CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia
360K subscribers
28.1K photos
309 videos
240 files
2.06K links
Crisis Preparedness and Response Center, Ministry of Health Malaysia
Download Telegram
Apakah tujuan pelaksanaan peruntukan generasi penamat (GEG) dalam RUU Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022

Cadangan pelaksanaan peruntukan ini adalah untuk melindungi generasi muda di Malaysia daripada terjebak dengan amalan merokok dan menjadi mangsa ketagihan produk merokok apabila mereka dewasa, serta mengurangkan peratus perokok di Malaysia iaitu kurang daripada 5% menjelang 2040.

"Ini masa yang sesuai untuk menutup sepenuhnya pintu merokok kepada anak muda di Malaysia” YB Khairy Jamaluddin, Menteri Kesihatan.

#SayaSokongGEG
KENYATAAN MEDIA KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

PEMANSUHAN KEPERLUAN MENGISI KAD PENGEMBARA UNTUK SEMUA PENGEMBARA MEMASUKI NEGARA
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
No criminal record or jail term for #GEG offenders. - Khairy Jamaluddin
Buat pilihan bijak.

Katakan TIDAK kepada VAPE.
Sayangi kesihatan anda dan individu di sekeliling anda.
Rokok difatwakan haram sejak 1995. Vape dan e-cigarette difatwakan haram sejak 2015.
Beri sokongan penuh kepada KKM. Kita mulakan dari generasi muda dan anak-anak.

P/S : Arak tak perlu fatwa kerana jelas disebut dalam Al-Quran sebagaimana judi

-Ketua Pengarah Kesihatan-
RUU Generational End Game (GEG)
Tuan Puan,

Melihat kes-kes yang kaki hitam gangrene ni memang dah teramat biasa bagi saya, Kini semakin ramai yang berusia muda dipotong kaki mereka kerana bekalan darah yang tidak bagus akibat merokok dan kencing manis.

Minggu lepas ada seorang berusia 45 dan dan seorang 47 tahun. Kedua-duanya telah meninggal dunia.

Saya lihat sendiri pesakit saya berusia 30-an, perokok yang tidak boleh baring kerana sesak nafas. Sel-sel kanser telah merebak ke seluruh paru-paru beliau.

Nak tidur pun perlu sambil duduk. Sentiasa perlukan oksigen. Pesakit ni dah meninggal dah.

Kes lelaki muda datang ke hospital kerana sakit dada pun sudah tidak pelik sekarang. Terlalu ramai. Ada yang 20an dan 30an. Bila diperiksa, saluran jantung koronari tersumbat.

Satu perkara yang serupa buat ketiga-tiga kes ialah mereka semua adalah perokok tegar sejak usia muda. Rang Undang-undang Generational End Game (GEG) telah dibentangkan kali pertama. Bacaan kedua akan dibuat pada Isnin sebelum pengundian pada Selasa.

Saya nampak ada resistant di kalangan ahli Dewan Rakyat dan juga sebilangan warga kesihatan sendiri.

Secara peribadi, saya berharap sangat RUU GEG ini diluluskan.

Pilihanraya dah dekat, Jika tidak diluluskan kali ini, Kita tidak tahu bila pula kita akan ada seorang Menteri Kesihatan yang bersungguh-sungguh yang membawa isu ini. Usahlah jadikan ia isu politik.

Fikirkan masa depan anak-anak dan cucu-cucu kita. Jika ada penambahbaikan dari segi pelaksaan nanti, itu kita boleh kemaskinikan.

Terlalu ramai yg hadapi masalah kesihatan & meninggal awal (premature death) akibat komplikasi rokok!
Let’s get this bill passed!

Dr. Mahyuddin
https://twitter.com/DrMahyuddin/status/1553320824761090049?t=nKacg2htmXepa2EofVk6iw&s=19

#GEG
#sayasokongGEG
Suara Manjoriti Rakyat Malaysia mahukan "Generasi Bebas Rokok". TOLONGLAH. Apa lagi nak tunggu...
#GEG https://t.co/Vti1EvwqNr
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
30 Julai - RUU Kawalan Tembakau, Rokok dilaksana secara berperingkat, tiada kesan kepada industri runcit.

'Yang sahih di Berita RTM'
#RTM #BeritaRTM #KeluargaMalaysia https://t.co/V1197gsnFP
Inisiatif Generational End Game oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Sokongan padu diperlukan supaya *Rang Undang-undang Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022* diluluskan oleh sidang Parlimen kali ini.

Hasrat Kementerian Kesihatan Malaysia adalah supaya individu yang lahir pada tahun 2007 dan selepasnya menjadi generasi penamat dan *HIDUP SIHAT TANPA ROKOK.*

Terima kasih
👆"GENERASI PENAMAT BEBAS ROKOK'' BERSAMA DR KHAIRONISAK HARON PAKAR PERUBATAN KESIHATAN AWAM, KETUA PENOLONG PENGARAH KANAN , UNIT KAWALAN PENYAKIT TIDAK BERJANGKIT, JABATAN KESIHATAN NEGERI PERLIS
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
*DENGARKAN SUARA GEG*

Mahukah kita jadikan anak-anak generasi akan datang Malaysia sebagai mangsa *KETAGIHAN PRODUK MEROKOK*.

Ayuh semua...sokong RUU Tembakau dan GEG. Bantu sebarkan video kesedaran ini sebagai tanda sokongan anda melalui platform media sosial anda dengan _caption_ *SAYASokongGEG*