CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia
360K subscribers
28.1K photos
309 videos
240 files
2.06K links
Crisis Preparedness and Response Center, Ministry of Health Malaysia
Download Telegram
KENYATAAN MEDIA KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

SIDANG MEDIA YB MENTERI KESIHATAN 27 APRIL 2022 - SEMAKAN SEMULA LANGKAH KAWALAN SEMASA FASA
PERALIHAN KE ENDEMIK
ProtectHealth Corporation Sdn Bhd

Public-Private Healthcare Partnership of the Year - Malaysia
Vaccination Delivery of the Year - Malaysia

Alhamdulillah ProtectHealth accorded two awards at Healthcare Asia Awards 2022.

https://healthcareasiamagazine.com/co-written-partner/event-news/find-out-who-emerged-winners-healthcare-asia-awards-2022
Patuhi arahan pihak berkuasa jika anda ingin pulang ke kampung untuk sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Siapkan kit kebersihan kendiri seperti pelitup muka dan pensanitasi tangan.

Selamat Hari Raya Aidilfitri.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#COVID19
#sihatmilikku
Perhatian!

Dapatkan dos 1 vaksin COVID-19 secara PERCUMA untuk anak anda yang telah berumur 5 tahun dan ke atas selewat-lewatnya pada 15 Mei 2022.

Segera daftarkan anak anda yang telah berumur 5 tahun dan ke atas dalam MySejahtera selewat-lewatnya 8 Mei 2022 untuk dapatkan tarikh janji temu vaksinasi PERCUMA!

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#COVID19
#LindungDiriLindungSemua
#sihatmilikku
Kenyataan Akhbar KPK 28 April 2022 – Makluman Berkenaan Pertukaran Status Hospital Sungai Buloh Kepada Hospital COVID-19 Hibrid

Mengambil kira situasi terkini pandemik COVID-19 di Malaysia terutamanya kes-kes COVID-19 kategori 3, 4 dan 5 serta kadar penggunaan fasiliti kesihatan khusus untuk kes COVID-19 yang rendah di Lembah Klang, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah bersetuju agar perkhidmatan perubatan bukan COVID-19 yang tertangguh di Hospital Sungai Buloh dimulakan semula. Sehubungan itu, perkhidmatan hospital ini telah ditukar kepada status hibrid di mana ianya akan merawat pesakit COVID-19 dan bukan COVID-19.

Sebagai makluman, Hospital Sungai Buloh telah diwartakan sebelum ini pada 10 Mac 2020 sebagai hospital perawatan perubatan khusus kepada pesakit-pesakit COVID-19 sahaja. Langkah strategik ini telah dijalankan oleh KKM pada masa tersebut sebagai salah satu inisiatif untuk menampung keperluan katil hospital di Lembah Klang bagi merawat kes COVID-19 serta membolehkan pengurusan fasiliti, ubat-ubatan, peralatan perubatan, kepakaran dan sumber manusia yang optimum. Pada kemuncak operasinya, Hospital Sungai Buloh telah mampu menampung lebih daripada 2,000 pesakit COVID-19 pada satu-satu masa dan sehingga semalam, seramai 92,874 orang pesakit COVID-19 telah dirawat di hospital ini sepanjang pandemik COVID-19.

Selaras dengan strategi negara semasa fasa peralihan ke endemik COVID-19 ini, KKM akan sentiasa memantau dan bersiapsiaga dalam menyediakan perkhidmatan perubatan khusus bagi kes-kes COVID-19 termasuk perkhidmatan rawatan kritikal berdasarkan Pelan Strategik KKM Bagi Pengurusan COVID-19 sekiranya berlaku sebarang peningkatan kes di negara ini.

KKM ingin menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua petugas barisan hadapan di seluruh negara terutamanya di Hospital Sungai Buloh yang telah memberikan komitmen yang jitu untuk memberikan perkhidmatan kesihatan yang terbaik di sepanjang pandemik COVID-19 ini.

TAN SRI DATO’ SERI DR NOOR HISHAM ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN
https://kpkesihatan.com/2022/04/28/kenyataan-akhbar-kpk-28-april-2022-makluman-berkenaan-pertukaran-status-hospital-sungai-buloh-kepada-hospital-covid-19-hibrid/
Sekiranya anda tidak menggunakan ciri lupa kata laluan tetapi anda telah menerima pautan pembaharuan kata laluan, jangan klik pada pautan tersebut dan abaikan mesej berkenaan.

__________________________

If you don’t use the forgot password feature but you received the renawal password link, don’t click on the link given and ignore the message.

#mysejahtera
#mysejahteratrace
#reopeningsafely
Kenyataan Akhbar KPK 28 April 2022 – Makluman Produk-produk Kosmetik Yang Dikesan Mengandungi Racun Berjadual

Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin menggesa orang awam untuk mengelak daripada membeli dan menggunakan produk-produk kosmetik berikut kerana dikesan mengandungi racun berjadual seperti di bawah:

1. PUTERI RATU TREATMENT CREAM
2. FLASHH TREATMENT CREAM
3. FLASHH NIGHT CREAM
https://kpkesihatan.com/2022/04/28/kenyataan-akhbar-kpk-28-april-2022-makluman-produk-produk-kosmetik-yang-dikesan-mengandungi-racun-berjadual/
KENYATAAN MEDIA KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

SAMBUTAN MINGGU IMUNISASI KEBANGSAAN SEMPENA MINGGU IMUNISASI SEDUNIA (WORLD IMMUNISATION WEEK) TAHUN 2022
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Semua penduduk di Malaysia berisiko dijangkiti COVID-19 tanpa mengenal usia termasuk kanak-kanak. Kebanyakan jangkitan adalah ringan dan mungkin tidak bergejala namun mereka boleh menjangkiti mereka yang berisiko tinggi seperti warga emas dan mereka yang mempunyai komorbid.

Vaksinasi COVID-19 mengurangkan kebarangkalian mendapat jangkitan dan mengurangkan transmisi jangkitan kepada ahli keluarga yang telah berusia dengan komorbiditi.

Lindungi anak anda dengan memberi mereka vaksin COVID-19 kerana kemaslahatannya melebihi daripada risiko dijangkiti COVID-19.

Lindung diri, lindung semua.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#COVID19
#LindungDiriLindungSemua
#sihatmilikku
Kekal pakai pelitup muka dan amalkan langkah keselamatan yang lain walaupun anda telah menerima vaksin.

Vaksin melindungi anda tetapi tidak bermakna anda tidak boleh menularkan virus kepada orang lain.


Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
PICKids telah dilancarkan pada 3 Februari 2022 sebagai langkah mengurangkan transmisi COVID-19 dan komplikasi jangkitan teruk COVID-19 dalam kalangan kanak-kanak berusia 5 hingga bawah 12 tahun.

Mesyuarat pengurusan CITF-C telah memutuskan tarikh akhir pemberian dos 1 vaksin COVID-19 kepada kanak-kanak yang telah berumur 5 tahun ke atas adalah pada 15 Mei 2022.

Ibu bapa masih berpeluang untuk mendapatkan vaksin COVID-19 untuk anak-anak mereka sebelum tarikh akhir. Daftarkan anak-anak anda sebelum 8 Mei 2022.

Biar cepat, jangan terlewat.

Lindung diri, lindung semua.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#COVID19
#LindungDiriLindungSemua
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama