CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia
โœ”
360K subscribers
28.1K photos
309 videos
240 files
2.06K links
Crisis Preparedness and Response Center, Ministry of Health Malaysia
Download Telegram
KENYATAAN MEDIA KKM 14 FEB 2023 -
SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA
MINGGU EPIDEMIOLOGI KE-6 TAHUN 2023
(5 FEBRUARI 2023 โ€“ 11 FEBRUARI 2023)
Untuk makluman penyakit kanser hati (hepatoma) semakin meningkat dan menyebabkan kematian. Tambahan pula kebanyakan kes penyakit kanser hati dikesan pada peringkat yang lewat. Pencegahan Penyakit Hepatitis adalah kaedah & strategi terbaik untuk mengurangkan kes penyakit kanser hati dalam negara.

Kempen saringan & pengesanan dengan ujian diagnostik rapid test kit dan penyediaan rawatan penyakit hepatitis C dengan ubat-ubatan boleh dijalankan di klinik- klinik kesihatan KKM terpilih.

- KPK KKM -
Syok nye cuti sekolah...apa plan yer cuti nanti....tapi kan nak ingatkan sebelum meninggalkan sekolah pastikan tiada tempat2 yang boleh Aedes membiak...jangan kasi can lah....kita putuskan zuriat2 Aedes ni....

#10MINIT
#hapusaedessangatmudah
#CariDanMusnah

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Segera lindungi diri & orang tersayang dengan dapatkan dos penggalak vaksin COVID-19.

Dos penggalak merupakan ikhtiar yang terbaik pada ketika ini untuk mengurangkan gejala teruk jika dijangkiti COVID-19.

Jangan tunggu lagi, jangan percaya berita palsu!

Jom dapatkan segera suntikan dos penggalak anda pada hari ini.

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Segera lindungi diri & orang tersayang dengan dapatkan vaksin COVID-19 serta Dos Penggalak pertama & kedua๐Ÿ’ช๐Ÿ’ช

Layari laman sesawang & ikuti media sosial MyHEALTHKKM untuk maklumat lanjut . Kementerian Kesihatan Malaysia - Portal Myhealth (@myhealthkkm)

#SihatSepanjangHayat #ANMS #MyHEALTHKKM #sihatmilikku

Kredit: Katherine Chin

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
๐Ÿง Ensefalitis adalah keradangan otak yang disebabkan oleh jangkitan atau melalui sistem imun yang menyerang otak.

๐ŸงชDiagnosis dan rawatan awal boleh menyelamatkan nyawa dan mengurangkan komplikasi akibat daripada penyakit.

๐Ÿ“ŒHari Ensefalitis Sedunia disambut pada 22 Februari setiap tahun.

โœ…Bersama meningkatkan kesedaran tentang ensefalitis.
๐ŸฉบApakah itu ensefalitis?
Kami kongsikan jawapannya di sini.

๐Ÿ“ขSesiapa sahaja boleh terkena ensefalitis, tanpa mengira umur, atau jantina.

โ€ผ๏ธJadi segera dapatkan rawatan sekiranya mengalami gejala akut kerana ia boleh menyebabkan komplikasi jangka panjang.

๐Ÿ“ŒSesetengah kumpulan virus penyebab ensefalitis juga boleh dicegah dengan vaksinasi seperti MMR, Japanese encephalitis dan rabies.

๐Ÿง Kawalan vektor seperti nyamuk juga dapat mengelakkan jangkitan.
โ€ผ๏ธSekiranya anda merancang untuk memulakan perjalanan balik kampung atau bercuti semasa cuti persekolahan, pastikan persekitaran rumah anda tidak menjadi tempat pembiakan nyamuk.

๐ŸฆŸDemi memastikan anda terhindar dari gigitan nyamuk Aedes ketika melakukan aktiviti di luar rumah. Pastikan anda memakai pakaian yang menutup anggota badan pada awal pagi dan lewat petang dan menggunakan repelan bagi mengelak gigitan nyamuk.

โ€œDenggi Tidak Mengenal Mangsaโ€
Tiada Aedes, Tiada Denggi, Chikungunya dan Zika
Bulan Februari dah 13 kematian??? Menakutkanlah....geng ayuh lah kita banteras Aedes di persekitaran rumah kita...jangan sampai ahli keluarga kita termasuk dalam senarai kematian akibat denggi....nak hapus Aedes ni tak susah pun geng...hanya ambil masa 10 minit seminggu kita cari dan musnahkan tempat-tempat pembiakan Aedes di dalam dan luar rumah kita...ayuh mulakan hujung minggu ni...

#10MINIT
#CariDanMusnah
#hapusaedessangatmudah
#TiadaAedesTiadaDenggi

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Kenyataan Media KPK 21 Februari 2023 โ€“ Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia Minggu Epidemiologi 6 (12 โ€“ 18 Februari 2023)

1. Secara keseluruhan, jumlah kemasukan pesakit COVID-19 ke fasiliti kesihatan bagi setiap 100,000 penduduk meningkat sebanyak 3.4 peratus pada Minggu Epidemiologi ke-7 tahun 2023 (ME 7/2023) berbanding ME 6/2023.

2. Jumlah kemasukan pesakit COVID-19 ke hospital awam bagi  setiap 100,000 populasi berdasarkan kategori pada ME 7/2023 berbanding ME 6/2023 adalah seperti berikut;
โ€ข Pesakit kategori 1 dan 2, tiada perubahan, kekal pada 0.4 peratus; manakala
โ€ข Pesakit kategori 3, 4, dan 5, menurun sebanyak 20 peratus.

3. Peratus pengisian katil fasiliti COVID-19 pada ME 7/2023 berbanding ME 6/2023 adalah seperti berikut :
โ€ข Katil bukan kritikal, menurun sebanyak 1.0 peratus;
โ€ข Katil Unit Rawatan Rapi (ICU), tiada perubahan, kekal pada 2.0 peratus; dan
โ€ข Peratusan pesakit COVID-19 memerlukan alat bantuan pernafasan (ABP) tiada perubahan, kekal pada 0.2 peratus.

Untuk kenyataan penuh, baca lanjut di: https://kpkesihatan.com/2023/02/21/kenyataan-media-kpk-21-februari-2023-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19-di-malaysia-minggu-epidemiologi-6-12-18-februari-2023/
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Segera lindungi diri & orang tersayang dengan dapatkan vaksin COVID-19 serta Dos Penggalak pertama & kedua.

Layari laman sesawang & ikuti media sosial MyHEALTHKKM untuk maklumat lanjut.

#SihatSepanjangHayat #ANMS #MyHEALTHKKM #sihatmilikku

Kredit : Amsyar Johari

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
๐”๐œ๐š๐ฉ๐š๐ง ๐’๐ž๐ฌ๐ข ๐๐ž๐ง๐ ๐ ๐ฎ๐ฅ๐ฎ๐ง๐ ๐š๐ง ๐๐š๐ ๐ข ๐๐ž๐ซ๐›๐š๐ก๐š๐ฌ๐š๐ง ๐”๐ฌ๐ฎ๐ฅ ๐Œ๐ž๐ง๐ฃ๐ฎ๐ง๐ฃ๐ฎ๐ง๐  ๐Š๐š๐ฌ๐ข๐ก ๐€๐ญ๐š๐ฌ ๐“๐ข๐ญ๐š๐ก ๐ƒ๐ข๐ซ๐š๐ฃ๐š ๐๐š๐ซ๐ฅ๐ข๐ฆ๐ž๐ง ๐ค๐ž-๐Ÿ๐Ÿ“

Bagi menangani masalah kesesakan pesakit di Jabatan Kecemasan, KKM turut melaksanakan pelanjutan waktu operasi selepas waktu pejabat di ๐Ÿ“๐Ÿ ๐›๐ฎ๐š๐ก ๐ค๐ฅ๐ข๐ง๐ข๐ค ๐ค๐ž๐ฌ๐ข๐ก๐š๐ญ๐š๐ง antara 5:00 petang - 9:30 malam pada hari Isnin hingga Jumaat dan pada hari sabtu dari 8:00 pagi hingga 12:00 tengah hari.

Inisiatif ini dijangka dapat mengurangkan kesesakan di Jabatan Kecemasan Hospital, khasnya bagi kategori bukan kritikal yang masih boleh menerima rawatan di Klinik Kesihatan Kerajaan.
Putrajaya, 24 Februari 2023 (Jumaat) - Mesyuarat Focal Point_ ANMS Peringkat KKM telah bersidang dengan jayanya di Bilik Gerakan, KKM. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh YBhg. Datuk Dr Norhayati binti Rusli, Timbalan Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) dan dihadiri oleh pegawai-pegawai kanan KKM.

Agenda mesyuarat ini telah membincangkan beberapa perkara antaranya Halatuju Fasa ke-2 ANMS 2023, Inisiatif Dasar / Polisi / Promosi bagi ANMS dan Pelan Tindakan ANMS 2023.

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku

https://facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid0xut7e6McTUp8141fjwMm27wi4LNYwtZAuQeCzzjNDsXjSMRZg1JVdkLVXWUvpPN2l&id=100068159346549&mibextid=Nif5oz