CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia
360K subscribers
28.1K photos
309 videos
240 files
2.06K links
Crisis Preparedness and Response Center, Ministry of Health Malaysia
Download Telegram
Influenza Kembali Menular

Dengarkan di Zayan FM esok pada pukul 9.00 pagi bersama Dr. Aznida binti Mohamad Zaki, Pakar Perubatan Kesihatan Awam dari Bahagian Kawalan Penyakit, KKM

#MalaysiaSihat #SihatItuSaya
Influenza Kembali Menular
Dengarkan di Gegar FM esok pada pukul 8.00 hingga 9.00 pagi bersama Dr. Mohd Ihsani bin Mahmood, Pakar Perubatan Kesihatan Awam dari Bahagian Kawalan Penyakit, KKM
#MalaysiaSihat #SihatItuSaya
Influenza merebak melalui titisan pernafasan serta sentuhan langsung dengan pesakit atau permukaan tercemar.
#MalaysiaSihat
Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Dr Aznida Mohamad Zaki berkata masyarakat perlu lebih tegas dalam menangani penularan virus Influenza di Malaysia ketika ini.

#AstroAudioNews #ANMS #MalaysiaSihat
Kenyataan Media Kementerian Kesihatan Malaysia

KKM Sedia Membantu: Memperkukuh Kesiapsiagaan Hadapi Monsun Timur Laut (MTL) 2025/2026

#KKMPrihatin #SihatBersama #MalaysiaSihat #MADANIBekerja #RancakkanMADANI #METMalaysia #SiagaBencana #MonsunTimurLaut
Antara tip keselamatan makanan semasa banjir yang perlu diamalkan.
Sentiasa minum air yang telah dimasak
Elakkan makanan mentah
Percayakan deria anda dan amalkan lihat, hidu dan rasa
Jaga kebersihan diri dan persekitaran
Sentiasa cuci tangan dengan betul.
Layari https://infosihat.moh.gov.my/banjir.html untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai banjir.
#MalaysiaSihat
Pendedahan kepada air banjir yang tercemar boleh menyebabkan penyakit kulit.
Elak daripada terdedah dengan air banjir jika mempunyai luka.
Dapatkan rawatan segera jika terdapat bendasing pada luka, gigitan binatang atau luka membengkak, kemerahan, bertambah sakit atau mengalami demam.
Layari https://infosihat.moh.gov.my/banjir.html untuk dapatkan bahan pendidikan kesihatan berkaitan banjir.
#MalaysiaSihat
Kesesakan di pusat pemindahan banjir boleh meningkatkan risiko jangkitan saluran pernafasan. Cegah jangkitan saluran pernafasan semasa banjir dengan

Elak berdekatan dengan mereka yang mempunyai simptom seperti batuk atau bersin
Amalkan etika batuk dan bersin yang betul
Jaga kebersihan diri dan persekitaran
Cuci tangan menggunakan air dan sabun atau pensanitasi tangan
Gunakan tisu untuk membuang kahak
Asingkan mangsa banjir yang mempunyai gejala
Pakai pelitup muka jika bergejala atau berada di tempat sesak

Segera dapatkan rawatan sekiranya mengalami masalah kesihatan.

Layari https://infosihat.moh.gov.my/banjir.html untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai banjir.

#MalaysiaSihat
Melioidosis disebabkan jangkitan bakteria Burkholderia Pseudomallei dan boleh menjangkiti manusia dan haiwan.
Individu boleh dijangkiti melalui pendedahan secara langsung dengan tanah atau air tercemar atau menyedut debu / titisan air yang tercemar.
Kepada petugas yang memberi bantuan semasa banjir, pakai peralatan perlindungan diri yang bersesuaian.
Dapatkan rawatan segera jika bergejala.
Layari https://infosihat.moh.gov.my/banjir.html untuk dapatkan bahan pendidikan kesihatan berkaitan banjir.
#MalaysiaSihat
Jangan lupa
Luangkan hanya 1 jam untuk bersihkan kawasan rumah & hapuskan tempat pembiakan nyamuk.

📸 Ambil gambar & kongsi di media sosial!

📢 Gunakan hashtag: #OneHourMalaysiaCleanUp #TiadaAedesTiadaDenggi #JomKitarSemula #MalaysiaSihat
VIRUS NIPAH: KKM SIAPSIAGA HADAPI SEBARANG KEMUNGKINAN

Saya mengambil maklum laporan mengenai penularan jangkitan virus Nipah di India. Susulan itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kini sedang memantau situasi secara proaktif dan berhubung terus dengan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bagi menentusahkan data epidemiologi terkini.

Ingin saya tegaskan, keselamatan rakyat dan negara adalah keutamaan yang tidak boleh dikompromi. Justeru, KKM telah meningkatkan tahap kesiapsiagaan di semua pintu masuk antarabangsa negara. Para 'gatekeepers' kita kini berada dalam mod berjaga-jaga (high alert):

Pemantauan tahap kesihatan yang ketat terhadap pengembara.
Protokol tindakan pantas (ready-to-act) bagi individu bergejala.
Pasukan Perubatan Kecemasan (EMT) bersedia sepenuhnya untuk diaktifkan.

Melalui pendekatan 'One Health', kita memantau rantaian antara manusia, haiwan, dan alam sekitar sebagai perisai pertahanan awal negara yang bersifat pencegahan (preventive).

Saya ingin meredakan kegusaran awam. Setiap langkah yang diambil KKM adalah berpandukan sains dan penilaian risiko (evidence-based), bukan khabar angin. Yakinlah bahawa sistem kesihatan awam kita adalah teguh (robust), teruji, dan bersedia melindungi anda.

Dapatkan info sahih, elak sebar berita palsu!

#KKMPrihatin #MalaysiaSihat #MalaysiaMADANI #MADANIBekerja
𝐊𝐥𝐮𝐬𝐭𝐞𝐫 𝐓𝐢𝐛𝐢 𝐝𝐢 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚

Penyakit Tibi (Tuberkulosis) ialah penyakit berjangkit yang disebabkan oleh bakteria Mycobacterium tuberculosis dan merebak melalui udara, terutamanya melalui batuk, bersin atau percakapan rapat dengan individu dijangkiti.

Kluster Tibi merujuk kepada kejadian 2 kes atau lebih yang mempunyai kaitan epidemiologi dari segi masa, tempat atau hubungan kontak, menunjukkan kemungkinan wujudnya rantaian transmisi yang sama. Kes indeks merupakan kes Tibi yang dikenal pasti terlebih dahulu dan menjadi fokus dalam siasatan dan kawalan wabak.

Di Malaysia, sebanyak 88 kluster dilaporkan pada tahun 2025 dengan 254 kes Tibi, manakala 35 kluster masih aktif. Sehingga 7 Februari 2026, sebanyak 10 kluster Tibi telah dilaporkan dan kesemuanya masih berstatus aktif, melibatkan beberapa negeri termasuk Selangor, Johor, Sabah, Kedah, Kelantan, Pahang dan Perlis.

Langkah Kawalan dan Pencegahan:
1️⃣ Rawatan awal anti-TB untuk pesakit yang disahkan
2️⃣ Saringan dan rawatan pencegahan untuk kontak rapat
3️⃣ Pemantauan rawatan melalui Directly Observed Therapy (DOT)
4️⃣ Etika batuk oleh individu bergejala

KKM sentiasa komited untuk memantau, mencegah dan mengawal penyakit Tibi bagi memastikan kesihatan rakyat terpelihara

#KKMPrihatin #SihatBersama #MalaysiaSihat #MADANIBekerja #RancakkanMADANI
📌 Saksikan temu bual bersama YBrs. Dr. Ismuni bin Bohari, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) dan YBhg. Dato’ Dr Hj Mat Zuki Mat Jaeb, Pakar Perunding Kanan Perubatan Respiratori, Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) yang akan membicarakan dengan lebih lanjut berkenaan Tibi, hari ini.

Platform: Ruang Bicara BERNAMA 📺
Tarikh: 24 Februari 2026 (Selasa) 🗓️
Masa: 9:00 malam - 10:00 malam
Topik: Ancaman Tibi: Jangan Ambil Mudah

#KKMPrihatin #SihatBersama #MalaysiaSihat #MADANIBekerja #RancakkanMADANI
Hari Raya; Kukuhkan Silaturahim, Kukuhkan juga Imuniti Diri

Sertai TikTok Live di www.tiktok.com/@myhealthkkm esok pada pukul 2.30 hingga 3.30 petang bersama

Panel :

Dr. Wan Abdul Hannan bin Wan Ibadullah
Pakar Perubatan Kesihatan Awam
Bahagian Kawalan Penyakit, KKM

Dr. Chandrika a/p Jeevananthan
Pakar Perubatan Kesihatan Awam
Bahagian Kawalan Penyakit, KKM

🎯 Mata kredit CPD turut disediakan!

#MalaysiaSihat
Terdapat beberapa kawasan dilaporkan berada di Tahap Amaran 1 (Berjaga-jaga dengan suhu maksimum harian 35°C hingga 37°C sekurang-kurangnya tiga (3) hari berturut-turut) melibatkan kawasan di Kedah (Pulau Langkawi, Kubang Pasu, Padang Terap, Sik, Kuala Muda, Kulim dan Bandar Baharu), Pulau Pinang (Daerah Utara, dan Timur Laut), Perak (Hulu Perak, Selama, Kuala Kangsar, dan Kinta), Pahang (Jerantut dan Raub) dan Perlis. Manakala, tiga kawasan di Kedah (Pokok Sena, Pendang dan Baling) dilaporkan berada di Tahap Amaran 2 (suhu maksimun harian melebihi 37°C hingga 40°C sekurang-kurangnya 3 hari berturut-turut).

Masyarakat perlu cakna dengan penyakit berkaitan cuaca panas. Ambil langkah melindungi diri dari kesan cuaca panas.

#KKMPrihatin #SihatBersama #MalaysiaSihat #MalaysiaMadani #MADANIBekerja
Cuaca Panas : Apa Anda Perlu Tahu?

Sertai TikTok Live di www.tiktok.com/@myhealthkkm esok pada pukul 3.00 hingga 4.00 petang bersama

Panel :
Dr. Megat Muhammad Haris bin Megat Zainal
Pakar Perubatan Keluarga
Klinik Kesihatan Muhibbah

🎯 Mata kredit CPD turut disediakan!

#MalaysiaSihat
Walaupun taburan hujan di kawasan Lembah Klang kini tinggi, namun masih ada kawasan terutama di Zon Utara, Sabah dan Sarawak masih mengalami cuaca panas.

Pendedahan kepada cuaca panas dan gelombang haba boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan.

Kenali gejala kelesuan haba sebelum ia melarat jadi strok haba.

Segera dapatkan rawatan jika tidak sihat! Lindungi diri dan keluarga.

#MalaysiaSihat
Hantavirus merupakan sejenis virus zoonotik yang lazimnya disebarkan melalui pendedahan kepada air kencing, najis atau air liur tikus yang dijangkiti, terutamanya melalui partikel tercemar di udara.

Kebanyakan jangkitan berlaku secara sporadik dan berkait dengan persekitaran yang mempunyai infestasi tikus. Penularan daripada manusia kepada manusia adalah amat jarang berlaku dan hanya dikaitkan dengan strain tertentu seperti Andes virus di Amerika Selatan.

KKM ingin menegaskan bahawa sehingga kini, TIADA kes hantavirus dilaporkan di Malaysia. Risiko kepada orang awam di Malaysia pada masa ini adalah rendah.

KKM akan terus memantau perkembangan situasi semasa dan sebarang maklumat lanjut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Ikuti langkah-langkah pencegahan seperti dikongsikan.

#KKMPrihatin #SihatBersama #MalaysiaSihat #MADANIBekerja #RancakkanMADANI
Hantavirus : Apa Yang Anda Perlu Tahu Dan Kesiapsiagaan Negara

Saksikan di Selamat Pagi Malaysia, TV1 esok 14 Mei 2025, pada pukul 8.00 pagi bersama Dr. Rosvinder Singh,
Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Bahagian Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan Malaysia.

#MalaysiaSihat
Penyakit Ebola Virus Bundibugyo (BVD)

Dengarkan di THR Gegar esok pada pukul 8.00 pagi bersama Dr. Rosvinder Singh, Pakar Perubatan Kesihatan Awam dari Bahagian Kawalan Penyakit, KKM

#MalaysiaSihat