CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia
360K subscribers
28.1K photos
309 videos
240 files
2.06K links
Crisis Preparedness and Response Center, Ministry of Health Malaysia
Download Telegram
KKM ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia pada 11 April 2022:

Kes sembuh: 19,049 kes [4,163,777 kes kumulatif (96.1%)];
Kes baharu: 7,739 kes (4,333,557 kes kumulatif);
Kes import: 23 kes [22 warganegara (95.7%); 1 bukan warganegara (4.3%)];
Kes tempatan: 7,716 kes [7,414 warganegara (96.1%); 302 bukan warganegara (3.9%)];
Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 174 kes (75 kes disahkan COVID-19; 99 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan); dan
Kes memerlukan bantuan pernafasan: 102 kes (43 kes disahkan COVID-19; 59 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan).

PERINCIAN KATEGORI KES COVID-19

Daripada 7,739 kes harian yang dilaporkan pada 11 April 2022:

Kategori 1: 4,354 kes (56.26%);
Kategori 2: 3,318 kes (42.87%);
Kategori 3: 34 kes (0.44%);
Kategori 4: 14 kes (0.18%); dan
Kategori 5: 19 kes (0.25%).

Daripada 67 kes COVID-19 kategori 3, 4, dan 5 yang baharu dilaporkan pada 11 April 2022:

24 kes (35.82%) tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi;
16 kes (23.88%) telah menerima dua (2) dos vaksin COVID-19 tetapi belum menerima dos penggalak (booster);
27 kes (40.30%) telah menerima dos penggalak (booster);
36 kes (53.73%) berumur 60 tahun dan ke atas;
42 kes (62.69%) mempunyai komorbid; dan
1 kes (1.49%) ibu mengandung.

https://kpkesihatan.com/2022/04/12/kenyataan-akhbar-kpk-12-april-2022-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19/
Take your celebrations outdoors and verify that everyone is vaccinated or tests negative before gathering. It is not impolite to discuss vaccination status with your guests.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#COVID19
#LindungDiriLindungSemua
t.me/sihatmilikbersama
#sihatmilikku
Ada teringin makan martabak atau roti john untuk berbuka puasa petang ini?

Pada Perniaga pastikan telur yang di gunakan di basuh, sayur dan daging yang segar dan roti john pastikan juga masih elok dan tidak tamat tarikh luput.

Sumber: BKKM
✔️ Semasa menyediakan makanan dan minuman, pastikan anda menggunakan air dan bahan mentah yang selamat.

Bahan mentah termasuk air💧 dan ais 🧊 boleh tercemar oleh bakteria dan bahan-bahan kimia berbahaya. Bahan toksik boleh terhasil pada makanan berkulat dan rosak.

👉 Pilih bahan mentah dengan berhati-hati. Amalkan langkah-langkah mudah seperti dikongsikan bagi mengurangkan pencemaran makanan.

🚨 Sekiranya anda rasa pening, loya, muntah, sakit perut atau cirit-birit, segera ke klinik untuk dapatkan rawatan.
Anda dijangkiti COVID-19 dan sedang kuarantin di rumah? Ini antara ubat-ubatan yang perlu ada di rumah anda.

📌 Ubat batuk
📌 Ubat sakit tekak
📌 Ubat kumur
📌 Garam hidrasi
📌 Kit ujian kendiri
📌 Ubat demam dan selesema

Dapatkan rawatan segera sekiranya anda mengalami reaksi alahan terhadap ubat yang di ambil.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#COVID19
t.me/sihatmilikbersama
#sihatmilikku
𝗜𝗦𝗨 𝗞𝗘𝗥𝗔𝗖𝗨𝗡𝗔𝗡 𝗠𝗔𝗞𝗔𝗡𝗔𝗡 - 𝗣𝗨𝗗𝗜𝗡𝗚 𝗕𝗨𝗜𝗛

Beberapa hari lepas dilaporkan dua orang kanak-kanak telah dimasukkan ke hospital di Terengganu selepas mengalami keracunan makanan disyaki akibat memakan PUDING BUIH.

Kejadian keracunan makanan puding buih boleh berlaku akibat pengendalian makanan yang tidak selamat. Berikut adalah 4 elemen utama yang boleh menyumbang kepada keracunan makanan tersebut:

𝗧𝗘𝗟𝗨𝗥
Jika dilihat kepada resepi puding buih, antara bahan ramuan utamanya ialah TELUR. Telur sememangnya terkenal dengan bakteria Salmonella. Jadi telur perlu dicuci bersih sebelum guna dan hanya guna telur yang masih elok/segar sahaja. Telur yang kotor atau Telur yang sudah rosak akan mengandungi bakteria Salmonella yang banyak!

𝗧𝗘𝗞𝗡𝗜𝗞 𝗣𝗘𝗡𝗬𝗘𝗗𝗜𝗔𝗔𝗡
Telur ayam ini akan diasingkan kuning dan putihnya, dimana putih telur tadi akan dipukul sehingga kembang atau dipanggil sebagai ‘meringue’ dan TIDAK DIMASAK! Memang ‘meringue’ ini digunakan secara meluas dalam industri pastri tetapi mereka menggunakan telur yang telah dipasteur bagi memastikan tiada sebarang pencemaran terhadap makanan yang dihasilkan. Suhu selamat untuk masak telur adalah sekurang-kurangnya 75°C.

𝗦𝗨𝗛𝗨 𝗣𝗘𝗡𝗬𝗜𝗠𝗣𝗔𝗡𝗔𝗡
Kalau kita tengok resepi puding buih ini memang berisiko dan suhu penyimpanannya perlu dikawal dengan rapi. Puding tidak boleh dibiarkan pada suhu bilik terlalu lama kerana ini akan meningkatkan pembiakan bakteria. Puding perlu disimpan pada suhu sejuk dingin (chiller) iaitu antara 0 hingga 10°C.

𝗧𝗘𝗠𝗣𝗢𝗛 𝗠𝗔𝗦𝗔
Puding perlu dimakan dalam tempoh 4 jam (jika tidak disimpan dalam peti sejuk). Selepas tempoh itu ada kemungkinan besar makanan tersebut telah tercemar dengan bakteria!

Difahamkan, Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) sudah mengambil sampel puding buih tersebut dan sampel telah dihantar ke Makmal Keselamatan dan Kualiti Makanan Terengganu di Bukit Tunggal untuk dianalisis.

Kredit Infografik: Food Safety Malaysia
Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian pada 12 hb April 2022 untuk seluruh negara adalah 0.84. Manakala pecahan mengikut negeri adalah seperti di lampiran.

- KPK KKM -
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Minum air kosong secukupnya sepanjang Ramadan.

Air kosong boleh melancarkan penghadaman, membantu penurunan berat badan, mngawal atur suhu badan dan menjadikan badan kekal hidrat dan segar.

Minum air kosong selepas bangun tidur, semasa sahur, semasa berbuka puasa, selepas solat Maghrib, semasa mengambil hidangan berat, selepas solat Isyak, selepas solat terawih dan sebelum tidur bagi mencukupkan pengambilan air kosong 8 gelas sehari semasa Ramadan.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
t.me/sihatmilikbersama
#sihatmilikku
KKM ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia pada 12 April 2022:

Kes sembuh: 16,986 kes [4,180,763 kes kumulatif (96.3%)];
Kes baharu: 9,002 kes (4,342,559 kes kumulatif);
Kes import: 52 kes [50 warganegara (96.2%); 2 bukan warganegara (3.8%)];
Kes tempatan: 8,950 kes [8,562 warganegara (95.7%); 388 bukan warganegara (4.3%)];
Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 151 kes (69 kes disahkan COVID-19; 82 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan); dan
Kes memerlukan bantuan pernafasan: 97 kes (44 kes disahkan COVID-19; 53 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan).

PERINCIAN KATEGORI KES COVID-19

Daripada 9,002 kes harian yang dilaporkan pada 12 April 2022:

Kategori 1: 4,759 kes (52.87%);
Kategori 2: 4,176 kes (46.39%);
Kategori 3: 26 kes (0.29%);
Kategori 4: 20 kes (0.22%); dan
Kategori 5: 21 kes (0.23%).

Daripada 67 kes COVID-19 kategori 3, 4, dan 5 yang baharu dilaporkan pada 12 April 2022:

9 kes (13.43%) tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi;
22 kes (32.84%) telah menerima dua (2) dos vaksin COVID-19 tetapi belum menerima dos penggalak (booster);
36 kes (53.73%) telah menerima dos penggalak (booster);
40 kes (59.70%) berumur 60 tahun dan ke atas dan;
41 kes (61.19%) mempunyai komorbid.

https://kpkesihatan.com/2022/04/13/kenyataan-akhbar-kpk-13-april-2022-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19/
🚭 Sekiranya anda merupakan perokok, jadikan Ramadan ini sebagai titik permulaan untuk BERHENTI MEROKOK. Bulan Ramadan adalah bulan yang paling sesuai untuk perokok berhenti merokok. Dengan berpuasa dan tidak merokok selama lebih kurang 13 jam akan melatih rangsangan otak pada paras nikotin yang rendah.

Gejala penarikan nikotin seperti pening, batuk, perasaan resah dan gangguan tidur mungkin dialami semasa berhenti merokok. Namun ia akan berkurangan dalam masa 3 hingga 14 hari selepas seseorang bebas daripada merokok.

💪 Oleh itu, terus memohon doa dan kuatkan azam anda. Nafas baru Bermula Ramadan. ANDA PASTI MAMPU.

✔️ Sokongan orang di sekeliling juga amat membantu meningkatkan keazaman untuk berhenti merokok.

✔️ Anda juga boleh mendapatkan bantuan perkhidmatan berhenti merokok dengan melayari laman sesawang JomQuit - www.jomquit.com
KENYATAAN MEDIA BAHAGIAN REGULATORI FARMASI NEGARA KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

STATUS LAPORAN KESAN ADVERS SUSULAN IMUNISASI (AEFI) VAKSIN COVID-19 SEHINGGA 8 APRIL 2022
👉 Kit ujian pantas antigen atau Rapid Test Kit Antigen (RTK-Ag) merupakan kit ujian untuk mengesan kehadiran antigen (protein nukleokapsid) pada virus SARS-CoV-2 terhadap orang yang dijangkiti COVID-19.

🌐 Orang awam boleh menyemak senarai jenama kit kendiri yang telah mendapat kelulusan dari pihak MDA di laman MDA: https://www.mda.gov.my/announcement/631-self-test-covid-19-test-kit-for-conditional-approval-approved.html

✔️ Pihak MDA sentiasa memantau keselamatan dan prestasi kit ujian kendiri yang mendapat kelulusan bersyarat dari semasa ke semasa.

Sebarang aduan berkaitan kit ujian COVID-19 boleh dikemukakan kepada MDA di 🌐 laman sesawang: https://femes.mda.gov.my/ atau 📩 emel: mdb@mda.gov.my
Kemas kini tarikh lahir anak atau tanggungan anda di aplikasi MySejahtera dengan segera bagi mendapatkan pautan janji temu kedua anak/tanggungan anda.

_______________________________

Update your child/ dependent’s DOB on the MySejahtera app NOW to get the second dose booking link.

#MySejahtera
#MySejahteraTrace
#Reopeningsafely

Sumber: MySejahtera