CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia
360K subscribers
28.1K photos
309 videos
240 files
2.06K links
Crisis Preparedness and Response Center, Ministry of Health Malaysia
Download Telegram
KENYATAAN MEDIA BADAN BERTINDAK IMUNISASI COVID-19 PENGGALAK (CITF-B)

PENDAFTARAN SECARA WALK-IN BAGI INDIVIDU YANG LAYAK DOS PENGGALAK ATAU YANG BELUM MENERIMA VAKSIN
Cegah Penyakit Kolera

Dengarkan di asyikfm pada pukul 11.30 pagi bersama Dr. Mohd Hanis Zailani, Pakar Perubatan Kesihatan Awam dari Bahagian Kawalan Penyakit, KKM

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#sihatmilikku
Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian pada 16 hb Nov 2021 untuk seluruh negara adalah 1.04. Manakala pecahan mengikut negeri adalah seperti di lampiran.

- KPK KKM -
Kepada warga Malaysia,

Institut Penyelidikan Tingkahlaku Kesihatan (IPTK), Kementerian Kesihatan Malaysia menjemput anda untuk menyertai satu soal-selidik maya untuk mengetahui tahap pematuhan SOP Norma Baharu dalam kalangan rakyat Malaysia semasa pandemik COVID-19. Ia akan menjadi salah satu rujukan dalam usaha untuk meningkatkan kesedaran masyarakat agar terus mematuhi amalan norma baharu walaupun negara telah beralih ke fasa endemik.

Penyertaan anda adalah sukarela. Semua jawapan dalam soal selidik ini digunakan untuk tujuan kajian dan maklumat peribadi tuan/puan adalah rahsia.

Kerjasama tuan/puan dalam kajian amatlah dihargai dan pihak kami dahului dengan ucapan terima kasih.

Untuk menyertai soal-selidik ini, sila klik pautan di sini:

https://forms.gle/AVnFMh6u68gZS6fJ8

Pihak kami mengalu-alukan anda menjemput ahli keluarga, saudara-mara, kawan-kawan dan rakan sekerja anda untuk menyertai soal-selidik ini.

Sekian, terima kasih.
---
Dear Malaysians,

Institute for Health Behavioural Research (IPTK), Ministry of Health Malaysia would like to invite you to participate in an online survey to know the compliance level of SOP among Malaysian during the COVID-19 pandemic. It will be a key reference in all efforts to improve health promotion strategy in Malaysia.

Your participation is voluntary. All responses are strictly anonymous and no personal details are collected.
To participate, please click the following link:

https://forms.gle/AVnFMh6u68gZS6fJ8

We hope you can forward it to your family, relatives, friends and colleagues to participate in this survey.

Thank you

#COVID19 #COVIDー19 #SARSCoV2 #staysafe #fightcoronavirus💪 #kitajagakita💕

https://forms.gle/AVnFMh6u68gZS6fJ8
Pada 17 November 2021, jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 6,288 kes menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 2,563,153 kes.

Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: https://covidnow.moh.gov.my

Data setiap hari bagi laman COVIDNOW adalah dikemaskini sekaligus selepas tengah malam.
Kenyataan Akhbar KPK 17 November 2021 – Keputusan Mesyuarat Pihak Berkuasa Kawalan Dadah Kali ke-366 Berkenaan Pendaftaran Vaksin COVID-19

Kementerian Kesihatan Kesihatan (KKM) ingin memaklumkan bahawa Mesyuarat Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) kali ke-366 telah bersidang pada hari ini, 17 November 2021.

Mesyuarat telah bersetuju memberikan kelulusan pendaftaran bersyarat bagi COVID-19Vaccine AstraZeneca Solution for Injection bagi pengilang ketiga iaitu SK Bioscience Co., Ltd., South Korea. Pemegang pendaftaran bagi vaksin ini adalah AstraZeneca Sdn. Bhd. PBKD sebelum ini telah memberikan kelulusan pendaftaran bersyarat bagi pengilang pertama iaitu AstraZeneca Nijmegen B.V., Netherlands manakala pengilang kedua adalah Siam Bioscience Co., Ltd., Thailand.

Selain itu, PBKD juga bersetuju memberikan kelulusan bersyarat bagi penggunaan vaksin AstraZeneca dan CoronaVac sebagai dos penggalak kepada individu berusia 18 tahun dan ke atas yang telah menerima vaksin “primary series” dari jenis yang sama (homologous). Dos penggalak bagi vaksin AstraZeneca akan diberikan selepas sela masa 6 bulan daripada penerimaan dos kedua vaksin tersebut manakala bagi vaksin CoronaVac, dos penggalak akan diberikan selepas 3 hingga 6 bulan daripada dos kedua diterima. Pemberian dos penggalak bagi kedua-dua produk vaksin ini kepada kumpulan sasar tertentu akan diperincikan oleh Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 Penggalak (CITF-B) dan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

KKM ingin memaklumkan bahawa kelulusan pendaftaran bersyarat ini memerlukan maklumat kualiti, keselamatan dan keberkesanan produk vaksin tersebut dipantau dan dinilai berdasarkan data-data terkini dari semasa ke semasa. Ia bagi memastikan perbandingan manfaat-risiko (benefit over risk) bagi vaksin tersebut kekal positif.

KKM juga sentiasa komited dalam mempertingkatkan akses kepada produk vaksin COVID-19 di Malaysia, dengan memastikan ia telah dinilai daripada aspek kualiti, keselamatan dan keberkesanan oleh NPRA dan diluluskan oleh PBKD.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM BIN ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN

17 NOVEMBER 2021


https://kpkesihatan.com/2021/11/17/kenyataan-akhbar-kpk-17-november-2021-keputusan-mesyuarat-pihak-berkuasa-kawalan-dadah-kali-ke-366-berkenaan-pendaftaran-vaksin-covid-19/
Pelanjutan Jangka Hayat Produk Vaksin COVID-19 Jenis Coronavac dan Cormirnaty

Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) telah meluluskan permohonan variasi daripada syarikat Pharmaniaga Lifescience Sdn. Bhd. dan Pfizer (Malaysia) Sdn. Bhd. berhubung pengemaskinian tempoh jangka hayat produk bagi vaksin COVID-19, Coronavac Suspension for Injection Covid-19 Vaccine (Vero Cell), Inactivated dan Comirnaty Concentrate for Dispersion for Injection.

Namun begitu, ini tidak bermakna NPRA membenarkan vaksin yang telah tamat jangka hayatnya. Berlandaskan fakta saintifik yang komprehensif, pelanjutan tempoh jangka hayat produk ini telah diberikan berdasarkan data stabiliti terkini yang dikemukakan oleh pihak pengilang. Setelah penilaian dilakukan oleh NPRA, tempoh jangka hayat didapati boleh dilanjutkan.
Berikut adalah cara untuk melaporkan keputusan ujian kendiri COVID-19 anda melalui aplikasi MySejahtera:

1️⃣ Buka aplikasi Mysejahtera

2️⃣ Pilih “Ujian Kendiri COVID-19”

3️⃣ Pilih “Kemas Kini Keputusan Ujian Kendiri”

4️⃣ Isikan butiran (Nombor Telefon, Nama & Emel)

5️⃣ Isikan butiran alamat anda

6️⃣ Pilih tempat kit ujian kendiri diperolehi

7️⃣ Pilih jenis sampel anda

8️⃣ Pilih keputusan ujian anda dan hantar
Bermula 22 November 2021, rujuk protecthealth.com.my untuk senarai PPV yang menyediakan perkhidmatan pendaftaran janji temu dos penggalak dan bagi mereka yang belum menerima vaksin secara walk-in.

#PICKBooster
#LindungDiriLindungSemua

Sumber: JK JAV
Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian pada 17 hb Nov 2021 untuk seluruh negara adalah 1.03. Manakala pecahan mengikut negeri adalah seperti di lampiran.

- KPK KKM -
Kenyataan Akhbar Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Selangor

Situasi semasa COVID-19 dan penggunaan fasiliti Hospital Kerajaan Negeri Selangor.