Ilmu Telegram
104 subscribers
6 photos
595 videos
525 links
Pelanggan boleh berinteraksi di Grup Diskusi bagi meningkatkan fahaman Telegram. Sila sertai grup Diskusi Ilmu Telegram untuk mengambil bahagian.
Download Telegram
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Bot Terurus. Sesiapa kini boleh guna bot AI untuk dengan mudah membangun dan mengurus bot mereka sendiri – tanpa perlu menulis kod.

Informasi lanjut untuk juruprogram tersedia di sini.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Editor Teks AI. Bar mesej ada editor dalam apl yang boleh dengan serta merta baiki tatabahasa, terjemah teks anda atau tulis semula dengan beberapa gaya:
🤝 Formal
🎯 Short
🍖 Tribal
🗿 Zen
🕯 Biblical
💼 Corp

Editor teks adalah 100% privat dan ada pilihan – dikuasai oleh Rangkaian AI Cocoon.

Untuk buka editor, tekan ikon yang terpapar selepas menaip teks lebih dari 3 baris.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Undian. Dalam grup atau saluran, anda boleh cipta undian untuk buat keputusan atau dapatkan maklum balas komuniti.

Undian membolehkan anda:
• Lampir foto, video, stiker dan lokasi ke setiap opsyen
• Set tempoh tertentu
Cipta kuiz dengan jawapan betul

Anda boleh sesuaikan undian anda dengan beberapa tetapan untuk:
• Tunjuk siapa undi untuk setiap opsyen
• Pilih beberapa opsyen bila mengundi
• Benarkan pengguna untuk tambah opsyen baru
• Biarkan pengguna tukar undian mereka
• Ubah susunan opsyen
• Sorok keputusan undian hingga tamat tempoh
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Foto Langsung dan Bergerak. Pengguna Android dan iOS boleh kirim imej beranimasi dari galeri mereka – yang boleh dilihat dalam setiap aplikasi.

Tekan ikon Langsung/Bergerak ⭕️ dalam editor media dan pilih satu dari 3 gaya main balik:
Main langsung foto sekali
Main gelung secara berterusan
Main lantunan ke depan dan belakang
Please open Telegram to view this post
VIEW IN TELEGRAM
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Bot Diurus. Sesiapa boleh guna bot AI untuk dengan mudah membangun, luncur dan urus bot mereka sendiri – tanpa perlu menulis kod.

Maklumat lanjut untuk juruprogram ada tersedia di sini.
Apa itu Telegram? Apa yang harus saya buat di sini?

Telegram adalah aplikasi permesejan dengan fokus pada kelajuan dan keselamatan, ianya sangat pantas, mudah dan percuma. Anda boleh menggunakan Telegram pada semua peranti dalam masa yang sama - mesej anda disegerakkan dengan lancar di semua telefon, tablet atau komputer anda. Telegram adalah satu dari lima teratas apl yang paling dimuat turun di dunia dengan lebih dari 1 bilion pengguna aktif.

Dengan Telegram, anda dapat mengirim pesanan, foto, video dan fail dari jenis apa pun (doc, zip, mp3, dll.), serta mencipta grup hingga 200,000 ahli atau saluran untuk penyiaran kepada pelanggan tanpa had. Anda boleh menulis ke kenalan telefon anda dan mencari pengguna dengan nama samaran mereka. Hasilnya, Telegram adalah seperti gabungan SMS dan emel - dan dapat mengurus semua keperluan permesejan peribadi atau bisnes anda. Selain itu, kami menyokong penyulitan awal ke akhir panggilan suara dan panggilan video dan juga bual suara dalam grup untuk beribu peserta.

Ikuti Saluran Panduan Telegram kami untuk mengetahui lebih lanjut tentang ciri-ciri Telegram.
Telegram untuk siapa?

Telegram adalah untuk semua orang yang mahukan pemesejan dan panggilan pantas dan boleh dipercayai. Pengguna bisnes dan pasukan kecil mungkin menyukai grup besar, nama samaranaplikasi desktop dan opsyen perkongsian fail yang hebat.

Oleh kerana grup Telegram boleh mempunyai sehingga 200,000 ahli, kami menyokong balasan, seruan dan hashtag yang membantu menjaga tertib dan komunikasi dalam komuniti besar cekap. Anda boleh melantik pentadbir dengan alat canggih untuk menolong komuniti ini maju dengan aman. Grup awam boleh disertai oleh sesiapa sahaja dan merupakan platform yang hebat untuk perbincangan dan mengumpul maklum balas.

Sekiranya anda lebih gemar bergambar, Telegram ada animasi carian gifpenyunting foto yang canggih, dan platform stiker terbuka (cari beberapa stiker comel di sini atau di sini). Lebih-lebih lagi, anda tidak perlu risau tentang ruang disk pada peranti anda. Dengan sokongan awan Telegram dan opsyen pengurusan kac, Telegram menggunakan hampir kosong ruang di telefon anda.

Bagi mereka yang inginkan privasi tambahan harus mencuba aturan lanjutan kami dan polisi kami yang unik dan canggih. Dan jika anda mahukan kerahsiaan, cubalah Bual Rahsia kami yang terikat kepada peranti dengan mesej, foto, dan video yang berupaya musnah sendiri - dan kunci aplikasi anda dengan kod laluan tambahan.

Kami terus berkembang - sila lihat Sejarah Ringkas Telegram kami dan ikuti kami di twitter dan Telegram untuk terus bersama kami.
Bagaimana Telegram berbeza dengan WhatsApp?

Tidak seperti WhatsApp, Telegram adalah mesej berasaskan awan dengan penyegerakan yang lancar. Dengan itu, anda dapat mengakses mesej anda dari beberapa peranti sekaligus, termasuk tablet dan komputer, dan berkongsi foto, video dan fail tanpa had (dokumen, zip, mp3, dll.) sehingga 2 GB (4 GB untuk pengguna Telegram Premium) setiap satu.

Telegram memerlukan kurang dari 100 MB di ruang disk anda – anda boleh simpan semua media anda di awan tanpa perlu menghapuskan apa-apa - hanya padamkan kac anda untuk kurangkan kegunaan ruang disk anda.

Terima kasih kepada infrastruktur dan inkripsi pusat pelbagai data kami, Telegram lebih pantas dan lebih selamat. Selain itu, pemesejan peribadi Telegram adalah percuma dan akan sentiasa percuma - tanpa iklan, tanpa bayaran langganan, untuk selamanya.

API kami terbuka, dan kami mengalu-alukan juruprogram untuk membuat aplikasi Telegram mereka sendiri. Kami juga mempunyai Bot API, platform untuk juruprogram yang membolehkan sesiapa sahaja dengan mudah membina alat khusus untuk Telegram, mengintegrasikan sebarang perkhidmatan, dan juga terima pembayaran dari pengguna di seluruh dunia.

Dan itu hanyalah puncak gunung air batu. Jangan lupa untuk periksa perenggan ini untuk mengetahui lebih lanjut lagi mengenai barangan yang lebih eksklusif.

Ikuti Saluran Panduan Telegram kami untuk mengetahui lebih lanjut tentang ciri-ciri Telegram.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Bot Tamu. Bot Telegram kini boleh diakses secara terus dalam grup dan bual 1 dengan 1 untuk jawab soalan dan lakukan tugasan.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Komunikasi Bot ke Bot. Bot kini boleh respon ke bot lain, bukan hanya kepada pengguna.

Peminat AI boleh guna ini untuk cipta aliran kerja tersuai dengan agen autonomi.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Automasi Bual dalam Profil. Setiap pengguna Telegram kini boleh hubung bot ke profil mereka – dan biarkan ia respon ke mesej bagi pihak mereka.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Gaya AI Tersuai. Editor teks membenar sesiapa untuk guna gesaan mereka sendiri untuk bina gaya unik.

Setiap gaya tersuai ada link boleh dikongsi agar pengguna lain boleh tambahnya ke editor mereka.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
moji Dikembang dan Carian Stiker. Lebih dari 100 juta emoji dan stiker kini boleh dijumpai melalui fungsi carian dalam panel stiker.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Bot Tamu. Bot Telegram boleh diakses secara terus dalam grup dan bual 1 dengan 1 untuk jawab soalan dan lakukan tugas.
 
Untuk seru bot yang sokong ciri ini, hanya letak @username nya dalam mesej anda.
 
Bot Tamu hanya ada akses ke mesej tertentu di mana mereka ditag dan mana-mana balasan kepadanya. Bot ini tak boleh lihat pengguna mana berada dalam bual
 
Untuk daya Mod Tamu, juruprogram bot boleh guna panduan ini.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Komunikasi Bot ke Bot. Bot dapat respon pada bot lain, selain dari koman pengguna.
 
Peminat AI boleh guna ini untuk cipta aliran kerja tersuai dengan ejen autonomi.
 
Informasi lanjut untuk juruprogram ada tersedia di sini.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Automasi Bual dalam Profil. Setiap pengguna Telegram boleh hubung bot ke profil mereka – dan biarkan – respon ke mesej bagi pihak mereka.

Anda kawal bot setiausaha anda dengan permisi terperinci – seperti hanya membalas bual baru atau bukan kenalan.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Benang dan Teks Penstriman untuk Bot.
Bot Telegram dan ajen AI sokong perbualan berbenang untuk urus beberapa topik dalam masa yang sama.

Bot juga boleh strim teks ketika ia dijana – untuk kirim respon secara langsung.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Gaya AI Tersuai. Editor teks membolehkan sesiapa guna gesaan mereka sendiri untuk bina gaya unik.
 
Setiap gaya tersuai ada link boleh dikongsi agar pengguna lain boleh pra lihat gaya dan tambahnya ke editor mereka.
 
Untuk bina gaya AI anda sendiri, tekan butang 'Cipta' dalam tab Gaya pada editor.
Please open Telegram to view this post
VIEW IN TELEGRAM