CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia
360K subscribers
28.1K photos
309 videos
240 files
2.06K links
Crisis Preparedness and Response Center, Ministry of Health Malaysia
Download Telegram
Jangkitan Malaria lazimnya berlaku pada populasi monyet melalui gigitan nyamuk Anopheles.

Manusia boleh mendapat jangkitan malaria Zoonotik sekiranya berada berdekatan dengan populasi monyer dan digigit nyamuk Anopheles.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Bermula 1 Mei, mask adalah pilihan di kawasan terbuka tetapi masih digalakkan di tempat yang sesak & juga bagi golongan berisiko tinggi. Berwaspada di Hari Raya ini. Self-test sebelum balik kampung & ziarah-menziarahi.

- Khairy Jamaluddin -
Jom pastikan senarai semak lengkap di tanda sebelum balik kampung.

Pastikan tiada bekas yang boleh menjadi punca pembiakan Aedes
Buang bekas yang boleh menakung air
Bubuh bahan pembunuh jentik-jentik
Tukar air dan sental pasu bunga

Selamat hari raya!

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#caridanmusnah
#sihatmilikku
Cuci tangan selepas bersalaman atau selepas menerima duit raya semasa sambutan Hari Raya Aidilfitri.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#COVID19
#sihatmilikku
Ambil langkah pencegahan dari gigitan nyamuk semasa berada di luar rumah atau di dalam hutan.

Pakai pakaian berlengan panjang dan berseluar panjang, gunakan repelan dan tidur di dalam kelambu jika bermalam di hutan.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#malaria
#sihatmilikku
Bekas pesakit Covid-19 yang mengalami gejala Long Covid disarankan untuk mengelak mengambil sebarang makanan tambahan atau suplemen.

Ini kerana pengambilan suplemen tersebut berupaya membebankan sistem tubuh yang baharu pulih daripada jangkitan.

Penggunaannya juga tidak digalakkan kerana setakat ini tiada ubat-ubatan yang mempunyai bukti klinikal mampu memulihkan Long Covid.

Oleh itu, mereka yang mengalami gejala Long Covid terutamanya masalah kelesuan, disarankan bergerak aktif mengikut keupayaan masing-masing.

---

DR. SYAZATUL SYAKIRIN SIROL AFLAH
Pakar Perubatan Respiratori di Institut Perubatan Respiratori (IPR)

Kredit: Utusan Malaysia
Keadaan rumah yang tertutup dan tidak mempunyai pengudaraan yang baik boleh menyebabkan jangkitan COVID-19.

Pakai pelitup muka dengan betul ketika ziarah menziarahi bagi mengelakkan jangkitan COVID-19.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#COVID19
#sihatmilikku
KENYATAAN MEDIA KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

TANGGUNGJAWAB KERAJAAN, PEMILIK PERNIAGAAN DAN INDIVIDU UNTUK PASTIKAN OPERASI PREMIS PERNIAGAAN BERJALAN LANCAR DAN SELAMAT
🛣️ Sepanjang musim perayaan dan percutian ini, pastikan anda sentiasa berada dalam keadaan tenang ketika pemanduan.

Patuhi had laju dan tidak tergesa-gesa supaya emosi anda tidak mudah terganggu dengan sekeliling yang mungkin boleh menyebabkan anda hilang sabar.

Lakukan "Teknik Pernafasan Dalam" untuk mendapatkan relaksasi dengan menarik nafas dan hembus secara dalam, praktikkan selama beberapa minit sekiranya anda merasa tertekan.

🚗Pastikan juga anda rancang perjalanan sebelum memulakan pemanduan dan berhenti di Kawasan Rehat dan Rawat jika perlu untuk menghirup udara segar sebelum meneruskan perjalanan ke destinasi.

Semoga anda semua selamat tiba ke kampung halaman masing-masing.

🌙Selamat Hari Raya Aidilfitri

#SihatSejahteraSyawal
Dapatkan maklumat yang paling tepat tentang COVID-19 dan vaksin melalui Kementerian Kesihatan Malaysia dan sumber yang boleh dipercayai seperti WHO.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#COVID19
#LindungDiriLindungSemua
#sihatmilikku
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Keluarga Malaysia,

Syawal bakal menjelma..tiba masanya untuk kita meraikan Aidilfitri dengan penuh gembira bersama keluarga tapi janganlah kita leka kerana wabak COVID-19 masih ada disekitar kita.

Ambillah dos penggalak untuk tingkatkan imuniti.

Dapatkan vaksin untuk anak-anak anda.

Kekal amalkan SOP yang telah ditetapkan seperti memakai pelitup muka dan kerap mencuci tangan.

Semoga syawal ini dapat diraikan dengan ceria dan sejahtera.

Selamat Hari Raya Aidilfitri. Bersama kita lindung diri, lindung semua.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#sihatmilikku
Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian pada 29 hb April 2022 untuk seluruh negara adalah 0.65. Manakala pecahan mengikut negeri adalah seperti di lampiran.

- KPK KKM -
In line with new SOP and system transition to cater for the new protocol, travellers who have submitted Pre-Departure Test (PDT) via MySJ will see a "Pending" status on PDT field on 29th and 30th of April 2022.

Remember to bring along a hard copy of your PDT for verification.

#mysejahtera
#mysejahteratrace
#reopeningsafely

Sumber: MySejahtera
🚗 BALIK KAMPUNG, OOOO BALIK KAMPUNG.

• Pastinya anda tidak sabar untuk pulang ke kampung halaman berjumpa yang tersayang di hari raya ini.

Ikuti langkah keselamatan seperti yang dikongsikan sebelum meninggalkan rumah.
Bila semua dah selamat, bolehlah beraya dengan tenang.

🌙Selamat hari raya Aidilfitri.

#SihatSejahteraSyawal
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Dengan penularan varian omicron, kes COVID-19 di Malaysia meningkat dengan jumlah yang berganda. Warga emas ramai dijangkiti dengan bergejala teruk.

Ambil dos penggalak untuk melindungi diri dari komplikasi akibat jangkitan COVID-19.

Lindung diri, lindung semua.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#COVID19
#LindungDiriLindungSemua
#sihatmilikku
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
“I nearly lost my son to COVID-19”.

Puan Annapurny shares her daunting experience of having to watch her son, Siddarth, fight for his life in the ICU after getting diagnosed with MIS-C post COVID-19 infection. She also encourages parents to get their children vaccinated against COVID-19.