CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia
360K subscribers
28.1K photos
309 videos
240 files
2.06K links
Crisis Preparedness and Response Center, Ministry of Health Malaysia
Download Telegram
Gunakan telur untuk memasak?

Pastikan:

*Telur di basuh dan bersih daripada najis dan kotoran

* Asingkan telur yang di basuh di bekas yang berlainan

*JANGAN guna telur yangtelah rosak dan pecah.Tangan perlu di cuci setelah pecahkan telur dan sebelum mengendalikan makanan.

Sumber: BKKM
𝗝𝗨𝗔𝗗𝗔𝗛 𝗕𝗘𝗥𝗕𝗨𝗞𝗔 '𝗛𝗔𝗨𝗞' 𝗗𝗜 𝗕𝗔𝗭𝗔𝗥 𝗥𝗔𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡

Hampir setiap hari, ada sahaja kisah duka yang dikongsikan netizen mengenai juadah berbuka yang dibeli di Bazar Ramadan.

🤮 Nasi Kerabu Berulat
🤮 Ayam Goreng 'Recycle'
🤮 Ayam Bakar Mentah
🤮 Tepung Pelita Berlendir

Juadah berbuka 'HAUK' ini jika dimakan pasti akan menyebabkan KERACUNAN MAKANAN!

Bagi mengelakkan diri anda dari menjadi mangsa juadah berbuka 'HAUK' ini maka sentiasa amalkan LIHAT, HIDU dan RASA sebelum makan.

👀 LIHAT
Pastikan keadaan fizikal makanan tiada bendasing seperti ulat/rambut dan tidak berlendir, berbuih atau berkulat

👃 HIDU
Pastikan makanan tidak berbau masam, basi atau busuk

👅 RASA
Rasa sedikit dahulu makanan dan pastikan tiada rasa masam atau basi

KESELAMATAN MAKANAN TANGUNGJAWAB BERSAMA

Kredit Berita: Kosmo Online Malaysiagazette Sinar Harian

Sumber: Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan JKN Pulau Pinang
KENYATAAN AKHBAR KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

PENCEMARAN BAKTERIA SALMONELLA TYPHIRIUM DALAM PRODUK COKLAT BERJENAMA KINDER DI PASARAN EROPAH
KENYATAAN MEDIA KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

TARIKH AKHIR DOS 1 PROGRAM IMUNISASI COVID-19 KEBANGSAAN KANAK-KANAK (PICKids)
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Teruk tak kesan sampingan vaksin COVID-19 kepada kanak-kanak?

Jom dengar penjelasan Dr Musa semasa forum awam untuk ibu bapa berkenaan vaksinasi COVID-19 untuk kanak-kanak yang berlangsung pada 13 Mac yang lalu.

Tonton video rakaman penuh forum di sini: https://bit.ly/3KBSGWp
Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian pada 13 hb April 2022 untuk seluruh negara adalah 0.85. Manakala pecahan mengikut negeri adalah seperti di lampiran.

- KPK KKM -
Saksikan Sidang Media Menteri Kesihatan YB Khairy Jamaluddin pada jam 4.00 petang ini, secara langsung di FB KKM.
KKM ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia pada 13 April 2022:

Kes sembuh: 15,893 kes [4,196,656 kes kumulatif (96.4%)];
Kes baharu: 10,052 kes (4,352,611 kes kumulatif);
Kes import: 21 kes [18 warganegara (85.7%); 3 bukan warganegara (14.3%)];
Kes tempatan: 10,031 kes [9,606 warganegara (95.8%); 425 bukan warganegara (4.2%)];
Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 161 kes (63 kes disahkan COVID-19; 98 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan); dan
Kes memerlukan bantuan pernafasan: 99 kes (41 kes disahkan COVID-19; 58 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan).

PERINCIAN KATEGORI KES COVID-19

Daripada 10,052 kes harian yang dilaporkan pada 13 April 2022:

Kategori 1: 5,715 kes (56.85%);
Kategori 2: 4,272 kes (42.50%);
Kategori 3: 31 kes (0.31%);
Kategori 4: 17 kes (0.17%); dan
Kategori 5: 17 kes (0.17%).

Daripada 65 kes COVID-19 kategori 3, 4, dan 5 yang baharu dilaporkan pada 13 April 2022:

21 kes (32.31%) tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi;
18 kes (27.69%) telah menerima dua (2) dos vaksin COVID-19 tetapi belum menerima dos penggalak (booster);
26 kes (40.00%) telah menerima dos penggalak (booster);
33 kes (50.77%) berumur 60 tahun dan ke atas;
36 kes (55.38%) mempunyai komorbid; dan
1 kes (1.54%) ibu mengandung.

https://kpkesihatan.com/2022/04/14/kenyataan-akhbar-kpk-14-april-2022-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19/
APAKAH YANG PERLU DILAKUKAN JIKA ANDA TERBELI MAKANAN YANG SEBEGINI?

✔️ Tidak dimasak dengan sempurna..

✔️ Dikendalikan oleh peniaga premis yang tidak bersih..

✔️ Basi dan telah rosak..

✔️ Dibungkus dengan dawai kokot, paku atau benda tajam..

✔️ Menyebabkan gejala keracunan makanan..

✔️ Mengandungi bendasing seperti telur lipas, atau bahan asing yang mencemar kebersihan makanan..

Sumber: KPDNHEP
SAFE RAMADAN – LINDUNGI KUMPULAN RENTAN

🛒🛍️ Banyak aktiviti melibatkan mobilisasi dan perhimpunan berlaku susulan kelonggaran-kelonggaran yang diberikan semasa fasa peralihan ke endemik disamping persediaan menyambut hari raya yang bakal menjelang.

Sentiasa:

melakukan penilaian risiko kendiri
😷 memakai pelitup muka dengan betul
mengelakkan tempat sesak terutamanya bagi golongan rentan seperti warga emas dan kanak-kanak.

🛡️ Perlindungan terbaik adalah dengan memastikan mereka mengambil vaksin dan dos penggalak bagi warga emas.
Ringkasan kenyataan akhbar mengenai pencemaran bakteria dalam produk coklat berjenama kinder di pasaran eropah.

Sumber: BKKM
Petang ada ke yang pergi bazar ramadan?

Pastikan pilih gerai dan pengendali makanan yang bersih.

Sumber: BKKM
Dos penggalak COVID-19 kedua akan ditawarkan kepada individu berisiko tinggi di Malaysia. Dos penggalak kedua adalah tidak diwajibkan dan status vaksinasi kumpulan individu ini tidak akan terjejas jika mereka tidak mengambil dos penggalak kedua.

Second COVID-19 booster dose will be offered to high-risk individuals in Malaysia. Second booster dose is not compulsory and vaccination status of this group of individuals will not be affected if they did not take the second booster dose