CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia
โœ”
360K subscribers
28.1K photos
309 videos
240 files
2.06K links
Crisis Preparedness and Response Center, Ministry of Health Malaysia
Download Telegram
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Pelakon Zulkifli Ismail pernah menjadi perokok tegar dan kini telah hampir 12 tahun bebas rokok.

Beliau tidak mahu generasi muda mengalami kesan buruk merokok yang pernah dialaminya. Oleh itu beliau menyokong penuh GEG untuk melindungi serta menyelamatkan generasi masa depan.

#ANMS
#KekalSihat
#SayaSokongGEG
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Dapatkan rawatan segera di fasiliti kesihatan jika anda mengalami simptom Demam Denggi.

๐Ÿ‘‰ Demam dan sakit kepala
๐Ÿ‘‰ Sakit otot dan sendi
๐Ÿ‘‰ Ruam merah di kulit
๐Ÿ‘‰ Loya dan muntah
๐Ÿ‘‰ Sakit perut dan cirit-birit

#ANMS
#KekalSihat
#denggi
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
๐Ÿ“ขPERLANJUTAN WAKTU OPERASI KLINIK KESIHATAN TERPILIH

๐Ÿ”บSusulan daripada pengumuman YB Timbalan Menteri Kesihatan bagi pengoperasian klinik kesihatan disekitar Lembah Klang yang dilanjutkan tempoh perkhidmatan sehingga 9:00 malam - 10:00 malam, khususnya bagi rawatan kes harian seperti influenza telah mengesa KKM untuk mengambil tindakan wajar dengan melanjutkan beberapa waktu operasi klinik kesihatan terpilih sebagai tindakan kesiapsiagaan sejak 3 Julai 2022.

๐Ÿ“ขWalaubagaimanapun berdasarkan kepada analisa situasi semasa, antaranya:

1) jenis penularan influenza dalam kalangan komuniti dan
2) Tren jangkitan COVID-19 atau 'Flu' biasa

Justeru, penerangan lanjut mengenai waktu operasi ini telah dirangkumkan seperti yang dikongsikan kepada anda menerusi Slot Selamat Pagi Malaysia, TV 1 yang telah bersiaran pada 4 Ogos 2022 untuk perhatian andaโ—โ—

โœ…Pastikan anda terus mengamalkan pemakaian pelitup muka sekiranya berada di kawasan yang sesak atau sempit kerana ia masih relaven sehingga kini.

Ikuti siaran penuh di link ini

https://m.youtube.com/watch?v=jONCy3hw7vM
๐ŸฉบKesihatan paru-paru adalah merupakan salah satu penyumbang kepada kefungsian respiratori badan kita yang menjadi organ penting dalam sistem pernafasan manusia.

๐Ÿ”บMasa kini, antara gaya hidup individu yang menjadi faktor utama kemerosotan kesihatan paru- paru selain daripada faktor penuaan ialah yang dikaitankan dengan aktiviti sosial lain - "merokok".

๐Ÿ“ŒIkuti penerangan lanjut mengenai KESIHATAN PARU-PARU yang telah siarkan dalam slot Selamat Pagi Malaysia, TV1 pada 4 Ogos 2022 yang lalu untuk pengetahuan kita semua.

โŒJangan racuni diri anda dengan aktiviti merokok
โ™ฅ๏ธSayangi diri anda dan keluargaโ—


Ikuti makluman penuh di pautan ini:

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid02zaJtq9dgBHS23CShLGVT5RzPa6XCw27BsU5KHuobAE5kAxqHwgAmWDAMQSz22VwYl&id=100064560379224
5,950,291 rakyat Malaysia layak menerima manfaat di bawah program PeKa B40 dan daripada jumlah itu lebih 640,000 individu sudah disaring sejak 2019.

ProtectHealth Corporation Sdn. Bhd. (ProtectHealth) menyasarkan menyaring sekurang-kurangnya 200,000 penerima di bawah skim ini untuk tahun 2022.

Sasaran bagi seluruh ini adalah dua kali ganda pencapaian PeKa B40 pada tahun 2021 iaitu sebanyak 101,673 saringan kesihatan percuma.

PEKA B40 mempunyai manfaat alat bantuan perubatan hingga RM20,000 untuk setiap individu selain insentif selesai rawatan kanser RM1,000 dan insentif pengangkutan maksimum RM500 bagi Semenanjung Malaysia dan RM1,000 (Sabah, Sarawak dan Labuan).

Pemeriksaan kesihatan adalah amat penting untuk pengesanan awal penyakit tidak berjangkit yang jika tidak diurus boleh menyebabkan peningkatan penyakit yang akan mengakibatkan kos penjagaan kesihatan yang lebih tinggi bukan sahaja untuk individu itu sendiri tetapi juga kerajaan.

Masih ramai tidak memanfaatkan program PeKA B40 yang disediakan secara percuma kepada penerima bantuan sara hidup kerajaan terutama mereka yang berusia 40 tahun ke atas membabitkan ketua keluarga dan pasangan.

Jalankan tanggungjawab anda untuk menyebarkan maklumat ini kepada semua. Saringan awal dapat menyelamatkan nyawa.

Nak semak kelayakan - https://kelayakan.pekab40.com.my/semakan-kelayakan

Nak cari Klinik Swasta/ Kesihatan yang penerima manfaat boleh check untuk saringan kesihatan PeKa B40 - https://bms.pekab40.com.my/provider

Ini laman web untuk PeKa B40 - https://protecthealth.com.my/ms/peka-b40/

CEO ProtectHealth - Dato' Dr. @Anas Alam Faizli - https://www.facebook.com/aafaizli



https://www.facebook.com/1284211405/posts/pfbid028JWWCbF7KYM2Nht1nBWVaXFHLPnj6BB6jihCfuS4XAtNHp9qDsFDr8dnvSCQniy7l/
Dari 25 Januari 2020 (ME 4/2020) hingga 6 Ogos 2022 (ME 31/2022), situasi terkini COVID-19 adalah seperti berikut:
- Kumulatif kes baharu: 4,705,824;
- Kumulatif kes sembuh: 4,622,915 kes;
- Kumulatif kes kematian: 36,020 kes; dan
- Kumulatif kluster: 7,047 kluster (kluster aktif: 24 kluster).
Perbandingan antara ME 30/2022 dan ME 31/2022:
- Bilangan kes sembuh pada ME 31/2022 menurun sebanyak 7.2 peratus (30,837 kes kepada 28,604 kes) Rajah 7;
- Bilangan kes baharu pada ME 31/2022 meningkat sebanyak 0.8 peratus (28,339 kes kepada 28,554 kes) Rajah 8;
- Bilangan kes tempatan meningkatsebanyak 0.8 peratus (28,286 kes kepada 28,499 kes); dan
- Bilangan kes import meningkatsebanyak 3.8 peratus (53 kes kepada 55 kes).
- Bilangan kes kematian pada ME 31/2022 menunjukkan peningkatan sebanyak 22.4 peratus (49 kes kepada 60 kes) berbanding ME 30/2022; dan
Purata kes aktif setiap hari bagi ME 31/2022 adalah 45,941 iaitu terdapat penurunan sebanyak 2.6 peratus berbanding minggu sebelumnya.

https://kpkesihatan.com/2022/08/08/kenyataan-media-kpk-8-ogos-2022-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-covid-19-di-malaysia-minggu-epidemiologi-30-31-julai-6-ogos-2022/
KKM ingin terus mengingatkan semua individu perlu mengamalkan kaedah TRIIS sebagai kebiasaan baharu semasa fasa โ€˜peralihan ke endemikโ€™ ini.

Lakukan ujian kendiri:
โœ”๏ธ Sekiranya bergejala
โœ”๏ธ Sekiranya mengesyaki telah dijangkiti virus COVID-19
โœ”๏ธ Sebagai saringan untuk langkah berjaga-jaga.
Monkeypox

Sertai TikTok Live di www.tiktok.com/@myhealthkkm esok pada pukul 3.00 petang bersama Dr. Nur Syafinaz Muhammad dari Bahagian Kawalan Penyakit, KKM

#ANMS
#KekalSihat
#monkeypox
#sihatmilikku
Tahukah anda kini vaksin COVID-19 untuk kanak-kanak boleh diperoleh di klinik atau hospital swasta yang mendapat kelulusan kerajaan untuk menawarkan ๐˜ฑ๐˜ณ๐˜ช๐˜ท๐˜ข๐˜ต๐˜ฆ-๐˜ฑ๐˜ถ๐˜ณ๐˜ค๐˜ฉ๐˜ข๐˜ด๐˜ฆ ๐˜ท๐˜ข๐˜ค๐˜ค๐˜ช๐˜ฏ๐˜ข๐˜ต๐˜ช๐˜ฐ๐˜ฏ.

Pastikan harga jualan vaksin tidak melebihi harga maksimum yang telah diwartakan.๐Ÿ˜Š

Sumber: Program Perkhidmatan Farmasi KKM
Maklumanโ•Prosedur pengurusan kontak rapat kepada kes COVID-19.

-------------------

Attentionโ•Procedure for close contacts to COVID-19 cases.
Maklumanโ•Prosedur ujian dan pelepasan untuk kes positif COVID-19 mulai 1 Mei 2022

----------------------

Attentionโ•Test and release procedure for COVID-19 cases from 1 May 2022
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil maklum mengenai isu penarikan balik produk aiskrim berjenama Haagen-Dazs dari pasaran Eropah kerana mengandungi bahan karsinogenik Ethylene Oxide (ETO) berdasarkan laporan notifikasi European Union Rapid Alerts Systems for Food and Feed (EURASAFF). Notifikasi tersebut menyatakan bahawa terdapat penarikan balik produk aiskrim dari negara Perancis yang mengandungi ekstrak vanilla dari negara Madagascar yang dikesan mengandungi ETO melebihi tahap yang dibenarkan. Produk aiskrim tersebut juga telah diedarkan ke beberapa buah negara termasuk Malaysia.

Sejak isu tersebut dilaporkan dan notifikasi diterima oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia pada bulan Julai 2022, tindakan yang sewajarnya telah diambil di mana pihak syarikat yang mengimport telah menarik balik produk aiskrim terlibat di pasaran secara sukarela. Pemantauan yang berterusan juga dilaksanakan bagi memastikan produk terlibat tidak dipasarkan di negara ini.

Ethylene Oxide (ETO) merupakan sebatian gas kimia yang bersifat karsinogenik dan sering digunakan bagi menjalankan fumigasi atau pewasapan untuk membunuh makhluk perosak seperti serangga. Ianya juga digunakan sebagai bahan aktif dalam bahan pencuci tetapi tidak dibenarkan penggunaannya pada permukaan yang bersentuhan makanan.

KKM sentiasa peka dan prihatin terhadap perkara yang boleh mengancam kesihatan pengguna. Sekiranya pengguna masih merasa ragu-ragu akan produk berjenama terlibat yang dijual, pengguna boleh menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah yang terdekat, menyalurkan pertanyaan melalui laman web http://moh.spab.gov.my atau laman facebook Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) http://www.facebook.com/bkkmhq.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATOโ€™ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

11 Ogos 2022

https://kpkesihatan.com/2022/08/11/kenyataan-media-kpk-11-ogos-2022-isu-penarikan-semula-produk-aiskrim-berjenama-haagen-dazs-dari-pasaran-eropah-yang-mengandungi-bahan-ethylene-oxide-eto/
LAWATAN KERJA YB MENTERI KESIHATAN KE INSEKTARIUM JABATAN KESIHATAN NEGERI JOHOR

YB Khairy Jamaluddin bersama kepimpinan tertinggi Kementerian Kesihatan Malaysia melawat insektarium JKN Johor bagi mendengar taklimat mengenai projek wolbachia di Malaysia. Johor telah mula melaksanakan projek wolbachia di PPR Kempas bermula 18 Mei 2022 dalam usaha mengurangkan kes denggi di lokaliti.

#ANMS
#JelajahANMS
#KekalSihat
#sihatmiliฤทku
Jelajah ANMS Johor mendapat sambutan hangat dari warga Johor.

Anda boleh menjadi wira di dalam komuniti dengan mendaftar sebagai ejen MyChampion di booth MyChampion.

Pelbagai cabaran disediakan di zon aktif. Jom cabar diri anda.

Lawati juga zon istimewa di mana pelbagai aktiviti boleh dilakukan bersama anak-anak istimewa.

Yuk ke Tebing @ Bandar Dato' Onn, Johor Bahru. Kami akan berada di sini dari 7.30 pagi hingga 7.00 petang, 12 Ogos - 13 Ogos 2022 (Jumaat & Sabtu)

https://www.facebook.com/myhealthkkm/posts/pfbid02YZFJiZpgggpuNWHVoURDjkSvTuYMujpBQUkLcMXs7GgUMWpkx4rqEugPcXmo2J3tl

#ANMS
#JelajahANMS
#KekalSihat
#sihatmilikku
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
๐™‹๐™š๐™ฃ๐™œ๐™š๐™ข๐™—๐™–๐™ง๐™– ๐™ฎ๐™–๐™ฃ๐™œ ๐™ข๐™š๐™ข๐™–๐™จ๐™ช๐™ ๐™ž ๐™ˆ๐™–๐™ก๐™–๐™ฎ๐™จ๐™ž๐™– ๐—ง๐—œ๐——๐—”๐—ž ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—Ÿ๐—จ ๐—Ÿ๐—”๐—š๐—œ ๐™ข๐™š๐™ฃ๐™œ๐™ž๐™จ๐™ž ๐™™๐™–๐™ฃ ๐™ข๐™š๐™ก๐™š๐™ฃ๐™œ๐™ ๐™–๐™ฅ๐™ ๐™–๐™ฃ ๐™—๐™ค๐™ง๐™–๐™ฃ๐™œ ๐™ฅ๐™ง๐™–-๐™ฅ๐™š๐™ก๐™š๐™ฅ๐™–๐™จ๐™–๐™ฃ ๐™™๐™–๐™ก๐™–๐™ข ๐™–๐™ฅ๐™ก๐™ž๐™ ๐™–๐™จ๐™ž ๐™ˆ๐™ฎ๐™Ž๐™š๐™Ÿ๐™–๐™๐™ฉ๐™š๐™ง๐™– ๐™—๐™š๐™ง๐™ข๐™ช๐™ก๐™– 1 ๐™Š๐™œ๐™ค๐™จ 2022.

๐Ÿ“ฃPemansuhan ini juga bermaksud tiada lagi keperluan untuk menjalani ujian saringan pra-perlepasan, saringan COVID-19 sewaktu ketibaan dan perintah kuarantin tanpa mengira status vaksinasi anda.

๐Ÿ”ธ Kelonggaran ini dibuat sejajar dengan sistem kesihatan kini berada pada tahap yang baik dan terkawal, serta bertujuan memudahkan prosedur kemasukan pengembara ke Malaysia.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
๐˜ฝ๐™š๐™œ๐™ž๐™ฃ๐™ฃ๐™ž๐™ฃ๐™œ 1 ๐˜ผ๐™ช๐™œ๐™ช๐™จ๐™ฉ 2022, ๐™ฉ๐™ง๐™–๐™ซ๐™š๐™ก๐™ก๐™š๐™ง๐™จ ๐™š๐™ฃ๐™ฉ๐™š๐™ง๐™ž๐™ฃ๐™œ ๐™ˆ๐™–๐™ก๐™–๐™ฎ๐™จ๐™ž๐™– ๐™–๐™ง๐™š ๐™ฃ๐™ค ๐™ก๐™ค๐™ฃ๐™œ๐™š๐™ง ๐™ง๐™š๐™ฆ๐™ช๐™ž๐™ง๐™š๐™™ ๐™ฉ๐™ค ๐™›๐™ž๐™ก๐™ก ๐™ž๐™ฃ ๐™–๐™ฃ๐™™ ๐™˜๐™ค๐™ข๐™ฅ๐™ก๐™š๐™ฉ๐™š ๐™ฉ๐™๐™š ๐™‹๐™ง๐™š-๐™™๐™š๐™ฅ๐™–๐™ง๐™ฉ๐™ช๐™ง๐™š ๐™›๐™ค๐™ง๐™ข ๐™ž๐™ฃ ๐™ฉ๐™๐™š ๐™ˆ๐™ฎ๐™Ž๐™š๐™Ÿ๐™–๐™๐™ฉ๐™š๐™ง๐™– ๐™–๐™ฅ๐™ฅ๐™ก๐™ž๐™˜๐™–๐™ฉ๐™ž๐™ค๐™ฃ.

Additionally, travellers are no longer required to undergo pre-departure screening, on-arrival test (OAT), and quarantine orders regardless of vaccination status.

This relaxation is in line with the country's health system is now at a good and controlled level, apart from aiming to facilitate the entry procedures of travelers to this country.
Dari 25 Januari 2020 (ME 4/2020) hingga 13 Ogos 2022 (ME 32/2022), situasi terkini COVID-19 adalah seperti berikut:
Kumulatif kes baharu: 4,732,502;
Kumulatif kes sembuh: 4,651,820 kes;
Kumulatif kes kematian: 36,080 kes; dan
Kumulatif kluster: 7,051 kluster (kluster aktif: 26 kluster).
Perbandingan antara ME 31/2022 dan ME 32/2022:
Bilangan kes sembuh pada ME 32/2022 meningkat sebanyak 1.1 peratus (28,604 kes kepada 28,905 kes) Rajah 6;
Bilangan kes baharu pada ME 32/2022 menurun sebanyak 6.6 peratus (28,554 kes kepada 26,678 kes) Rajah 7;
Bilangan kes tempatan menurunsebanyak 6.5 peratus (28,499 kes kepada 26,656 kes); dan
Bilangan kes import menurunsebanyak 60.0 peratus (55 kes kepada 22 kes).
Bilangan kes kematian pada ME 32/2022 statik sebanyak 60 kes.
Purata kes aktif setiap hari bagi ME 32/2022 adalah 44,706 iaitu terdapat penurunan sebanyak 2.7 peratus berbanding minggu sebelumnya.

Baca kenyataan penuh di https://kpkesihatan.com/2022/08/15/kenyataan-media-kpk-15-ogos-2022-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-covid-19-di-malaysia-minggu-epidemiologi-32-7-julai-13-ogos-2022/