CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia
360K subscribers
28.1K photos
309 videos
240 files
2.06K links
Crisis Preparedness and Response Center, Ministry of Health Malaysia
Download Telegram
Pada 18 November 2021, jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 6,380 kes menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 2,569,533 kes.

Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: https://covidnow.moh.gov.my

Data setiap hari bagi laman COVIDNOW adalah dikemaskini sekaligus selepas tengah malam.
Klik https://bit.ly/3qPTjVk untuk baca soalan lazim berkenaan pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 (PICK-R) kepada Remaja.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#COVID19
#LindungDiriLindungSemua
#sihatmilikku
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 18 November 2021 (jam 12:00 tengah hari);

Kes sembuh : 5,760 kes (2,472,283 kes kumulatif, 96.2%);
Kes baharu : 6,380 kes (2,569,533 kes kumulatif);
Kes import : 28 kes (19 warganegara; 9 bukan warganegara);
Kes tempatan : 6,352 kes [6,089 warganegara (95.9%); 263 bukan warganegara (4.1%)];
Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) : 541 kes (452 kes disahkan COVID-19 ; 89 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan) ;
Kes memerlukan bantuan pernafasan : 263 kes (169 kes disahkan COVID-19 ; 94 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan)
Jumlah kluster : 5,867 kluster;
Jumlah kluster baharu :9 kluster;
Jumlah kluster yang telah tamat : 5,621 kluster; dan
Jumlah kluster aktif : 246 kluster.

Daripada 6,380 kes harian yang dilaporkan pada hari ini;
98 kes (1.5 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
6,282 kes (98.5 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

https://kpkesihatan.com/2021/11/18/kenyataan-akhbar-kpk-18-november-2021-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19-di-malaysia/
Salam takziah diucapkan buat seluruh ahli keluarga mendiang Dr. Chai Koh Meow atas pemergian beliau pada 17 November 2021.

Dr. Chai merupakan seorang Ketua Penolong Pengarah Kanan di Ibu Pejabat Kementerian Kesihatan Malaysia yang amat disenangi oleh rakan-rakan sekerja, masyarakat setempat dan komuniti perubatan tradisional dan komplementari.

Dr. Chai telah melengkapkan dos vaksinasi penggalak COVID-19 beliau pada 9 November 2021. Beliau tidak melaporkan apa-apa kesan sampingan luar biasa setelah mendapat vaksinasi tersebut. Malahan beliau telah hadir bekerja dan bertugas seperti biasa sehingga 16 November 2021.

Adalah dimaklumkan bahawa siasatan mengenai punca kematian mendiang masih berjalan. KKM memohon agar mana-mana pihak tidak membuat spekulasi mengenai kes beliau sehingga keputusan bedah siasat rasmi diperolehi. KKM juga memohon masyarakat umum menghormati privasi keluarga mendiang.

Pihak KKM berduka cita dengan pemergian salah seorang pegawai kami yang komited dan berdedikasi dalam tugasan beliau.

- KPK KKM -
Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian pada 18 hb Nov 2021 untuk seluruh negara adalah 1.02. Manakala pecahan mengikut negeri adalah seperti di lampiran.

- KPK KKM -
Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian pada 18 hb Nov 2021 untuk seluruh negara adalah 1.02. Manakala pecahan mengikut negeri adalah seperti di lampiran.

- KPK KKM -
Pada 19 November 2021, jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 6,355 kes menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 2,575,888 kes.

Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: https://covidnow.moh.gov.my

Data setiap hari bagi laman COVIDNOW adalah dikemaskini sekaligus selepas tengah malam.
KENYATAAN MEDIA

Saranan berkenaan pendaftaran secara walk-in untuk senarai menunggu di PPV Fasiliti Kesihatan Swasta

#ProtectHealth
Kolera merupakan penyakit bawaan air dan makanan yang disebabkan oleh jangkitan bakteria Vibrio Cholerae.

Kolera berjangkit melalui pengambilan makanan atau air yang tercemar terutamanya ketika musim banjir.

Perhatikan tanda-tanda / gejala dan langkah pencegahan penyakit kolera.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#sihatmilikku
PANDUAN BAGI PENYEDIA PENGANGKUTAN KEPADA PENGUNDI.

MOHON PATUHI SOP!

Selamat Mengundi Dengan Selamat
#MelakaPatuhSOP

- KPK KKM -
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 19 November 2021 (jam 12:00 tengah hari);

Kes sembuh : 5,031 kes (2,477,314 kes kumulatif, 96.2%);
Kes baharu : 6,355 kes (2,575,888 kes kumulatif);
Kes import : 31 kes (20 warganegara; 11 bukan warganegara);
Kes tempatan : 6,324 kes [6,112 warganegara (96.6%); 212 bukan warganegara (3.4%)];
Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) : 542 kes (436 kes disahkan COVID-19 ; 106 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan) ;
Kes memerlukan bantuan pernafasan : 268 kes (173 kes disahkan COVID-19 ; 95 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan)
Jumlah kluster : 5,877 kluster;
Jumlah kluster baharu :10 kluster;
Jumlah kluster yang telah tamat : 5,631 kluster; dan
Jumlah kluster aktif : 246 kluster.

Daripada 6,355 kes harian yang dilaporkan pada hari ini;
115 kes (1.8 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
6,240 kes (98.2 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

https://kpkesihatan.com/2021/11/19/kenyataan-akhbar-kpk-19-november-2021-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19-di-malaysia/
Kerajaan hanya mewajibkan orang ramai memakai satu pelitup muka bagi mengelakkan jangkitan Covid-19,

Pemakaian pelitup muka berganda boleh meningkatkan perlindungan daripada jangkitan Covid-19.

Ini melibatkan memakai pelitup muka kain di bahagian luar dan pelitup muka pembedahan di bahagian dalam.

- KPK KKM -
Untuk ibu ayah yang pertama kali nak bawak anak vaksin ketika norma baharu, boleh rujuk infografik ni. Amalkan 3W (Wash, Wear, Warn) & elakkan 3S (Sesak, Sempit, Sembang).
Lindungi Anak Anda, Pastikan Mereka Divaksin! 💉🦠

Sumber: OHBULAN
Pada 20 November 2021, jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 5,859 kes menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 2,581,747 kes.

Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: https://covidnow.moh.gov.my

Data setiap hari bagi laman COVIDNOW adalah dikemaskini sekaligus selepas tengah malam.
Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian pada 19 hb Nov 2021 untuk seluruh negara adalah 1.01. Manakala pecahan mengikut negeri adalah seperti di lampiran.

- KPK KKM -