CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia
✔
360K subscribers
28.1K photos
309 videos
240 files
2.06K links
Crisis Preparedness and Response Center, Ministry of Health Malaysia
Download Telegram
Salam sejahtera semua!

Aplikasi MySejahtera mempunyai beberapa proses pendaftaran untuk memastikan:

1. Aplikasi ini selamat digunakan.
2. Kesahihan maklumat.

Proses pendaftaran adalah seperti berikut:

1. Pendaftaran nombor telefon atau e-mel.
2. Verifikasi nombor telefon atau e-mel melalui OTP.
3. Pengaktifan akaun setelah mendapat sms atau e-mel pengaktifan. Ini akan dilakukan secara berperingkat (penjarakan pengaktifan 😊).

Semua yang mendaftar akan berjaya mengaktifkan akaun mereka.

Harap maklum dan bersabar.

Bersama-sama kita menggunakan aplikasi ini untuk melakukan pemeriksaan kendiri dari masa ke semasa. Bersama kita membanteras COVID19!

- CPRC KKM
Malaysia Sudah Berada Di Fasa Pemulihan, Terima Kasih Semua.

Dunia hari ini melihat Malaysia sebagai model dan rujukan. Malaysia sudah berjaya memasuki fasa pemulihan memerangi Covid19.

Sebab itulah dunia mahu mendengar pengalaman Malaysia. Dunia mahu Malaysia terus berkongsi kisah ini kepada warga dunia yang lain. Maka tidak hairanlah WHO berulang kali menjemput Malaysia berkongsi pengalamannya.

Baru-baru ini YB Menteri Kesihatan, Dato' Sri Dr Adham Baba dijemput untuk berkongsi pengalaman Malaysia bersama
5 negara dengan World Health Organization, WHO iaitu Argentina, Malaysia, Sri Lanka, Seychelles dan UAE.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=145795867053517&id=111858377113933
Ramai sudah bertanya sama ada maklumat peribadi mereka yang dimasukkan dalam aplikasi MySejahtera selamat?

Jawapan kami YA!

Aplikasi MySejahtera dibangunkan untuk menyokong pelaksanaan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 [Akta 342].

Aplikasi ini dimiliki oleh Kerajaan Malaysia dan diuruskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebagai pentadbir aplikasi dengan dibantu oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU). Kerajaan memberi jaminan bahawa maklumat peribadi anda akan hanya digunakan bagi tujuan pemantauan dan pencegahan wabak COVID-19 sahaja.

Maklumat peribadi anda tidak akan dikongsi atau diberikan kepada mana-mana pihak yang lain.
BERITA TERKINI

Negara Brazil mencatatkan kenaikan jumlah kes harian melebihi 4 kali ganda iaitu 65,004 kes berbanding semalam iaitu 15,654 kes dan menjadikan negara ini mempunyai bilangan kes harian yang tertinggi di dunia.

Negara dari Amerika Latin ini juga menduduki tangga kedua selapas negara Amerika Syarikat bagi jumlah kes COVID-19 seluruh negara di dunia.

Kes kesembuhan dunia hampir kepada 47%, negara Malaysia berada di kedudukan ke-51.

- CPRC KKM
Assalamualaikum & Salam Sejahtera rakyat Malaysia yang dikasihi 😊

Ringkasan Kes COVID-19 pada 11 JUN 2020

Kes baharu dilaporkan:
31
Perincian kes baharu:-
--> 11 kes import (11 WN, 0 BWN)
--> 20 kes penularan tempatan (1 WN, 19 BWN)

Jumlah keseluruhan kes dilaporkan di Malaysia:
8,369

Jumlah kes aktif:
1,186

Kes sembuh:
51

Jumlah keseluruhan kes sembuh:
7,065

Jumlah keseluruhan kes di ICU:
5 (Tiada yg memerlukan bantuan alat pernafasan)

Kematian:
0

Jumlah keseluruhan kematian:
118

Nasihat berkaitan COVID-19
1) Elakkan 3S/3C (Sesak, Sempit & Sembang Dekat)
2) Amalkan 3W (Wash, Wear & Warn)
3) Terus patuh kepada S.O.P
4) Muat turun aplikasi MySejahtera untuk membantu usaha Kerajaan memutuskan rantaian jangkitan COVID-19 di Malaysia!

- CPRC KKM