CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia
360K subscribers
28.1K photos
309 videos
240 files
2.06K links
Crisis Preparedness and Response Center, Ministry of Health Malaysia
Download Telegram
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Minum air kosong secukupnya sepanjang Ramadan.

Air kosong boleh melancarkan penghadaman, membantu penurunan berat badan, mngawal atur suhu badan dan menjadikan badan kekal hidrat dan segar.

Minum air kosong selepas bangun tidur, semasa sahur, semasa berbuka puasa, selepas solat Maghrib, semasa mengambil hidangan berat, selepas solat Isyak, selepas solat terawih dan sebelum tidur bagi mencukupkan pengambilan air kosong 8 gelas sehari semasa Ramadan.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
t.me/sihatmilikbersama
#sihatmilikku
KKM ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia pada 12 April 2022:

Kes sembuh: 16,986 kes [4,180,763 kes kumulatif (96.3%)];
Kes baharu: 9,002 kes (4,342,559 kes kumulatif);
Kes import: 52 kes [50 warganegara (96.2%); 2 bukan warganegara (3.8%)];
Kes tempatan: 8,950 kes [8,562 warganegara (95.7%); 388 bukan warganegara (4.3%)];
Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 151 kes (69 kes disahkan COVID-19; 82 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan); dan
Kes memerlukan bantuan pernafasan: 97 kes (44 kes disahkan COVID-19; 53 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan).

PERINCIAN KATEGORI KES COVID-19

Daripada 9,002 kes harian yang dilaporkan pada 12 April 2022:

Kategori 1: 4,759 kes (52.87%);
Kategori 2: 4,176 kes (46.39%);
Kategori 3: 26 kes (0.29%);
Kategori 4: 20 kes (0.22%); dan
Kategori 5: 21 kes (0.23%).

Daripada 67 kes COVID-19 kategori 3, 4, dan 5 yang baharu dilaporkan pada 12 April 2022:

9 kes (13.43%) tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi;
22 kes (32.84%) telah menerima dua (2) dos vaksin COVID-19 tetapi belum menerima dos penggalak (booster);
36 kes (53.73%) telah menerima dos penggalak (booster);
40 kes (59.70%) berumur 60 tahun dan ke atas dan;
41 kes (61.19%) mempunyai komorbid.

https://kpkesihatan.com/2022/04/13/kenyataan-akhbar-kpk-13-april-2022-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19/
🚭 Sekiranya anda merupakan perokok, jadikan Ramadan ini sebagai titik permulaan untuk BERHENTI MEROKOK. Bulan Ramadan adalah bulan yang paling sesuai untuk perokok berhenti merokok. Dengan berpuasa dan tidak merokok selama lebih kurang 13 jam akan melatih rangsangan otak pada paras nikotin yang rendah.

Gejala penarikan nikotin seperti pening, batuk, perasaan resah dan gangguan tidur mungkin dialami semasa berhenti merokok. Namun ia akan berkurangan dalam masa 3 hingga 14 hari selepas seseorang bebas daripada merokok.

💪 Oleh itu, terus memohon doa dan kuatkan azam anda. Nafas baru Bermula Ramadan. ANDA PASTI MAMPU.

✔️ Sokongan orang di sekeliling juga amat membantu meningkatkan keazaman untuk berhenti merokok.

✔️ Anda juga boleh mendapatkan bantuan perkhidmatan berhenti merokok dengan melayari laman sesawang JomQuit - www.jomquit.com
KENYATAAN MEDIA BAHAGIAN REGULATORI FARMASI NEGARA KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

STATUS LAPORAN KESAN ADVERS SUSULAN IMUNISASI (AEFI) VAKSIN COVID-19 SEHINGGA 8 APRIL 2022
👉 Kit ujian pantas antigen atau Rapid Test Kit Antigen (RTK-Ag) merupakan kit ujian untuk mengesan kehadiran antigen (protein nukleokapsid) pada virus SARS-CoV-2 terhadap orang yang dijangkiti COVID-19.

🌐 Orang awam boleh menyemak senarai jenama kit kendiri yang telah mendapat kelulusan dari pihak MDA di laman MDA: https://www.mda.gov.my/announcement/631-self-test-covid-19-test-kit-for-conditional-approval-approved.html

✔️ Pihak MDA sentiasa memantau keselamatan dan prestasi kit ujian kendiri yang mendapat kelulusan bersyarat dari semasa ke semasa.

Sebarang aduan berkaitan kit ujian COVID-19 boleh dikemukakan kepada MDA di 🌐 laman sesawang: https://femes.mda.gov.my/ atau 📩 emel: mdb@mda.gov.my
Kemas kini tarikh lahir anak atau tanggungan anda di aplikasi MySejahtera dengan segera bagi mendapatkan pautan janji temu kedua anak/tanggungan anda.

_______________________________

Update your child/ dependent’s DOB on the MySejahtera app NOW to get the second dose booking link.

#MySejahtera
#MySejahteraTrace
#Reopeningsafely

Sumber: MySejahtera
Gunakan telur untuk memasak?

Pastikan:

*Telur di basuh dan bersih daripada najis dan kotoran

* Asingkan telur yang di basuh di bekas yang berlainan

*JANGAN guna telur yangtelah rosak dan pecah.Tangan perlu di cuci setelah pecahkan telur dan sebelum mengendalikan makanan.

Sumber: BKKM
𝗝𝗨𝗔𝗗𝗔𝗛 𝗕𝗘𝗥𝗕𝗨𝗞𝗔 '𝗛𝗔𝗨𝗞' 𝗗𝗜 𝗕𝗔𝗭𝗔𝗥 𝗥𝗔𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡

Hampir setiap hari, ada sahaja kisah duka yang dikongsikan netizen mengenai juadah berbuka yang dibeli di Bazar Ramadan.

🤮 Nasi Kerabu Berulat
🤮 Ayam Goreng 'Recycle'
🤮 Ayam Bakar Mentah
🤮 Tepung Pelita Berlendir

Juadah berbuka 'HAUK' ini jika dimakan pasti akan menyebabkan KERACUNAN MAKANAN!

Bagi mengelakkan diri anda dari menjadi mangsa juadah berbuka 'HAUK' ini maka sentiasa amalkan LIHAT, HIDU dan RASA sebelum makan.

👀 LIHAT
Pastikan keadaan fizikal makanan tiada bendasing seperti ulat/rambut dan tidak berlendir, berbuih atau berkulat

👃 HIDU
Pastikan makanan tidak berbau masam, basi atau busuk

👅 RASA
Rasa sedikit dahulu makanan dan pastikan tiada rasa masam atau basi

KESELAMATAN MAKANAN TANGUNGJAWAB BERSAMA

Kredit Berita: Kosmo Online Malaysiagazette Sinar Harian

Sumber: Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan JKN Pulau Pinang
KENYATAAN AKHBAR KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

PENCEMARAN BAKTERIA SALMONELLA TYPHIRIUM DALAM PRODUK COKLAT BERJENAMA KINDER DI PASARAN EROPAH
KENYATAAN MEDIA KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

TARIKH AKHIR DOS 1 PROGRAM IMUNISASI COVID-19 KEBANGSAAN KANAK-KANAK (PICKids)
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Teruk tak kesan sampingan vaksin COVID-19 kepada kanak-kanak?

Jom dengar penjelasan Dr Musa semasa forum awam untuk ibu bapa berkenaan vaksinasi COVID-19 untuk kanak-kanak yang berlangsung pada 13 Mac yang lalu.

Tonton video rakaman penuh forum di sini: https://bit.ly/3KBSGWp
Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian pada 13 hb April 2022 untuk seluruh negara adalah 0.85. Manakala pecahan mengikut negeri adalah seperti di lampiran.

- KPK KKM -