CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia
360K subscribers
28.1K photos
309 videos
240 files
2.06K links
Crisis Preparedness and Response Center, Ministry of Health Malaysia
Download Telegram
Tren Demam Denggi masih tinggi?
Adakah anda tahu mengenainya?
√ Penyakit Denggi adalah penyakit jangkitan virus yang disebar melalui gigitan nyamuk Aedes yang telah dijangkiti.
Ketahui risiko demam denggi dan langkah pencegahan Demam Denggi menerusi temubual
Bersama Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Kementerian Kesihatan Malaysia.
Khamis, 30 Jun 2022, 8:15 pagi
Slot Selamat Pagi Malaysia, TV1
Denggi boleh dicegah!
KENYATAAN MEDIA KEMENTERIAN KESIHATAN

MALAYSIA SYOR TERKINI PEMBERIAN DOS TAMBAHAN DAN DOS PENGGALAK VAKSIN COVID-19
KENYATAAN MEDIA KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

SEMAKAN SEMULA TATACARA PENGURUSAN JENAZAH ISLAM DAN BUKAN ISLAM YANG DIJANGKITI COVID-19
Putuskan rantaian jangkitan Influenza-Like-Illness.

Pihak sekolah perlu

Tingkatkan kesedaran semua warga sekolah untuk melapor awal jika bergejala
Pastikan pengudaraan yang baik
Pastikan pembersihan dilakukan secara kerap pada permukaan yang kerap disentuh
Pastikan tandas sentiasa bersih dan sabun disediakan
Sediakan tempat pengasingan bagi pelajar yang bergejala

Lakukan ujian saringan pengesanan COVID-19 kendiri jika bergejala.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#Influenza
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Putuskan rantaian jangkitan Influenza-Like-Illness.

Ibu bapa perlu

Pastikan anak tidak ke sekolah jika bergejala
Ajar anak langkah cuci tangan dengan betul
Didik anak amalan batuk dan bersin dengan betul
Bekalkan pelitup muka secukupnya kepada anak
Bekalkan pensanitasi tangan untuk anak bawa ke sekolah

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#Influenza
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Semua warga sekolah bertanggungjawab dalam memutuskan rantaian jangkitan Influenza-Like-Illness.

Kerap cuci tangan
Amalkan etika batuk dan bersin yang betul
Pakai pelitup muka di tempat tertutup
Buka pintu dan tingkap bilik bagi pengudaraan yang baik
Tidak berkongsi peralatan peribadi
Elakkan pergaulan rapat dengan rakan-rakan sekiranya bergejala

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#Influenza
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Asma dan COVID-19

Pesakit Asma yang mendapat jangkitan COVID-19 didapati mempunyai risiko lebih tinggi untuk mendapat Long COVID dan kawalan asma menjadi kurang baik.

Cegah jangkitan COVID-19. Jangan abaikan langkah pencegahan dan ambil vaksin dan dos penggalak COVID-19 bagi mereka yang layak .

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#COVID19
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Tatacara pengurusan jenazah Islam yang dijangkiti COVID-19 telah disemak semula agar ia relevan dengan situasi semasa.

Ia sejajar dengan Resolusi Mesyuarat Khas Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ketiga Tahun 2021 yang telah bersidang pada 26 Julai 2021.

Jenazah Islam dibenarkan untuk dimandi dan dikapankan dengan mengikuti amalan langkah berjaga-jaga seperti dikongsikan.

KKM tidak menetapkan:

▶️ jumlah waris yang boleh terlibat dalam proses pengebumian jenazah tetapi perlu memakai PPE yang bersesuaian;

▶️ jumlah kehadiran untuk menyaksikan proses pengebumian jenazah tetapi digalakkan memakai pelitup muka dan elakkan dari bersesak-sesak.
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Peningkatan vektor pembawa penyakit seperti lipas, lalat dan tikus semakin berleluasa. Ini kerana sisa pepejal yang tidak diurus dengan baik. Bukan itu sahaja, pencemaran juga semakin meningkat.

Apa yang boleh kita lakukan?

Tonton video ini sehingga habis.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
KENYATAAN MEDIA KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

PEMANSUHAN KEPERLUAN MENGISI PAS PENGEMBARA UNTUK WARGANEGARA MALAYSIA MEMASUKI NEGARA
Kementerian Kesihatan Malaysia membekalkan 3,000 pesakit ubat antiviral Paxlovid sebagai persediaan merawat jemaah haji yang dijangkiti Covid-19 semasa berada di tanah suci. Ubat ini akan dapat membantutkan keparahan jangkitan dan dapat segera memulihkan jemaah untuk melaksanakan ibadat Haji.

-Ketua Pengarah Kesihatan-
Strok haba terjadi apabila suhu badan meningkat melebihi 40C.

Suhu normal badan manusia adalah antara 36.6C hingga 37.2C. Antara tanda-tanda awal terkena strok haba ialah sakit kepala berdenyut, mual, kurang berpeluh walaupun dalam suhu panas & denyutan nadi yg pantas.

Tanda-tanda lain ialah otot lemah & kejang, muntah, kulit kering & kemerahan, sawan serta pitam. Suhu tinggi di tanah suci ketika musim Haji boleh mengundang komplikasi kepada sistem saraf otak menyebabkan seseorang itu sawan, koma & maut. Strok haba akan berlaku jika jemaah Haji lama terdedah dengan suhu panas terutamanya ketika tawaf & juga kurang minum air.

Nasihat kepada semua jemaah haji untuk berhati-hati dan kenal dengan gejala strok haba serta cuba elakkan daripada berlaku strok haba.

Semoga segala usaha ibadah haji kita dipermudahkan InshaAllah.

- KPK KKM -
Berkuat kuasa Isnin, 4 Julai 2022, warganegara Malaysia pulang ke negara ini tidak lagi perlu mengisi dan melengkapkan ciri-ciri (feature) Pas Pengembara (Traveller’s Pass) dalam aplikasi MySejahtera mereka.

Kelonggaran ini bagi memudahkan para warganegara kembali ke Malaysia, di samping keadaan sistem kesihatan kini berada pada tahap yang baik dan memuaskan.

Namun, ciri-ciri Pas Pengembara masih dipaparkan di aplikasi MySejahtera dan ia perlu dilengkapkan oleh para pengembara bukan warganegara Malaysia sebelum memasuki negara ini.