CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia
360K subscribers
28.1K photos
309 videos
240 files
2.06K links
Crisis Preparedness and Response Center, Ministry of Health Malaysia
Download Telegram
Pemakaian pelitup muka masih diwajibkan di dalam bangunan mulai 1 Mei 2022. Walau bagaimanapun, ia adalah pilihan di luar bangunan tetapi digalakkan apabila berada di tempat yang sesak dan untuk individu berisiko tinggi. 😷

Mask-wearing is still mandatory indoors from 1 May 2022. However, it is optional outdoors. It is still encouraged when in crowded places and for high-risk individuals. 😷
Daftar masuk MySejahtera tidak lagi diperlukan untuk memasuki premis mulai 1 Mei 2022. Kemasukan ke premis dibenarkan tanpa mengira status vaksinasi. Walau bagaimanapun, kes positif COVID-19 dan mereka yang berada di bawah HSO masih tidak dibenarkan memasuki premis.

MySejahtera check-in is no longer required to enter premises from 1 May 2022. Entry to premises are permitted regardless of vaccination status. However, COVID-19 positive cases and those under HSO are still not allowed to enter premises.
Kelonggaran SOP COVID-19 mulai 1 Mei 2022

COVID-19 SOP relaxations from 1 May 2022
Minggu Imunisasi Sedunia

Dengarkan di Gegarfm esok pada pukul 8.00 pagi bersama Dr. Jamiatul Aida Md. Sani, Pakar Perubatan Kesihatan Awam dari Bahagian Kawalan Penyakit, KKM

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#sihatmilikku
Although the Ministry of Health no longer advises against “Salam” or handshakes, those performing it should continue to wash their hands frequently and refrain from touching their face thereafter to prevent the spread of Covid-19.

- KPK KKM -
Vaksin adalah selamat kerana ia telah diluluskan oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara berdasarkan piawaian yang ketat.
Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian pada 27 hb April 2022 untuk seluruh negara adalah 0.70. Manakala pecahan mengikut negeri adalah seperti di lampiran.

- KPK KKM -
Mereka yang mempunyai kontak rapat dengan pesakit Tibi dinasihatkan untuk menjalani ujian saringan.

Proses saringan tersebut boleh dijalankan di mana-mana klinik kesihatan.

Mari bersama memainkan peranan dan bersatu membasmi Tibi (Tuberkulosis).

Perkongsian dalam sesi soal jawab semasa webinar sempena Hari Tibi Sedunia 2022 anjuran Institut Perubatan Respiratori.

Moderator: Dr. Mohd Nazaluddin Mat Nazir (Pegawai Perubatan)
Panel 1: Dr. Bazli Bahar (Pakar Perubatan)
Panel 2: En. Muhammad Imran Lailanor (Pegawai Farmasi)

Video: https://www.tiktok.com/@ipredu/video/7091114147269594394?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7060661975726818817
Berikut adalah kategori pekerjaan dan aktiviti rekreasi yang berisiko mendapat jangkitan malaria
KKM ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia pada 27 April 2022:

Kes sembuh: 6,900 kes [4,346,421 kes kumulatif (97.9%)];
Kes baharu: 3,471 kes (4,440,383 kes kumulatif);
Kes import: 10 kes [10 warganegara (100.0%)];
Kes tempatan: 3,461 kes [3,324 warganegara (96.0%); 137 bukan warganegara (4.0%)];
Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 98 kes (56 kes disahkan COVID-19; 42 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan); dan
Kes memerlukan bantuan pernafasan: 63 kes (33 kes disahkan COVID-19; 30 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan).

PERINCIAN KATEGORI KES COVID-19

Daripada 3,471 kes harian yang dilaporkan pada 27 April 2022:

Kategori 1: 1,118 kes (32.21%);
Kategori 2: 2,326 kes (67.01%);
Kategori 3: 11 kes (0.32%);
Kategori 4: 8 kes (0.23%); dan
Kategori 5: 8 kes (0.23%).

Daripada 27 kes COVID-19 kategori 3, 4, dan 5 yang baharu dilaporkan pada 27 April 2022:

5 kes (18.52%) tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi;
13 kes (48.15%) telah menerima dua (2) dos vaksin COVID-19 tetapi belum menerima dos penggalak (booster);
9 kes (33.33%) telah menerima dos penggalak (booster);
13 kes (48.15%) berumur 60 tahun dan ke atas; dan
14 kes (51.85%) mempunyai komorbid.

https://kpkesihatan.com/2022/04/28/kenyataan-akhbar-kpk-28-april-2022-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19/
Hampir sebulan kita berada di dalam fasa Peralihan ke Endemik dan tidak lama lagi kita akan berhari raya.

Pastinya perayaan kali ini akan lebih meriah, kerana sudah lama kita tidak dapat berkumpul bersama kaum keluarga dan sahabat handai. Tentunya banyak majlis rumah terbuka akan diadakan.

Sungguhpun demikian, kita masih lagi perlu mengambil langkah berhati-hati agar kita dapat melalui fasa ini dengan selamat.

✔️ Sentiasa membuat PENILAIAN RISIKO KENDIRI dan AMBIL TINDAKAN YANG BETUL.

🏡 Tuan rumah:

• Sebaiknya majlis di buat di kawasan terbuka (outdoor) untuk pengudaraan yang baik
• Pastikan tetamu memakai pelitup muka sekiranya majlis diadakan di ruang tertutup (indoor)
•Pendekkan masa majlis dan elakkan kesesakan
•Sediakan sanitizer
•Ianya hak anda untuk memastikan hanya yang tidak bergejala menyertai majlis yang anda anjurkan

👨‍👩‍👧‍👦 Tetamu:

• Digalakkan melakukan ujian kendiri sebelum menghadiri majlis terutamanya bila majlis akan turut dihadiri oleh mereka yang berisiko tinggi.
• Pendekkan masa berkumpul
•Berlaku jujur demi keselamatan tetamu lain dengan tidak menghadiri sekiranya anda bergejala.
•Memakai pelitup muka apabila majlis diadakan di ruang tertutup.
Ada yang dah sedia nak pulang ke kampung?

Sebelum pulang ke kampung, pastikan tutup semua bekas menyimpan air dan bubuh bahan pembunuh jentik-jentik. Periksa palong hujan untuk pastikan air tidak bertakung dan buang sampah dengan betul.

Selepas pulang dari kampung, sembur aerosol di dalam rumah terlebih dahulu. Manalah tau ada nyamuk aedes datang beraya.

Ceria di Aidilfitri tanpa Aedes.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#caridanmusnah
#sihatmilikku
Berikut merupakan nombor SMS MySejahtera bagi penghantaran sebarang pautan atau notifikasi seperti pautan lupa kata laluan, janji temu vaksinasi dan sebagainya.

Sila rujuk infografik ini.

___________________________

The following numbers are the MySejahtera SMS numbers used to send any links or notification such as password renewal link, vaccination appointment and others.

Kindly refer to these infographic.

#mysejahtera
#mysejahteratrace
#reopeningsafely