CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia
360K subscribers
28.1K photos
309 videos
240 files
2.06K links
Crisis Preparedness and Response Center, Ministry of Health Malaysia
Download Telegram
YB Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa telah hadir memberi taklimat berkenaan Rang Undang-Undang Baharu Bagi Kawalan Produk Merokok untuk Ahli-Ahli Parlimen di Dewan Bankuet, Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur hari ini.

Seramai 42 Ahli Dewan Rakyat dan 15 Ahli Dewan Negara telah menghadiri sesi taklimat ini.

Pelbagai pandangan dan pendapat telah dikongsikan oleh mereka yang hadir pada hari ini berhubung Rang Undang-Undang baharu yang bakal dibentangkan di Parlimen tidak lama lagi.

Berita lanjut:
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid0S6iVnWLCEW1TC45nHgUFbvYEK9oaMPTkutRr6XMKTMbJfsvESD3zVYK8yvbzVhTHl&id=100064560379224&mibextid=Nif5oz
YB Dr. Zaliha Mustafa, Menteri Kesihatan telah memberikan taklimat berkenaan Rang Undang-Undang Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 untuk para pengamal media  selepas mengadakan taklimat  bersama Ahli-ahli Parlimen pada sesi pagi di Dewan Bankuet, Parlimen.

Taklimat yang diadakan ini adalah untuk memaklumkan kepada pengamal media mengenai intipati RUU yang akan melalui Bacaan Pertama di Parlimen pada 12 Jun 2023 (Isnin).

Seramai hampir 40 orang pengamal media yang telah hadir pada sesi taklimat ini bagi mendapatkan maklumat terperinci mengenai RUU melalui pembentangan dan sesi soal jawab yang diadakan.


Berita lanjut:
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid028AALPVxV8opE9zdMD2LtMmERhNzo91dYQj4XvC1Z73bzBr6EhEQu6zHvNKU1zkQ4l&id=100064560379224&mibextid=Nif5oz
Telur nyamuk hanya mengambil masa 7 hari untuk bertukar menjadi nyamuk dewasa.

Aedes membunuh! Musnahkan tempat pembiakan nyamuk Aedes.

#ANMS #KekalSihat #OneHourMalaysiaCleanUp #GotongRoyongMegaOnePointZero #TiadaAedesTiadaDenggi #JomKitarSemula #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Hari Keselamatan Makanan Sedunia 2023

Dengarkan di asyikfm esok pada pukul 11.30 pagi bersama Puan Ruhana binti Abdul Latif, ketua Penolong Pengarah dari Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, KKM.

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku
Kepentingan Pengambilan Vaksin untuk Jemaah Haji

Saksikan menerusi FB Live TV Alhijrah esok pada pukul 3.00 petang bersama Dr. Azah binti Abdul Samad, Pakar Perubatan Keluarga dari Klinik Kesihatan Seksyen 7, Shah Alam.

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku