CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia
360K subscribers
28.1K photos
309 videos
240 files
2.06K links
Crisis Preparedness and Response Center, Ministry of Health Malaysia
Download Telegram
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
No criminal record or jail term for #GEG offenders. - Khairy Jamaluddin
Buat pilihan bijak.

Katakan TIDAK kepada VAPE.
Sayangi kesihatan anda dan individu di sekeliling anda.
Rokok difatwakan haram sejak 1995. Vape dan e-cigarette difatwakan haram sejak 2015.
Beri sokongan penuh kepada KKM. Kita mulakan dari generasi muda dan anak-anak.

P/S : Arak tak perlu fatwa kerana jelas disebut dalam Al-Quran sebagaimana judi

-Ketua Pengarah Kesihatan-
RUU Generational End Game (GEG)
Tuan Puan,

Melihat kes-kes yang kaki hitam gangrene ni memang dah teramat biasa bagi saya, Kini semakin ramai yang berusia muda dipotong kaki mereka kerana bekalan darah yang tidak bagus akibat merokok dan kencing manis.

Minggu lepas ada seorang berusia 45 dan dan seorang 47 tahun. Kedua-duanya telah meninggal dunia.

Saya lihat sendiri pesakit saya berusia 30-an, perokok yang tidak boleh baring kerana sesak nafas. Sel-sel kanser telah merebak ke seluruh paru-paru beliau.

Nak tidur pun perlu sambil duduk. Sentiasa perlukan oksigen. Pesakit ni dah meninggal dah.

Kes lelaki muda datang ke hospital kerana sakit dada pun sudah tidak pelik sekarang. Terlalu ramai. Ada yang 20an dan 30an. Bila diperiksa, saluran jantung koronari tersumbat.

Satu perkara yang serupa buat ketiga-tiga kes ialah mereka semua adalah perokok tegar sejak usia muda. Rang Undang-undang Generational End Game (GEG) telah dibentangkan kali pertama. Bacaan kedua akan dibuat pada Isnin sebelum pengundian pada Selasa.

Saya nampak ada resistant di kalangan ahli Dewan Rakyat dan juga sebilangan warga kesihatan sendiri.

Secara peribadi, saya berharap sangat RUU GEG ini diluluskan.

Pilihanraya dah dekat, Jika tidak diluluskan kali ini, Kita tidak tahu bila pula kita akan ada seorang Menteri Kesihatan yang bersungguh-sungguh yang membawa isu ini. Usahlah jadikan ia isu politik.

Fikirkan masa depan anak-anak dan cucu-cucu kita. Jika ada penambahbaikan dari segi pelaksaan nanti, itu kita boleh kemaskinikan.

Terlalu ramai yg hadapi masalah kesihatan & meninggal awal (premature death) akibat komplikasi rokok!
Let’s get this bill passed!

Dr. Mahyuddin
https://twitter.com/DrMahyuddin/status/1553320824761090049?t=nKacg2htmXepa2EofVk6iw&s=19

#GEG
#sayasokongGEG
Suara Manjoriti Rakyat Malaysia mahukan "Generasi Bebas Rokok". TOLONGLAH. Apa lagi nak tunggu...
#GEG https://t.co/Vti1EvwqNr
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
30 Julai - RUU Kawalan Tembakau, Rokok dilaksana secara berperingkat, tiada kesan kepada industri runcit.

'Yang sahih di Berita RTM'
#RTM #BeritaRTM #KeluargaMalaysia https://t.co/V1197gsnFP
Inisiatif Generational End Game oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Sokongan padu diperlukan supaya *Rang Undang-undang Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022* diluluskan oleh sidang Parlimen kali ini.

Hasrat Kementerian Kesihatan Malaysia adalah supaya individu yang lahir pada tahun 2007 dan selepasnya menjadi generasi penamat dan *HIDUP SIHAT TANPA ROKOK.*

Terima kasih
👆"GENERASI PENAMAT BEBAS ROKOK'' BERSAMA DR KHAIRONISAK HARON PAKAR PERUBATAN KESIHATAN AWAM, KETUA PENOLONG PENGARAH KANAN , UNIT KAWALAN PENYAKIT TIDAK BERJANGKIT, JABATAN KESIHATAN NEGERI PERLIS
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
*DENGARKAN SUARA GEG*

Mahukah kita jadikan anak-anak generasi akan datang Malaysia sebagai mangsa *KETAGIHAN PRODUK MEROKOK*.

Ayuh semua...sokong RUU Tembakau dan GEG. Bantu sebarkan video kesedaran ini sebagai tanda sokongan anda melalui platform media sosial anda dengan _caption_ *SAYASokongGEG*
*PERNYATAAN SOKONGAN KEPADA PEMBENTANGAN RANG UNDANG-UNDANG KAWALAN PRODUK TEMBAKAU DAN MEROKOK 2022 OLEH MENTERI KESIHATAN*

Merujuk kepada Rang Undang-undang Kawalan Poduk Tembakau dan Merokok 2022 yang telah dibentangkan oleh Menteri Kesihatan pada 29hb. Julai 2022. Majlis Presiden bagi Persatuan dan Kesatuan yang terdiri daripada Kesatuan Inspektor Kesihatan Semenanjung Malaysia ( KIKSM), Kesatuan penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Sabah (KPPKPS), Kesatuan Inspektor Kesihatan Sarawak (KIKS), Persatuan Pegawai Kesihatan Persekitaran Malaysia (EHOM) dan Persatuan Kesihatan Environmen Malaysia (MAEH). Dengan ini menyatakan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada Menteri Kesihatan Malaysia, YB Khairy Jamaluddin atas pembentangan tersebut.

Sebagai Pegawai yang dilantik untuk melaksanakan Penguatkuasaan akta tersebut. Pegawai Kesihatan Persekitaran dan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran yang bertugas di Kementerian Kesihatan Malaysia serta jabatan lain di bawah kerajaan tempatan adalah berpengalaman dan mahir kerana telah melaksanakan tugasan ini semenjak dari pengujudan Peraturan-peratuan Kawalan Hasil Tembakau 2004 lagi. Dengan itu kami berjanji untuk melaksanakan tanggungjawab tersebut dengan penuh rasa tanggungjawab dan bersungguh-sungguh untuk memenuhi aspirasi pihak Kementerian Kesihatan Malaysia untuk mencapai Generational End Game bagi produk tembakau demi kesihatan rakyat Malaysia.

Pihak kami juga percaya Kementerian Kesihatan Malaysia akan melaksanakan aktiviti pengukuhan kemahiran dan pengetahuan pegawai-pegawai yang akan dilantik bagi melaksanakan tugasan ini melalui latihan dan kursus berkaitan dari masa ke semasa. Pihak Majlis Presiden akan membantu pihak Kementerian Kesihatan dalam usaha ini agar penguatkuasaan yang dilaksanakan dapat memenuhi semua keperluan perundangan dan norma antarabangsa, terutama yang melibatkan penguatkuasaan ke atas kanak-kanak.

Pihak Majlis Presiden sekali lagi ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Menteri Kesihatan Malaysia atas pembentangan Rang Undang-undang ini.


Kesatuan Inspektor Kesihatan Semenanjung Malaysia (KIKSM),
Kesatuan penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Sabah (KPPKPS),
Kesatuan Inspektor Kesihatan Sarawak (KIKS),
Persatuan Pegawai Kesihatan Persekitaran Malaysia (EHOM)
Persatuan Kesihatan Environmen Malaysia (MAEH).
Beware! COVID-19 is Still Out There

Tune in to Traxxfm tomorrow at 11.15 am with Dr. Mohd Ihsani Mahmood from Division of Disease Control, MOH.

#ANMS
#KekalSihat
#COVID19
#sihatmilikku
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Wira Negara ❤️
Tahniah Team Birmingham💪

Pemenang Pingat Emas, Acara Angkat Berat, Sukan Komanwell turut bersama KKM dalam menyokong Generational Endgame. #GEG

💯Pastikan anak cucu kita tidak lagi terjebak dalam aktiviti merokok seawal usia remaja.

Ayuh kita mulakan usaha ini untuk generasi yang lahir pada 1 Januari 2007 sebagai generasi penamat.

#SayaSokongGEG