- Pembinaan
- Perkhidmatan

Namun begitu dapat diperhatikan terdapat pula peningkatan bilangan sub-kluster yang dilaporkan setiap minggu bagi sub-kluster Pembuatan (14 kluster dalam seminggu sebelum PKP 3.0, berbanding 21-25 dalam seminggu selepas PKP 3.0).

Oleh itu, KKM menyeru semua pekerja untuk mematuhi SOP di tempat kerja untuk mengurangkan risiko jangkitan di tempat kerja. Majikan juga perlu memainkan peranan penting mereka bagi memastikan segala SOP dipatuhi di tempat kerja.

#LockdownKendiri
#BantuSistemKesihatanNegara
Sehingga 27 Mei 2021: Jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 7,857 kes (541,224 kes)

Pecahan setiap negeri (Kumulatif):
Selangor - 2,675 (177,450)
Sabah - 217 (61,274)
Johor - 549 (56,231)
WPKL - 561 (56,032)
Sarawak - 772 (44,738)
Pulau Pinang - 365 (27,284)
Kelantan - 754 (24,723)
Negeri Sembilan - 353 (24,166)
Perak - 228 (19,490)
Kedah - 441 (17,011)
Melaka - 234 (10,812)
Pahang - 238 (8,649)
Terengganu - 282 (7,957)
WP Labuan - 170 (3,164)
WP Putrajaya - 12 (1,778)
Perlis - 6 (465)

- KPK KKM
Kes positif baharu hari ini (7,857) adalah tertinggi pernah direkodkan.
Pecahan kes baharu (7,857)
Sehingga 25 Mei 2021, trend kes BID kian meningkat dengan kes BID tertinggi harian direkodkan pada 22 Mei 2021 iaitu 10 kes. Kes BID ini merujuk kepada kes kematian di luar hospital dan kematian ini disahkan disebabkan #COVID19 selepas proses bedah siasat. Secara keseluruhan, 93 kes BID telah dilaporkan berbanding 35 kes pada bulan April 2021, peningkatan 165.7%.

#JagaDiriJagaKeluarga