CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia
360K subscribers
28.1K photos
309 videos
240 files
2.06K links
Crisis Preparedness and Response Center, Ministry of Health Malaysia
Download Telegram
Syor Terbahru Pemberian Dos Penggalak Kedua Vaksin COVID-19 bagi golongan dewasa / warga emas 💉

Jom semak senarai PPV yang berdekatan dengan anda di laman web ProtectHealth:

🔗 https://vaksincovid.protecthealth.com.my/find

Temujanji boleh dibuat melalui applikasi MySejahtera!
Influenza disebabkan virus influenza yang menjangkiti saluran pernafasan. Ia boleh menyebabkan gejala jangkitan ringan mahupun serius.

#ANMS
#KekalSihat
#Influenza
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Portal Infosihat berperanan sebagai platform media promosi kesihatan ke arah kesejahteraan mental dan fizikal. Portal ini membolehkan pengguna mengakses dan memuat turun pelbagai jenis bahan media seperti e-majalah, laporan dan bahan promosi & pendidikan kesihatan. Selain itu, portal ini juga bertindak sebagai pemudahcara kepada ejen kesihatan komuniti, MyChampion.

Klik www.infosihat.gov.my untuk maklumat kesihatan yang tepat dan sahih.

#ANMS
#KekalSihat
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Adakah anda

➡️ Demam
➡️ Batuk
➡️ Selesema
➡️ Sakit Tekak
➡️ Sakit otot dan sendi

Anda mungkin mengalami jangkitan COVID-19 atau Influenza.

Dapatkan rawatan jika gejala bertambah teruk. Golongan berisiko tinggi juga dinasihatkan untuk mendapat penilaian perubatan awal di fasiliti kesihatan.

#ANMS
#KekalSihat
#COVID19
#Influenza
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
📢 Influenza merupakan penyakit yang disebabkan oleh virus influenza yang menjangkiti salur pernafasan. Ia boleh menyebabkan gejala jangkitan yang ringan mahupun serius.

😷 Virus Influenza merebak dari seorang individu yang dijangkiti kepada seorang individu yang lain melalui titisan salur pernafasan (respiratory droplets) apabila bercakap, batuk atau bersin. Titisan ini boleh mencemari permukaan dan menyebabkan jangkitan kepada individu yang menyentuh permukaan tersebut.

#ANMS
#KekalSihat
#Influenza
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Kemas kini butiran peribadi anda di MySejahtera (seperti tarikh lahir) bagi memastikan ciri-ciri di MySejahtera dapat digunakan.

Muat turun MySejahtera versi 2.0 sekarang!

Sila rujuk infografik ini untuk maklumat lebih lanjut.

________________________

Update your personal details on MySejahtera (such as date of birth) to ensure the features on MySejahtera are available to you.

Download MySejahtera version 2.0 now!

Please refer to this infographic for more information.

#MySejahtera
#MySejahtera2.0
#ReopeningSafely

Sumber: MySejahtera
Secara kebiasaannya gejala Influenza bermula 1 atau 2 hari selepas dijangkiti.

#ANMS
#KekalSihat
#Influenza
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Vape adalah peranti elektronik yang mengeluarkan wap melalui proses pemanasan apabila pengguna menyedutnya.

VAPE memberi kesan kemudaratan kesihatan kepada penggunanya.

Buat pilihan bijak. Sayangi diri anda.
Rokok termasuk rokok elektronik dan vape mengandungi bahan beracun dan karsinogen.

Ia boleh menyebabkan penyakit termasuklah penyakit kanser kepada bukan sahaja penggunanya tetapi juga kepada orang yang berada di sekelilingnya.

Ambil tanggungjawab ini. Lindungi anak-anak kita daripada pengaruh rokok dan vape.
Influenza merebak dari seorang individu yang dijangkiti kepada seorang infividu yang lain melalui titisan salur pernafasan.

#ANMS
#KekalSihat
#Influenza
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Pautan tempahan janji temu dos penggalak kedua COVID-19 telah dibuka kepada mereka yang layak.
Ikuti langkah ini untuk menggunakan pautan tersebut.

Bagi mereka yang telah mengemas kini aplikasi ke versi yang terbaru dan butiran peribadi, anda boleh terus ke langkah yang ketiga seperti di infografik ini.

_________________________

The appointment booking link for the second COVID-19 booster dose has been released to those who are eligible.
Follow these steps to access the booking link.

For those who have updated the app to the latest version and personal details, you can proceed to the third step as shown in this infographic.

#MySejahtera
#MySejahtera2.0
#ReopeningSafely

Sumber: MySejahtera
Berikut merupakan golongan yang berisiko tinggi mendapat jangkitan Influenza.

#ANMS
#KekalSihat
#Influenza
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Salah satu dari pilihan rawatan Influenza adalah dengan menggunakan ubat anti-viral.

Rawatan segera adalah amat penting bagi mengelakkan komplikasi penyakit.

#ANMS
#KekalSihat
#Influenza
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Jangkitan Influenza boleh dicegah dengan mendapatkan vaksinasi secara tahunan.

Selain daripada mendapatkan vaksin Influenza, amalkan langkah-langkah pencegahan seperti kerap membasuh tangan, pakai pelitup muka dan elak mengunjungi tempat tumpuan ramai jika bergejala.

#ANMS
#KekalSihat
#Influenza
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Hepatitis B boleh dicegah dengan

☑️ Imunisasi Hepatitis B.
⛔️ Jangan berkongsi perkakas peribadi yang berkemungkinan dicemari darah
⛔️ Jangan bertatu atau bertindik
☑️ Gunakan sarung tangan apabila mengendalikan kerja yang terdedah kepada darah dan cecair badan manusia

Dapatkan ujian saringan Hepatitis sekiranya anda berisiko mendapat jangkitan.

#ANMS
#KekalSihat
#hepatitis
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Dari 25 Januari 2020 (ME 4/2020) hingga 23 Julai 2022 (ME 29/2022), situasi terkini COVID-19 adalah seperti berikut:

Kumulatif kes baharu: 4,648,931;
Kumulatif kes sembuh: 4,563,474 kes;
Kumulatif kes kematian: 35,911 kes; dan
Kumulatif kluster: 7,030 kluster (kluster aktif: 15 kluster).

Perbandingan antara ME 28/2022 dan ME 29/2022:
- Bilangan kes sembuh pada ME 29/2022 meningkat sebanyak 18.9 peratus (19,138 kes kepada 22,757 kes);
- Bilangan kes baharu pada ME 29/2022 meningkat sebanyak 13.5 peratus (26,335 kes kepada 29,886 kes);
- Bilangan kes tempatan meningkatsebanyak 13.5 peratus (26,317 kes kepada 29,858 kes); dan
- Bilangan kes import menurunsebanyak 26.3 peratus (38 kes kepada 28 kes).
- Bilangan kes kematian pada ME 29/2022 menunjukkan peningkatan sebanyak 61.5 peratus (39 kes kepada 63 kes) berbanding ME 28/2022; dan
- Purata kes aktif setiap hari bagi ME 29/2022 adalah 45,542 iaitu terdapat peningkatan sebanyak 19.5 peratus berbanding minggu sebelumnya.

https://kpkesihatan.com/2022/07/25/kenyataan-akhbar-kpk-25-julai-2022-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19-di-malaysia-minggu-epidemiologi-29-17-23-julai-2022/
Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengumumkan bahawa jangkitan cacar monyet (monkeypox) sebagai Kejadian Kecemasan Kesihatan Awam Yang Menjadi Kebimbangan Antarabangsa (Public Health Emergency Of International Concern (PHEIC).

Keputusan ini dibuat berdasarkan:
1️⃣ Peningkatan mendadak jumlah kes yang dilaporkan oleh negara-negara bukan endemik monkeypox;
2️⃣ Wabak ini telah memenuhi tiga (3) kriteria PHEIC iaitu kesan kejadian kepada kesihatan awam, kejadian luar jangka dan risiko
penularan rentas sempadan; dan
3️⃣ Bukti dan data saintifik berkaitan jangkitan ini

Pengembara-pengembara yang tiba dari negara-negara terbabit, dinasihatkan memantau status kesihatan kendiri setiap hari termasuk gejala jangkitan monkeypox untuk tempoh selama 21 hari dari tarikh ketibaan di Malaysia.

KKM juga menyeru individu yang mempunyai gejala monkeypox untuk segera ke fasiliti kesihatan untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut. Elakkan dari kontak dengan orang lain bagi mengelakkan penularan jangkitan.
KENYATAAN MEDIA MENTERI KESIHATAN MALAYSIA 25 JULAI 2022

PENGISYTIHARAN JANGKITAN MONKEYPOX SEBAGAI PUBLIC HEALTH EMERGENCY OF INTERNATIONAL CONCERN (PHEIC) OLEH WHO DAN KESIAPSIAGAAN KKM MENGHADAPI KEMUNGKINAN JANGKITAN MONKEYPOX DALAM NEGARA